Assalamualaikum W.B.T
Post kali ini saya tujukan buat junior-junior yang bakal melanjutkan pelajaran dalam kejuruteraan mahupun teknologi kejuruteraan. Sememangnya bukan bertujuan merendah atau meninggikan perbezaan kedua-dua bidang ini, cuma mungkin boleh berkongsi pendapat mengenai kekeliruan yang timbul terhadap kedua-dua bidang ini. Saya kini sudah tamat belajar dan saya nampak
Kelebihan Teknologi Kejuruteraan. (baca dekat link perkembangan terkini saya)
Peringatan jugak, mungkin penulisan saya agak condong kearah Teknologi Kejuruteraan sebab bidang tersebut memang sedang saya ikuti sekarang ni. Secara simplenya, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua bidang ini. Matapelajaran dan kaedah mengajar pun kadang-kadang hampir sama, bahkan kalau tengok nama course pun sikit perbezaan contohnya:
1) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Automotif dengan Kepujian.
2) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Automotif dengan Kepujian.
(Perbezaannya cuma perkataan Teknologi je kan?)
Secara jujurnya, saya sendiri semasa memililh Teknologi Kejuruteraan disebabkan mungkin namanya agak gempak dan style haha.Tapi, bila masuk je belajar, banyak jgk perbezaan yang saya dapati melalui kedua-dua bidang ni yang sering diperkatakan contohnya:
1) Teknologi Kejuruteraan tak boleh jadi Engineer.
Yeah, hakikatnya pahit untuk saya telah pada awalnya." Mana boleh weh, aku nak jadi engineer, apasal tak boleh pulak" kata saya dalam hati haha. Memang la, sebab graduan daripada Teknolgi Kejuruteraan ini akan dikenali sbg "Technologist". Tapi, dekat Malaysia ni, setakat ni, semuanya dipanggil Engineer tak kiralah kejuruteraan ataupun teknologi kejuruteraan.
2) Teknologi Kejuruteraan=Praktikal dan Kejuruteraan= Teori
Yup, benar sekali, untuk teknologi kejuruteraan 60% markah adalah dari amali dan 40% lagi adalah teori. Berbeza pula dengan Kejuruteraan yang memperuntukkan 50% bagi kedua-dua amali dan teori.
3) Tahap kesukaran yang berbeza
Secara jujurnya, belajar di Teknologi Kejuruteraan lebih senang berbanding dengan Kejuruteraan disebabkan boleh cover dekat carry mark 60% bahagian amali berbanding Kejuruteraan yang full of theories. Tapi, ia mungkin boleh menjadi sukar terutamanya orang macam saya yang tidak beberapa minat dan pandai dalam mekanikal dan mesin haha.
4) Kemasukan bagi ke Kejuruteraan lebih ketat berbanding dengan Teknologi Kejuruteraan.
Nak masuk bidang Kejuruteraan memang agak sukar disebabkan ia melibatkan pembelajaran teori dan ramai yang menyimpulkan student dari Kejuruteraan lebih pandai dari Teknologi Kejuruteraan. Tapi, ianya sama saje sebab yang masuk Kejuruteraan Teknologi ni pun pointer agak gempak di Matrik cuma mungkin lebih berminat kearah praktikal atau mungkin tidak diberi pendedahan yang jelas mengenai perbezaan kedua-dua tersebut.(Isi secara random di UPU sebab tak tahu)
Penting untuk anda ketahui bahawa :
Jurutera menggunakan pengetahuan saintifik yang dibangunkan oleh para
saintis dalam perancangan, mereka bentuk dan membina alat-alat teknikal
dan sistem. Jurutera pemaju inovasi teknologi.
Teknologi
kejuruteraan bekerja rapat dengan jurutera dalam menyelaraskan orang,
bahan, dan jentera untuk mencapai matlamat khusus projek tertentu.
Ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan.
Lantaran
itu, bidang pendidikan kejuruteraan dan bidang teknologi kejuruteraan,
tidak akan membawa perbezaan taraf,
ia cuma membezakan jenis kerja.
Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti
industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan,
dan pengurusan. Mereka boleh juga bekerja sebagai pengurus teknologi.
Jawatan-jawatan yang layak kepada graduan teknologi kejuruteraan adalah
seperti reka bentuk produk, ujian, pembangunan, pembangunan sistem,
bidang kejuruteraan, operasi teknikal dan kawalan kualiti.
Dan perlu diketahui, siswazah dari program-program teknologi kejuruteraan sering diberi jawatan sebagai jurutera.
Secara
umum, kerja-kerja teknologi kejuruteraan memberi tumpuan kepada
praktikal prinsip-prinsip kejuruteraan, manakala kerja jurutera
menekankan aspek-aspek teori matematik, prinsip-prinsip sains dan
kejuruteraan.
Banyak lagi sebenarnya perbezaan cuma ia hanyalah perbezaan yang kecil dan untuk menerangkan semua perbezaan yang besar tersebut jelaslah bukan saya orangnya sebab saya sendiri pun masih berjinak-jinak dalam dunia Engineering ni. Bagi saya, apa yang kita dapat tu, bersyukur lah dengan seadaanya sebab perancangan Allah itu yang terbaik.
Gudluck, Wassalam.
p/s: saya dapati banyak info-info tambahan melalui komen dari pembaca. So, terima kasih untuk perkongsian. Bagi yang nak lebih jelas, rujuk komen-komen dibawah. Mohon juga anonymous yang mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membalas sebarang pertanyaan dari sahabat-sahabat bertanya.