Assalamulaikum WBT....
Seperti biasa , setiap entri yang ku tulis adalah
berkisarkan perjalanan hidup yang mana aku harapkan perkongsian ini mampu
memberikan input walaupun sedikit kepada insan yang bergelar pembaca. Ini
adalalah salah satu daripada seribu kisah mengenai hebatnya naluri mereka yang
bergelar ibu bapa. Walaupun simple, semoga memberi manfaat kepada para pembaca.
Aku membelek dompetku.. Aduss, tinggal beberapa helai wang
kertas merah sahaja lagi. Maka terus aku bergegas ke mesin ATM . Baki dalam
pengeluaran: RM 97. Selepas termenung sejenak maka aku terus keluarkan RM50.. “
Nampaknya, puasa la aku minggu ini” detik ku di dalam hati. Teringin di hati
untuk call dekat ibu bapa ku untuk meminta duit. Namun, perasaan serba salah menguasai
diri. “ Xpe la, awal lagi kut, minggu depan je la” aku terus bermonolog.
Keesokan harinya, selepas menunaikan solat subuh, aku
melihat phoneku yang terletak di atas meja. 2 MISSCALLED from Umi. Hairan juga
memikirkan penggilan tersebut. Nak call balik kredit pun tak sempat nak tambah
nilai.. Lalu aku biarkan dulu, petang nanti baru aku bercadang telefon balik.
Sedang aku berada dalam kuliah tiba tiba sekali lagi telefon bimbitku
berbunyi.” 1 message received” Perasaan lega menyelubungi diri bila membaca SMS tersebut.
"Ayah masukkan duit 300 dalam akaun”
Petang tersebut terus aku top up kan phone , dan malam
tersebut aku menelefon umiku. Saat itu aku bertanya bagaimana mungkin beliau
mendapat tahu aku dalam ‘krisis kewangan’
walhal tiada sepatah pun dari diri ini meminta . “Umi dapat rasa”
jawapan yang simple itu menjadikan aku yakin bahawa memang ibu bapa terutamanya
seorang ibu merupakan seorang yang mempunyai NALURI TERBAIK terhadap anak
anaknya. Aku mula merenung diri, nasihat
dari umi kadang2 turut aku tidak ikut : belajar bersungguh2, solat berjemaah,
Al Quran sentiasa dihati dan banyak lagi. Hmm... masih banyak lagi yang perlu
aku perbaiki.........
Natijahnya( ayat karangan tu..) Dalam kesibukan kita melayari
alam remaja ini, kadang kadang kita terlupa ada ibu bapa yang sering menaburkan
sokongan. Kadang kadang kita tersilap menaburkan kasih sayang pada orang yang
salah tanpa kita sedari orang yang sentiasa mempunya naluri terbaik terhadap
kita adlah ibu kita sendiri.Itu semua anugerah ALLAH S.W.T yang tidak ternilai.
Sebagai pengakhiran entri kali ini,ingin aku kongsi satu hadis buat kita yang
bergelar anak...
Daripada Jahimah
al-Sulaimi, beliau datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : “Wahai
Rasulullah! Saya ingin berperang dan saya datang untuk berbincang.” Rasulullah
bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Beliau menjawab :”Ya” Rasulullah
bersabda: “Dampingilah dia. Sesungguhnya syurga terletak dibawah kakinya.”
Sama sama kita renungkan... Ukhwahfillah ,Wassalam......
No comments:
Post a Comment