Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Friday, 23 March 2012

Naluri Terbaik



Assalamulaikum WBT....
Seperti biasa , setiap entri yang ku tulis adalah berkisarkan perjalanan hidup yang mana aku harapkan perkongsian ini mampu memberikan input walaupun sedikit kepada insan yang bergelar pembaca. Ini adalalah salah satu daripada seribu kisah mengenai hebatnya naluri mereka yang bergelar ibu bapa. Walaupun simple, semoga memberi manfaat kepada para pembaca.

Aku membelek dompetku.. Aduss, tinggal beberapa helai wang kertas merah sahaja lagi. Maka terus aku bergegas ke mesin ATM . Baki dalam pengeluaran: RM 97. Selepas termenung sejenak maka aku terus keluarkan RM50.. “ Nampaknya, puasa la aku minggu ini” detik ku di dalam hati. Teringin di hati untuk call dekat ibu bapa ku untuk meminta duit. Namun, perasaan serba salah menguasai diri. “ Xpe la, awal lagi kut, minggu depan je la” aku terus bermonolog.

Keesokan harinya, selepas menunaikan solat subuh, aku melihat phoneku yang terletak di atas meja. 2 MISSCALLED from Umi. Hairan juga memikirkan penggilan tersebut. Nak call balik kredit pun tak sempat nak tambah nilai.. Lalu aku biarkan dulu, petang nanti baru aku bercadang telefon balik. Sedang aku berada dalam kuliah tiba tiba sekali lagi telefon bimbitku berbunyi.” 1 message received” Perasaan lega menyelubungi  diri bila membaca SMS tersebut.

 "Ayah masukkan duit 300 dalam akaun”
Petang tersebut terus aku top up kan phone , dan malam tersebut aku menelefon umiku. Saat itu aku bertanya bagaimana mungkin beliau mendapat tahu aku dalam ‘krisis kewangan’  walhal tiada sepatah pun dari diri ini meminta . “Umi dapat rasa” jawapan yang simple itu menjadikan aku yakin bahawa memang ibu bapa terutamanya seorang ibu merupakan seorang yang mempunyai NALURI TERBAIK terhadap anak anaknya.  Aku mula merenung diri, nasihat dari umi kadang2 turut aku tidak ikut : belajar bersungguh2, solat berjemaah, Al Quran sentiasa dihati dan banyak lagi. Hmm... masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki.........

Natijahnya( ayat karangan tu..) Dalam kesibukan kita melayari alam remaja ini, kadang kadang kita terlupa ada ibu bapa yang sering menaburkan sokongan. Kadang kadang kita tersilap menaburkan kasih sayang pada orang yang salah tanpa kita sedari orang yang sentiasa mempunya naluri terbaik terhadap kita adlah ibu kita sendiri.Itu semua anugerah ALLAH S.W.T yang tidak ternilai.

 Sebagai pengakhiran entri kali ini,ingin aku kongsi satu hadis buat kita yang bergelar anak...
Daripada Jahimah al-Sulaimi, beliau datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : “Wahai Rasulullah! Saya ingin berperang dan saya datang untuk berbincang.” Rasulullah bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Beliau menjawab :”Ya” Rasulullah bersabda: “Dampingilah dia. Sesungguhnya syurga terletak dibawah kakinya.”
Sama sama kita renungkan... Ukhwahfillah ,Wassalam......

Saturday, 17 March 2012

Mencuba itu sebenarnya sangat menarik....



Assalamualaikum W.B.T....


Berdasarkan tajuk aku kali ini, ia merupakan input yang aku dapat sepanjang 2 minggu lepas. Boleh dikatakan minggu tersebut adalah minggu yang sangat sibuk bagi aku namun Alhamdulillah banyak perkara yang aku perolehi dgn MENCUBA.Sepanjang minggu lepas selain tugasan harian menghantar assignment, lab report dan tugas2 lain utk ahli praktikum, aku turut menyertai pertandingan taekwando, terlibat dgn perlawananan Bola Tampar inter Blok dan terlibat dgn Penutupan Minggu Penghayatan Islam..
   
