Salah faham merupakan sesuatu keadaan yang boleh menyebabkan pergaduhan, terputusnya silaturahim waima bermasam muka tidak kiralah samaada ianya melibatkan ahli keluarga, sahabat baik mahupun dengan insan yang tak dikenali. Berdasarkan pengalaman sendiri yakni mungkin sama juga dengan kalian membaca, pastinya kita sudah bebrapa kali berada disituasi "salah faham" ini. Tambah sadis, apabila ianya meretakkan hubungan.
Jadi ada beberapa perkara yang perlu kita beringat, apabila berlakunya salah faham lebih-lebih lagi kita pun blur apa yang orang salah faham dengan kita.
1) Chill
Bertenang, rilek dan cool down. Kalau kita yang salah faham, kita pergi tanya elok-elok, kurangkan beremosi, selesaikan perselisihan faham dengan perbincangan yang tenang. Kalau kita yang kalut, nampak kita yang noob dan tak matang. Namun, jika orang lain yang tersalah faham dengan kita, pun kita kena bertenang, jangan diikut rentak emosi mereka yang "menyerang" kita. Anggap sahaja mereka tidak tahu. Terangkan dengan jelas soal apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya hubungan silaturahim masih boleh diselamatkan.
2) Minta Maaf
Kadang-kala, biarpun ego kita merasakan kita tidak bersalah apabila berlakunya salah faham, rasanya tak salah untuk meminta maaf bagi menenangkan hati mereka yang "menyerang" kita. Sekurang-kurangnya kalau kita yang salah, kita sudahpun meminta maaf. Dan kalaupun kita yang tersalah faham hendak bertanya kepada seseorang, lagi lah cantik mulakan dengan maaf agar orang yang kita inginkan penjelasan tidak terasa dengan apa yang ingin kita persoalkan berkaitan salah faham yang timbul.
3) Jaga kata-kata
Ini pun penting. Baik dari yang menimbulkan salah faham ataupun mangsa salah faham. Yang inginkan penjelasan kadang-kala permikirannya tidak lagi dikawal oleh serebrum, sebaliknya mulut lebih mendahului mengeluarkan kata-kata sindiran, kata-kata kesat ataupun segala bentuk perkataan yang menguris hati hanya kerana terlalu mengikut arus emosi yang berkeladak. Mangsa salah faham pula jangan juga terlalu ikutkan emosi apabila mungkin rasa diri difitnah, dihina dan sebagainya namun selagi boleh selamatkan hubungan maka bersabarlah.
4) Elakkan dari medium tidak bernada
Apabila berlakunya salah faham, saya tidak pernah akan memanjangkan dalam medium tidak bernada iaitu di media sosial. Suka hati lah nak judge apa pun janji selesai cepat. Adalah lebih baik untuk bertemu mata menyelesaikan perselisihan faham ataupun sekurang-kurangnya melalui panggilan telefon. Kadangkala tulisan ini lebih berbekas di hati, lebih tajam dari mata pedang walaupun kita tidak berniat untuk melukakan. Lihatlah berapa ramai kes suami menceraikan isteri melalui SMS, Whatssapp kerana salah faham walaupun pada asalnya tidak berniat untuk berbuat demikian.
5) Memberi Maaf
Jika meminta maaf itu kadangkala dirasakan sukar, maka memberi kemaafan juga tidak semudah itu. Faham. Ia memerlukan keikhlasan yang tinggi. Namun, silaturahim perlu dijaga. Tidak kiralah insan yang menimbulkan salah faham atau mangsa salah faham, berjiwa besarlah dalam memberi kemaafan. Tidak tenang hati bagi mereka yang menyimpan walau sekumit dendam. Kalau rasa perlukan masa, jauhkan diri tapi buat sementara namun bukan memutuskan ukhwah.
"Apabila kuku tumbuhnya panjang, maka potonglah kuku bukan jarinya, samalah juga kalau salah faham kian memanjang, potonglah egonya, bukan ukhwah silaturahimnya"
Hmm zaman medial sosial ni, mudah betul triggered, salah faham, lepas tu budaya viral.
ReplyDeleteBanyak kena betulkan balik attitude kita. Terima kasih buat peringatan! :)