Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Friday, 27 July 2012

betulkah kita dah MATANG?

Assalamualaikum W.B.T

Setelah beberapa kali aku menjenguk dashboard kemudian tutup disebabkan tiada idea akhirnya hari ini berpeluang jua untuk mengupdate blog. Bagi entri kali ini aku ingin berkongsikan pandangan kecil aku mengenai "kematangan" berdasarkan perpektif aku . Ye la, semua orang memiliki pendapat berbeza dan inilah gunanya blog persendirian iaitu menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan. Untuk memudah dan menyingkatkan lagi penerangan dari sudut yang ringkas, sedikit analogi aku gunakan untuk menyampaikan pandangan.

Ibarat buah yang masih lagi hijau


Kebiasaan ramai orang menyangkakan mereka sudah matang hakikatnya mereka masih lagi hijau dalam semua perkara. Mereka fikir mereka sudah mampu bertindak bersendirian tanpa bantuan sesiapapun. Ya,sememangnya buah yang masih hijau tentunya sudah boleh dimakan. Tapi harus diingat rasanya masih masam. Buah yang belum masak memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan ianya betul betul masak.Nah, begitulah kita manusia mempunyai ciri ciri yang sama. Sebelum benar benar matang, jangan malu untuk menerima nasihat tidak kiralah dari sesiapapun. Kerana setiap nasihat yang baik yang diterima itulah yang menambahkan kematangan kita dalam perjalanan hidup ini. Harus diingatkan sudah ramai golongan golongan yang hilang arah sebelum mencapai kematangan dek kerana kesombongan untuk menerima "penjagaan" daripada insan yang lebih berpengalaman. Seperti mana buah yang belum masak tetapi gugur digigit tupai kerana tidak dijaga sesiapa.



Ibarat buah yang sudah masak ranum



Nah, inilah yang sangat kita mahukan. Buah yang masak ranum semamangnya manis dimakan. Buah buah sebegini sangat berguna jika dibandingkan dengan buah yang masih hijau dimana ia sudah boleh dipetik bila bila masa untuk dimakan. Begitulah kita manusia, seandainya sudah matang, InsyaAllah kita mampu memberikan kesenangan kepada orang lain. Memang benar, definisi matang ditafsirkan secara berbeza oleh setiap orang. Ada yang mentafsir dari segi fizikal mahupun emosi. Tidak kiralah bagaimana ianya ditafsir kerana apa yang penting jika seseorang mencapai kematangan melalui permikiran maka dialah yang paling advance.Apa yang penting, buah yang masak ranum ini juga melalui proses hijau yakni setiap manusia itu melalui proses ketidakmatangan.Ianya bergantung bagaimana seseorang itu cuba membentuk dirinya untuk berfikiran matang.




Begitulah serba sedikit yang dapat aku simpulkan melalui pemerhatian kerdil ini. Aku akui, aku sendiri pun masih belum berada di peringkat buah yang masak ranum.Ya,masih lagi hijau,masih lagi mencari untuk membentuk diri ini kearah lebih matang. Pada fikiran aku, orang yang rasa mereka sudah benar benar sepurna matang adalah golongan yang hanya petah berbicara sebab dalam perjalanan hidup kita akan sentiasa mencari kematangan demi kematangan sehinggalah ke akhir hayat.

Sekian.

p/s: Rambutan di rumah masak ranum sempena Ramadhan. Alhamdulillah.......

2 comments:

  1. aku minat novel dari seberang, bukan sekadar isi, tapi bahasa yang diguna.

    aku jumpa blog kau dan nah, kamu kelihatannya serupa dikit cara penulisannya.

    keep it up:)!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih,, aku igt cara penulisan aku BM ori haha

    ReplyDelete