Assalamualaikum W.B.T
Syaitan merupakan makhluk yang jahat dan licik.
Fokus mereka cuma satu iaitu menyesatkan umat manusia. Dengan kelicikan
tersebut, syaitan ini mempunyai beratus ratus strategi untuk sesatkan manusia.
Jangan ingat bola sepak je yang memerlukan strategi untuk mengatasi pihak
lawan.Jadi sini, nak kongsikan 5 strategi utama syaitan dalam menyesatkan anak
anak Adam.
1)Mengajak manusia untuk menolak Allah
Maksudnya syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk
menyesatkan manusia supaya melakukan syirik dengan menyekutukan Allah,
menidakkan segala ajaran Rasulullahdan menjadikan umat islam merasakan keraguan
terhadap agama. Akibatnya wujudlah golongan sekular dan golongan liberal
terhadap agama yang sentiasa menggunakan “hak bersuara” untuk menghina
Rasulullah , “diskriminasi terhadap wanita” untuk menghalang wanita daripada
menutup aurat dan “hak kebebasan manusia” untuk membenarkan homoseksual.
2)Membiarkan manusia beragama tetapi menerapkan
bidaah.
Perkara seperti ini memang sentiasa kita dengari.
Kadang kadang kita sentiasa terdorong untuk beragama tanpa mengetahui
sesetengah daripada perkara yang kita lakukan adalah bidaah yang tidak ada
dalam sunah Rasulullah menyebabkan kita rasa kita sudah beramal secukupnya
tanpa kita sedari amalan kita itu diterima atau tidak. Perkara seperti bidaah
ini juga turut memecah belahkan umat islam.
3)Menghasut manusia untuk melakukan dosa dosa besar.
Syaitan mengajak manusia untuk melakukan dosa dosa
besar seperti berzina, minum arak, menilik nasib dan membunuh. Pelbagai cara
digunakan untuk menjerumus umat manusia kedalam lembah ini.Lihat saje didada akbar.,
berapa ramai yang dibunuh dan berapa ramai bayi dibuang. Nauzubillah.
4)Mengajak manusia melakukan dosa dosa kecil
Kebisaanya ramai orang tertewas dengan strategi ini
kerana syaitan sentiasa meniupkan rasa tidak bersalah apabila kita melakukan
dosa dosa kecil. Contohnya bila kita melakukan dosa, hati akan berbisik “ tak
ape, nanti bila berzikir terhapuslah dosa dosa kecil tu”. Silap kita adalah
bila kita tidak alert bahawa dosa kecil jika dikumpulkan akan menjadi dosa
besar.
5)Menjadikan manusia sibuk dengan duniawi
Syaitan sentiasa menjadikan kita sibuk dengan
perkara perkara yang harus seperti tidur,makan ,minum dengan terlalu lama dan
kerap sehingga menyebabkan kita semakin kurang dalam mendekatkan diri kepada
Allah S.W.T.
Melihatkan strategi strategi ini buatkan kita rasa gentar sebab pastinya antara kita ada yang pernah terjerat dengan strategi syaitan yang licik ni. Tapi, Allah juga menyediakan strategi untuk hambaNya bagi menghadapi syaitan ini. Yang penting adalah mencari startegi tu. Selamat Berjaya.
Wassalam.
Melihatkan strategi strategi ini buatkan kita rasa gentar sebab pastinya antara kita ada yang pernah terjerat dengan strategi syaitan yang licik ni. Tapi, Allah juga menyediakan strategi untuk hambaNya bagi menghadapi syaitan ini. Yang penting adalah mencari startegi tu. Selamat Berjaya.
Wassalam.
terima kasih untuk peringatan..:)
ReplyDeletePeringatan buat diri jugak
DeleteSetuju. Lagi lagi bila dah jadi student IPT , sangat sangat packed schedule nya . Risau kot solat tertinggal demi Duniawi. Thanks anyway :)
ReplyDeletesemoga kita tidak terleka
Deletesemoga kita semua dijauhkan dr hasutan dan godaan syaitan laknatullah nie..
ReplyDelete