Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi nafas kehidupan menyambut Hari Raya. Nyawa juga satu nikmat besar. Jadi aku nak kongsi la jugak pengalaman berhari raya selama seminggu ni. Orang selalu cakap semakin besar, raya semakin tak meriah. Tapi rasanya , ia depend dengan macammane kita memeriahkan hari raya tersebut.
Bersama Keluarga
Disebabkan keluarga kami jarang dapat berkumpul bersama sama, jadi pertemuan di hari raya memang sangatlah bermakna. Lepas ni semuanya jarang la berada dekat rumah. Masing masing belajar di IPT dan berada di asrama.
Yang ni pulak aku beraya dengan keluarga di Kota Bharu ,Kelantan.
Apa yang menariknya, kali ni aku turut berpeluang merayakan hari raya dengan sahabat sahabat yang sudah lama tidak bertemu muka. Sungguh nostalgic di hari raya hehe
Dan nostalgia makin bertambah bila dapat bertemu rakan rakan sekolah rendah. 7 tahun tak berjumpa tu.Semuanya makin hensem dan makin lawa . Semua dah berpunya ke? hehe
Bertemu Ustazah Zawiyyah (nasib baik ustazah masih cam)
Jadi,begitulah kenangan aku semnggu berhari raya, nak tulis takde mood sangat so update dengan upload gambar je la kan.. tak update kan bersarang plak blog ni haha. Nak baca blog member pun, semuanya sikit je naik dekat dashboard.Masing masing sibuk kut.
Apepun Selamat Hari Raya buat sesiapa yang membaca .Semoga kita masih diberi peluang merayakan Aidilfitri tahun hadapan .Amin
ambooiiii amboiii .. Raya sakan nampak? UTem jangan dilupakan :P
ReplyDelete