"Catchy" ke tajuk tu? Jauh sekali rasenya untuk memegang status "catchy" tu haha.Tapi itu tak penting sangat sebab cerita pokoknya aku nak kongsilah serba sedikit permulaan aku sebagai pelajar selepas program orientasi hari tu.Manalah tahu dapat memberi motivasi buat pembaca pembaca yang masih belum menjejakkan kaki ke Universiti. (Kononnya memberi motivasi haha)
Dari aku tadika sampailah menyambung pelajaran ke Matrikulasi rasanya tak pernah sekalipun insan yang dipanggil wanita ini kurang daripada lelaki dalam sesebuah kelas. Secara mudahnya memang aku sudah terbiasa satu kelas dengan ramai kaum hawa ni. Lain pulak berlakunya di UTeM ni, masa awal kemasukan course Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Automotif ni hanya mempunyai 4 org perempuan daripada 57 orang dan kelas aku 27 orang semua lelaki.
Krik..krik (bunyi cengkerik)
Semuanya lelaki (bakal technologist berjaya) |
Ada jugak yang cakap, Kelas Semua Jejaka ni kosong macam kertas disebelah ni. Maklumlah sejak zaman sekolah lagi Cikgu selalu duk bagi pesanan "Jangan duk bercinta masa ni, dekat U nanti banyak lagi pilihan". Sebab tu ada mahasiswa yang frust bila masuk kelas engineering semuanya lelaki. Salah cikgu sekolah ke? hehe
Woit, kalau mung niat untut menuntut ilmu sebagai first takdenya frust la hehe.
Tapi lain la kalau niat "cita cita aku masuk Universiti untuk mencari isteri" baik korang bakar assingment then kawin terus .Senang kan?
So, kesimpulannya buat mereka yang mengalami situasi yang sama tak kiralah dizaman persekolahan ataupun Universiti jangan risau, wanita bukanlah segala galanya, anda tidak akan dikatakan loser jika tak didampingi wanita. Lagipun kaum hawa ni mesti usha bdak2 yang kelas ramai lelaki, kurang pesaingan dan banyak pilihan.
Betul tak wanita sekalian? (Ayat perasan giler haha)
Technologist sedang melakar lukisan kejuruteraan |
Engineers and Technologists should adapt to all situation at any cost because we're the best.
Sekian. Wassalam
Stim dgn post nie
ReplyDeletejangan begitu run.. hilang kehenseman kamu haha
DeleteMain angin tuh.. jauh sekali untuk itu..
ReplyDeleteNak usha budak automotive ah pasni, HAHA :D
ReplyDeletebudak telekomunikasi kena duduk diam2 haha
Deletebetul2..study come first..
ReplyDeletesetting niat pi universiti nak blaja..
nnt dah berjaya,nak pasang 4 pun xpe..kikiki :)
btw gud luck :)
salam ukhuwah
mak aih.. tq la sudi jenguk. salam ukhwah
ReplyDeleteMotif??
ReplyDeletebetul3..ya la memang engineering nie ramai lelaki dr perempuan..klu medical sama rata je kot..tp kelas seribupilihan ramai lelaki dr perempuan..dah biasa pon..kawan pon ramai lelaki..kawan je..tapi BFF mesti la perempuan..:-)
ReplyDeletesalam. adakah saudara still berada di utem??
ReplyDeleteyup, sedang berada di tahun akhir. Apa apa persoalan berkenaan UTeM boleh tanya pada saya di FB Khairul Nizam Suhaimin
Delete