Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Monday, 7 July 2014

Engineering bukan untuk wanita?

Assalamualaikum W.B.T

Eh, sekejap. Sebelum saya diserang dengan komen-komen kaum hawa yang berada dalam ''lingkungan" kejuruteraan, jangan risau.. topik perbincangan ini akan saya kupaskan dengan adil dan penuh hikmah. Tujuan 'post'ini juga ingin menjawab persoalan seorang pembaca yang inginkan respon berkenaan hal ini.


Pertama sekali, saya mahu para pembaca tahu, dimana-mana Universiti pun, kalau bidang kejuruteraan sememangnya akan dipelopori kaum lelaki dan perlu juga anda ketahui setiap perkara didunia ini ada pro dan kontra tersendiri. Baiklah, tidak mahu menaip panjang, kita pergi satu persatu jawapan kepada soalan saudari tersebut.

Soalan 1:
Mampukah wanita untuk membuat kerja-kerja praktikal?

Untuk soalan ini, pastinya wanita mampu. Cuma rata-rata wanita diakui memang agak kurang dalam bidang teknikal. Samaada ia diterjemahkan melalui mentaliti masyarakat mahupun keyakinan wanita itu sendiri. Setiap orang berbeza potensi, tak boleh menilai melalui gender semata-mata. Ada je sahabat saya terdiri kaum wanita hebat dalam bidang kejuruteraan, bahakan melebihi saya sendiri pun ada. Kagum.

Soalan 2 :
Apa peluang pekerjaan untuk bidang ini?

Banyak sebenarnya tapi nak list semua macam malas. Google la ye. Bila dah masuk engineering pun, tak semestinya jadi jurutera, jadi Lecturer pun boleh. Ramai sekarang ini hanya belajar semata-mata untuk kerja. Its not work for money, but let the money work for you. Belajarlah dengan seronok dan penuh keihkhlasan dan percaya pada rezeki ketentuanNya.

Soalan 3 :
Bidang kejuruteraan apa sesuai untuk wanita?

Berkenaan ini, saya berbalik pada paksi asal.. sesuai atau tidak bergantung pada individu bukan pada gender. Tapi berdasarkan pengalaman belajar di Universiti, bidang kejuruteraan mekanikal adalah bidang yang paling kurang popular dalam kalangan wanita berbanding dengan kejuruteraan awam, kejuruteraan pembuatan, Elektrik , IT atau sebagainya. Mungkin nisbah ini turut mengaitkan dengan kesesuaian wanita tidak sesuai untuk mekanikal? Mungkin kut sebab biasanya wanita mekanikal ini selalu dikaitkan dengan perkataan ''tough'' haha

Jadi macam nilah, saya senaraikan PRO-dan Kontra secara ringkas.

Kebaikan
1) Anda mampu membuktikan wanita itu bukanlah lemah terutamanya dalam bidang engineering.
2) Tentunya, kerjaya ini menjanjikan pulangan yang berbaloi.
3) Bidang engineering ini luas, InsyaAllah tidak sempit untuk wanita.'
4) Wanita Engineering sebenarnya akan lebih berdikari
5) Err, lebih cepat bertemu jodoh kut, sebab lelaki ramai. Hensem pulak tu hehe.

Kontranya
1) Pasti ada kesukaran dari segi menggunakan kudrat wanita. 
2) Tidak sesuai buat wanita yang ingin tampil elegan.
3) Bila selalu bergaul dengan lelaki ni, ramai je yang cultute shock nanti.
4) Mentaliti masyarakat dan majikan yang sentiasa set "wanita ni lemah"

Kesimpulannya:

Allah S.W.T mengurniakan otak yang sama kepada setiap manusia tanpa membezakan lelaki atau wanita. Bezanya usaha. Kalau usaha luar biasa, luar biasalah kita akan dapat dan sebaliknya. Namun, tak semestinya keadaan itu terjadi kat semua situasi. Ada juga kita berusaha dah habis daya, tapi kejayaannya tak adalah tinggi mana (itu mungkin pandangan kita secara logiknya). Tapi sebenarnya, DIA bagi lebih daripada itu. Dia nak kuatkan kita menjadi Muslim yang kuat dalam semua aspek (muslim macam ni yang DIA suka). Mungkin kat tempat kerja nanti situasi yang lagi sukar untuk kita hadapi, dan DIA telahpun menguatkan kita awal-awal lagi. Dah elok DIA rancang kan. ALLAHu'alam, 

p/s: Saya cuma insan yang lemah, jadi saya mengharapkan para pembaca untuk melontarkan pengalaman mahupun ilmu berkenaan topik ini di ruangan komen. Mungkin berguna untuk pembaca lain. Terima kasih.