Masih saya ingat
kata-kata seorang kawan yang saya kira membawa kepada titik perubahan pada
corak permikiran saya. Masa itu, kami sedang minum-minum di kedai makan. Lama
tidak berjumpa maka masa yang ada diguna sepenuhnya bagi menyambung silaturahim.
“Macam mana nak
hilangkan stress sebab nak penuhi harapan orang lain yang terlalu tinggi pada
kita?”
Soal saya
memulakan bicara. Perkara ini memang sudah agak lama bersarang di hati. Saya
agak rasa terbeban dengan anugerah dan pengiktirafan yang diberikan banyak
pihak kepada saya hingga pada satu tahap saya merasakan bahawa bagaimana saya
ingin buktikan bahawa saya layak menerima penghargaan yang diberikan pada saya.
Jauh dari sudut hati, saya risau jika ada yang beranggapan selepas menerima
anugerah, saya diam dan tidak menyumbang kembali pada masyarakat.
Jawapan yang
kawan saya berikan agak menyentapkan fikiran saya pada masa itu
“Inilah silap kau,
bila kita menerima pengiktirafan manusia kita fikir bahawa ianya dari manusia,
sedangkan semua yang kita perolehi itu hanyalah belas ihsan dan rezeki dari
Allah S.W.T. Kamu tidak hebat pun dengan menerima segala anugerah dari manusia,
semua kerja tuhan”
Allahu, sungguh
ia menyedarkan saya. Dalam saya mempunyai niat murni nak menyumbang kembali
kepada masyarakat dengan harapan berbaloinya anugerah yang diberikan kepada
saya, saya lupa dan leka bahawa saya menjadi ego secara tidak lansung. Ego
kepada sang pencipta dengan merasakan diri ini sempurna untuk memenuhi harapan
atau “expectation” semua orang sedangkan saya cuma manusia yang terbatas
kuasanya. Dalam rasa tekanan merealisasikan “kelayakan penerimaan anugerah”,
saya lupa untuk mengadu, meminta pertolongan dari Allah S.W.T untuk bantu saya
sedangkan janji Allah itu pasti, minta sahaja padanya nescaya Dia akan bantu.
Ya Rabb, maafkan kealpaan hambaMu ini.
Ya Rabb, maafkan kealpaan hambaMu ini.
No comments:
Post a Comment