Saya dapat persoalan dari seorang rakan bertanyakan perihal berkenaan cinta. Walaupun agak "cringe" dan sedikit "akward" untuk menconteng tulisan cinta di laman blog ini, saya kira tak salah untuk saya kongsikan jawapan yang saya berikan kepada rakan saya diruang ini. Manalah tahu memberi sedikit ruang membuka minda kepada mereka yang hadapi masalah yang sama seperti kawan saya.
Kawan saya situasinya begini:
Beliau baru sahaja putus cinta dengan kekasihnya, tiada berkaitan curang lebih kepada ketidaksefahaman dalam banyak perkara. Sayang dan cinta itu ada, cuma asyik bergaduh, tidak tenang, maka si gadis tinggalkan beliau, walaupun beliau merayu menangis meminta peluang namun tidak diendah. Setelah beberapa bulan, beliau bangkit, keluarganya memperkenalkan beliau dengan seorang gadis. Tidak kurang cantiknya juga. Baik budi pekertinya. Mereka berkenalan. Agak serasi, namun katanya masih tiada aura rasa cinta. Kalau ada pun, tak sebesar cinta pertamanya dahulu. Dalam kekeliruan, dia dapat tahu, si gadis bekas kekasihnya masih menunggu beliau.
Jadi persoalan dia kepada saya, siapa patut dia pilih?
Saudara-saudari berpandangan macam mana? Kata kawan saya pandangan populis yang dilemparkan kepada sahabat saya adalah untuk memberi peluang kepada bekas kekasihnya. Maka keluar quote seperti "cinta itu memberi peluang", "bergaduh itu tanda sayang", "jangan permainkan perasaan mereka yang menunggu" dan sama ertinya yang menyokong supaya kawan saya kembali kekasihnya.
Saya pohon maaf untuk tidak berada di kalangan majoriti. Saya kata padanya, cliche, solat Istikharah lah. Cuma kalau pandangan saya, lebih baik beri peluang kepada orang yang baru daripada orang yang mensia-siakan peluang saat bersama kita. Mungkin pada pandangan sesetengah orang jawapan saya ini lebih kepada egois. Saya sertakan alasan yang kukuh.
1. Memang benar kesian fikirkan perasaan yang lama, namun perlu diingat, yang baru juga ada perasaan yang bukan hadir untuk mengubati luka dibuat yang lama. Bila sembuh dibuang begitu sahaja.
2. Percayalah, jarang yang memecahkan akan membaiki apa yang dipecahkan, seadainya ada yang sudah membaiki hati kamu yang pecah, maka hargai lah dia, jangan kamu balik kepada mereka yang memecahkan kerana tak mustahil untuk dia hadir memecahkan kembali.
3. Takdir Allah. Tuhan tidak suka-suka jadikan perpisahan kamu melainkan ada rancangan yang lebih baik. Misalnya, ada sebab kenapa Allah hantar seseorang yang baru, pilihan keluarga lagi, untuk ganti yang lebih baik untuk kamu.
4. Kalau sudah serasi. Beri masa. Beri peluang. Jatuh cinta itu juga satu pilihan. Bergantung kepada keredhaan kamu untuk menerima. Seseorang yang hidup kerana cinta lampau adalah seseorang yang rugi kerana masa hadapan sentiasa menjanjikan kejayaan yang lebih baik.
Saya bukakan minda beliau, pilihlah apa yang meyakinkan dan menenangkan hati. Percaya pada Allah S.W.T bukan sekadar dari kata-kata manusia. Saya suarakan pandangan bukan bermaksud dia perlu ikut. Tapi sekurang-kurangnya untuk dia berfikir. Saya akhiri dengan kata-kata sesiapapun dia pilih saya sentiasa sokong asalkan dia sebagai sahabat berbahagia.
Selamat berbhagia kawan.
No comments:
Post a Comment