Ramai dalam kalangan kita suka mencampur adukkan ideologi politik dalam kehidupan. Maaf cakap, kalau kita tengok orang-orang lama politik negara kita pun sama. Isu banjir pun masukkan politik. Isu jenayah pun masukkan politik bahkan isu mempertahankan Palestin pun nak dipolitikkan. Berpuluh-puluh tahun amalan seperti ini diamalkan. Sadisnya, ia menjadi ikutan anak-anak muda dalam menyambung legasi "politik kebencian".
Saya suka berkawan dengan semua orang tanpa membezakan ideologi politik dan saya tak kisah andai terhukum dengan persepi politik yang dilemparkan kepada saya.
Saya masih ingat, pernah sekali saya dipinggirkan oleh beberapa pihak hanya kerana saya rapat dengan pihak yang berlawanan ideologi dengan mereka. Padahal saya pun rapat dengan mereka. Buat meeting asing, hantar email asing dan juga group whatssapp asing. Memang rasa terpinggir. Namun, saya bertenang dan buat sahaja kerja saya. Kalau ada mesyuarat rasmi, saya tidak pernah terlepas hadir walaupun sekejap dan akhirnya barulah mereka faham prinsip saya yang sebenar. Lagipun, saya masih bersama walaupun dalam kalangan mereka sendiri sudah berpecah dan membawa haluan masing-masing.
Mudah. Saya bukan orang politik Jauh sekali untuk target menjadi sebahagian dari ahli politik. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin yang dipilih tanpa terlalu obses dengan politik. Bersederhanalah. Kita tidak akan tahu sahabat yang dulunya susah senang bersama boleh beralih arah politik, Disaat itu, adakah kita masih ingin membenci hanya kerana dia sudah bertukar warna?
Tepuk dada tanya selera.
Kita sebagai pemimin generasi baru, perlu lebih tenang dan tidak terlalu mengikut amalan-amalan negatif generasi terdahulu yang mengamalkan politik kebencian dan pembunuhan karakter.
No comments:
Post a Comment