Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Friday 28 June 2013

Punca gagal melupakan kekasih lama

Assalamualaikum W.B.T

Lama sudah tidak menggerakan jari jemari menulis di papan keyboard ni. Mungkin kerana exam atau tahap kemalasan yang menguasai diri. So sekarang musim cuti, boleh la mula mencoret kembali. Untuk post kali ni, saya ingin menjawab persoalaan yang diajukan salah seorang kawan yang merupakan silent reader blog ni yang agak jiwang karat yang mana beliau minta dituliskan dalam Belog nih.

Soalan jejaka tersebut :

"Aku putus cinta weh, walau dah lebih setahun tapi melupakan adalah mustahil, rase tak mampu hidup tanpa cinta. so ade any suggestion tak bro?"




First, korang semua jangan ketawa mahupun memperlekehkan statement beliau sebab lain orang lain dugaan. Mungkin masalah tersebut ianya agak "eeuuw" tapi selagi bukan kita tak menghadapinya maka tak layak untuk kita mempersendakan. Kalau diikutkan hati, saya sendiri pun sudah malas untuk menceburi masalah yang berada dalam kategori bidang cinta ni tapi sekadar bagi pendapat, InsyaAllah boleh.

Salah satu sebab mengapa jejaka mahupun jejaki (Maksud aku wanita) tidak boleh melupakan ex-gf/bf (Plural?) mereka kerana bersandarkan kepada beberapa sebab :

1) Tak henti-henti jadi stalker

Walaupun sifulan ni dengan bangganya memutuskan hubungan dengan berkata "Kita putus, i dah orang lain", bila menyesal maka si fulan tersebut mesti akan jadi stalker pada ex-beliau. Yang di"reject" pun sama, kononya teringat kisah lalu hingga siang malam asyik bukak wall mantan kekasih (pedulikan tatabahasa) walaupun hati membara cemburu. Kemonlah! Salah satu step melupakan adalah dengan berhenti "stalking". Tenangkan fikiran anda, fikirkan apa yang anda dapat dengan stalking. Kalau kenyang teruskan hobi tersebut.

2)Lupa meningkatkan ego

Ego manusia tak kiralah lelaki atau wanita boleh jatuh dengan perasaan kasih sayang atau cinta. Yang mana menjadi bahaya apabila ego terus hilang sehingga memperbodohkan diri kita untuk merayu seolah-olah "tanpamu matahari tidak menyinari hidup ini". Jelas terserlah "kecerdikan"nya. Tidak kira apa yang akan berlaku, matahari akan terus menyinari cuma anda yang akan rugi jika tidak merasai nikmat cahaya matahari tersebut sebagaimana pokok pokok menerima cahaya untuk proses fotosintesis (Maknanya pokok lebih cerdik la ni?). Percayalah, ego boleh jadi benteng yang terbaik.


3)Lupa pada "pemberi hadiah" yang sebenar

Cinta adalah hadiah daripada Allah S.W.T. So, wajar tak sebenarnya mencintai hadiah daripada pemberi hadiah? (soalan IQ tahap 1) Mestilah tak wajar! So, itulah kita manusia, bukan sahaja anda, bahkan insan yang menulis inipun tidak terlepas dari ujian-ujian sebegini rupa. Jadi, untuk bangkit carilah pemberi hadiah yang sebenar . InsyaAllah bahagia dunia dan akhirat.


So, buat bro tersebut, selamat meneruskan kehidupan. Buat anda jua (follower or silent reader) nak share pepatah arab yang berbunyi :

"Manusia akan menjadi hamba kepada perkara yang dicintai"

So cintailah Alalh kerana kita adalah hambaNya. Wassalam