Taekwando

-    Taekwando? Kat sekolah dulu memang aku x pernah menceburi dalam bidang ni. Minat pun tidak, siap anti lagi (disebabkan dulu aku belajar silat) hehe.
-       Tp bila diajak seorang teman untuk mencuba masuk pertandingan taekwando di KMS ini. Timbul dalam hati ini “rasanya x salah jika MENCUBA”
-       At least dengan ketiadaan basic, team kami dpt la no2


Penutupan Minggu Penghayatan Islam

-       Bagi program ini, aku diberi tugas yang agak berat iaitu menjadi Master Of Ceremony atau dengan kata lain Pengerusi Majlis.
-       Oleh kerana di sekolah dulu aku jarang menjadi pengerusi majlis timbul rasa ingin mencuba.
-       Dengan meminta tips daripada sahabatku Harun, Alhamdulillah aku berjaya lalui dengan berjaya. Mungkin gaya penyampaianku tidak sehebat orang lain, tetapi dengan memenangi cabaran dalam diri itu sangat memuaskan hati.


Kesimpulannya, apa yang penting jangan mengaku kalah sebelum kita mencuba , hanya dengan terus mencuba kita akan mampu menggapai sesuatu impian. Aku teringat mengenai sahabtku yang mendapat 4 flat exam lepas. “Usaha biarlah setinggi bulan, seandainya ditakdirkan jatuh, sekurang kurangnya jatuh di pokok kelapa” . Maksdnya dengan berusaha, kita akan tetap berada di tahap yang tinggi walaupun bukan yang tertinggi. Fikir2kan la....

Salam....

Saturday, 10 March 2012

Si "dia" itu musuh?

Assalamualaikum WBT…

Bagi entri kali ini aku ingin berkongsi mengenai salah satu rentetan kehidupan yang dilalui sebagai perantau di dunia ini. Jika dilihat pada tajuk “si ‘dia’ itu musuh?’, mungkin bunyinya agak ‘kronik’ namun harapan hati ini semoga  tulisan yang serba biasa ini mampu memberi  manfaat kepada para pembaca .

Aku mula berdamping dengan si ‘dia’ lebih kurang 2 bulan yang lepas namun hakikatnya aku sudah lama mengenali ‘dia’ sejak diri ini masih kecil lagi. Sejak kecil aku tidaklah rapat sangat dengan si ‘dia’, mungkin kerana diri ini masih kanak kanak menyebabkan ibu bapaku melarang utk berdamping dengannya namun sejurus menuju kedewasaan ,memang keperluan untuk aku berdamping dengan si ‘dia’ bagi membantu aku dalam menyiapkan kerja dan assignment.

 Sebelum saudara saudari pembaca yang dirahmati Allah sekalian tersalah faham dengan istilah si ‘dia’ yang aku gunakan, izinkan ku memperkenalkan ‘dia’ tersebut terlebih dahulu. Sebenarnya ‘dia’ yang dimaksudkan adalah laptop kepunyaan aku.



Persoalannya kenapa laptop itu menjadi musuh? Konklusi ini pada asalnya timbul apabila aku sedar diri ini semakin lalai dan mula lupa asal tujuan aku adalah menuntut ilmu seperti  yang aku pegang selama ini. Aku sedar apabila saya sering bersama laptop melebihi buku buku pelajaran menyebabkan pelajaran sedikit terabai. Ya, iulah sebab kenapa aku  berfikir bahawa laptop itu adalah musuh aku.. Namun, ternyata ianya  salah sama sekali, kerana setelah melihat sesetengah rakan rakan yang  menggunakan laptop untuk belajar, mencari maklumat dan menyiapkan assignment sebagainya aku  mula berfkir bahawa teknologi sama sekali tidak bersalah.


Jadi siapa sebenarnya musuh disini?

Jawapannya adalah kita sendiri atau dengan kata yang lebih tepat adlah NAFSU kita. Nafsu yang cenderung kearah hiburan menjadikan kita lalai dan menyalahkan laptop atas kelalpaan diri ini. Ya, sememangnya tidak salah untuk berhibur, sama sekali tidak salah selagi tidak melalaikan. Itu yang kebanyakan orang selalu cakap. Namun kuatkah iman kita mengatasi cenderung hiburan ini. Saya akui, saya sendiri tidak sekukuh itu. Bagaimana nafsu menipu kita untuk cenderung kearah menyalahgunakan  laptop jauh dari tujuan asal..Berdasarkan pengalaman aku, akhirnya aku temui seperti berikut………


                                      GAMES -DOTA terutamanya.....


                                         LAGU-hiburan melebihi had


                 MOVIE- menjadi kebiasaan aktiviti hujung minggu plajar IPT


                       INTERNET- kata orang, menjadi nadi students


Jadi ,sama samalah para pembaca termasuk diri aku sendiri utk renung2 kan supaya tidak memakan diri. Setiap perkara masih belum terlambat seandainya kita mahu untuk mengubahnya......

salam....