Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Thursday, 3 May 2012

POLITIK: Nukilan dari sudut insan bergelar remaja


Assalamualaikum W.B.T....


  Melihat melalui tajuk entri untuk kali ini adalah mengenai politik, mungkin ramai yang akan “muak” masalkan tidak sejak akhir akhir ini masyarakat disajikan dengan hidangan hidangan politik baik di dada akhabar mahupun kaca televsiyen.Dan kerana itulah hati ini terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai politik kerana media blog ini sahaja lah untuk seorang insan biasa yang tidak mempunyai kuasa menyuarakan pendapat.



Memang normal bagi seseorang manusia untuk mempunyai prinsip masing masing. Sebagaimana di Malaysia ini, ada yang menyokong merah, ada yang menyokong hijau, tidak lupa juga pada biru muda dan biru gelap.Ya,semua itu kerana perbezaan pandangan dan prinsip. Secara jujurnya, aku adalah salah seorang insan yang tidak suka akan isu politik...



@Kenapa tidak suka?

  
  -Terlampau banyak fitnah dan pembohongan.

    -Politik memecahbelahkan perpaduan.
    -Timbul golongan saling menjatuhkan orang lain.
    -Merupakan isu yang tidak pernah ada kesudahan.




@Orang cakap orang yang tidak menyokong mana2 parti orang yang tdk berperinsip?

    Tidak suka bukan bermakna tidak ambil tahu kan? Aku turut mempunyai pandangan tersendiri  mengenai siapa yang patut aku sokong. InsyaAllah yang mana lebih berlandaskan Al Quran dan Sunnah akan aku ikuti.Bukan itu salah satu syarat penting utk memilih pemimpin?? . Ya, akan aku sokong kerana aku juga seorang berprinsip.




@Kenapa bukan sekarang?


Sekarang aku sebagai seorang remaja biarlah bergelar sebagai OBSERVER terlebih dahulu. Jika aku lantang bersuara sekalipun tidak akan didengari mana2 pihak kerana aku cumalah insan biasa. Bahkan aku masih lagi tidak layak menandakan “pangkah” di mana mana kertas undi kerana faktor umur.




@Jadi maksudnya x berminat la ni?


Boleh dikatakan macam tu, tp harus diingatkan tidak berminat bukan bermakna tidak cakna.Seperti yang telah di’mention’kan sebelum ni... Being observer for a while untill i’m 21. Kerana politik itu juga penting dan perlu diambil tahu,apa guna belajar tinggi seandainya buta politik.



Justeru itu,, sebagai seorang remaja yang serba biasa ini, aku mengharapkan akan ada keajaiban perubahan dalam momentum politik negara kita ini terutmanya dari segi telus keadilan yang akan membawa perpaduan kerana orang orang mukmin itu umpama SATU BINAAN.Sebagaimana dalam hadis Rasulullah S.A.W

Ertinya:Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a, Nabi s.a.w bersabda: “sesungguhnya seorang mukmim kepada Mukmim yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim)


sama2 renungkan...Wassalam......

3 comments:

  1. assalamualaikum sahabat. nak komen sikit. sy rasa saudara tidak perlu mmbnci politik krn politik itu tidak kotor, tp manusia yg mengotorkan politik. malahan, poitik itu adalah sebahagian dr Islam.. sy rasa sauddara sudah sedia maklum.. :)

    saudara,
    betul, kita remaja harus belajar memerhati. tp kita jg harus bertindak. mahasiswa sprti kita juga punya hak utk bersuara. dgn kurniaan akal oleh Allah, kita mmpu mmbezakan yg mana hak, mana yg batil..

    sedikit nasihat: jgn percaya semua yg dsebarkan kt media massa. bnyk ftnah dan pmbohongan dr kbnrn. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk pandangan yang membina tersebut.. tidak membenci cuma tidak senang...

    Tidak juga mengatakan politik itu kotor kerana politik dan agama itu selari cuma mungkin masanya masih belum tiba,,,

    P/s: Dalam hati ni sudah berpegang kepada pemimpin yang terbaik... Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete