Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Wednesday, 15 October 2014

Kahwin : Pasangan lebih muda, lebih tua atau sebaya?

Assalamualaikum W.B.T

Ting tong! Post menjenguk kembali dan kali ini berkenaan kahwin. Aduh. Tak layak sungguh untuk membicarakan hal ini. Tak ape, oleh kerana ianya persoalan yang muncul dari pembaca yang tidak dikenali jadi saya cuba acah acah matang untuk memberikan pandangan mengenai ciri-ciri pasangan mengikut usia yang dirasakan prefer:
lebih muda ke? lebih tua ke? atau sebaya? 
Dan saya diminta untuk mengupas dengan sediki islamic side. Saya cuba. Saya cuba. InsyaAllah. (dengan muka penuh yakin)


Arghhh, sukarnya nak menjawab. Segan pun ada. (Eleh, ye sangat segan).  Tapi takpe, saya cuba kupaskan dari segi kelebihan ciri-ciri masing-masing sebab setiap perkara tu ada kelebihan pro dan kontra. Dan itu normal.

Pasangan lebih muda :
Saya berpendapat bagi mereka yang ingin habiskan masa dengan study dan pembentukan komitmen kerjaya yang kukuh, mencari pasangan yang lebih muda menjadi solusi utama kerana semestinya pasangan sebaya mahupun lebih tua sudah berpunya ketika anda sedang sibuk membina empayar kerjaya dan pelajaran anda.Nak bermanja-manja pun boleh. Ewwww.

Pasangan lebih tua :
Kelebihannya adalah dari sudut ekonomi dan faktor kematangan. Kebiasaannya pasangan yang lebih tua mempunyai sudut kerjaya yang kukuh serta mempunyai pemikiran yang matang atas faktor-faktor pengalaman yang telah ditempuhi selama ini. Seandainya sifat ego dapat ditangkis maka InsyaAllah tetap bahagia.

Pasangan sama umur:
Saya memandang dari sudut saling memahami kerana mostly kebanyakan pasangan sebaya ini adalah terdiri dari rakan sekelas, rakan sekuliah, rakan seuniversiti, rakan sepersatuan ataupun sebagainya. Maka proses perkenalan tu berlaku lebih lama. Cuma, mungkin ada masalah penerimaan pasangan masing-masing setelah ''diri'' sebenar timbul setelah perkahwinan.

Tapi sebenarnya itu hanya pandangan random. Ok secara direct to the point. Saya tidak menjadikan usia itu sebagai faktor utama dalam memilih pasangan kerana usia itu sekadar angka, bukan pengukur kematangan seseorang. Apatah lagi jika perbezaan umur hanya sekadar 2 atau 4 tahun sahaja masih saya anggap sebagai sebaya dan setaraf. Memang tak jadi faktor lansung. Eh, bukan saya cakap. Rasulullah SAW yang bagitahu. 

Seperti hadis yang biasa didengari dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wanita dikahwini kerana 4 hal (perkara):
kerana harta bendanya, 
kerana keturunannya,
kerana keindahan wajahnya,
dan kerana ketaatannya kepada agama.
Maka pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia."
(Terjemahan Hadis: Sahih Bukhari)


Maka dengan itu, tak payahlah nak mengambil kira sangat faktor usia ni. Cuma sekadar angka yang tertera pada kad pengenalan sahaja. Lagi satu, janganlah tersalah faham yang saya tulis ini hanya khas untuk perkahwinan. janganlah dijadikan tips untuk mencari pasangan bercinta plak. Oit. Apa yang penting bukan mencari, tapi persiapkan diri kita.
Faham kan? hehe

p/s: Pembaca-pembaca ni suka minta pandangan pasal kahwin. Meraka tidak tahukan diri ini jejaka pemalu yang sentiasa Lone ranger hingga bayang-bayang perkahwinan pun masih samar-samar. hehe.

13 comments:

  1. Assalamualaikum. tak sangka encik nizam pun akhirnya berbincang tentang ni. Saya sangat bersetuju dengan pendapat anda ^^ kupasan yang baik, encik nizam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... mungkin menginjak masuk untuk bergerak kearah ni? Hehehe *gurau
      Terima kasih sudi membaca myza

      Delete
  2. Okey...now i understand... Thank you for the explaination. Its help me a lot.. Now i know that ages is just a number.. Now i know that religion comes first... Thanks en. nizam.. And sorry if its hard for you to discuss about this matter. ..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wc. No sorry please. Haha Actually it helps me a lot to study more about it. I love to learn even though its little hard. So thank you for reading.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Oh 'lone ranger'.. haha sy setuju dengan entry ni.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh? Kenapa dgn statememt 'lonr ranger?. Haha apepun terima kasih sudi baca

      Delete
  5. Saya setuju dengan pencerahan yang diberi oleh En Nizam.

    Bagi saya, faktor umur bukan satu masalah dlm memilih pasangan. sebab citara yang berbeza yg setiap individu.

    Apa yang penting tahap kematangan dlm menyelesaikan masalah dlm sesuatu perhubungan itu yang berharga :')

    krik..krikk..krikk :P

    ReplyDelete
  6. So ko kiranya tak kisah la ttg umur bini kau nnt? Kau takkan tak suka kat sesape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm, bukankah suka tu perkara normal yang telah wujud dalam diri manusia.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete