Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Sunday 29 July 2012

"Eleh, exam aku buat bodo-bodo je"

Assalamualaikum W.B.T

Entri kali ini ingin aku ceritakan satu kisah benar yang berlaku yang mana aku rasa boleh dijadikan ikitibar buat pembaca terutamanya yang bergelar pelajar.

Flashback sebulan yang lepas(bayangkan je la ade muzik)

Masa tu, aku ke stesen bas mencari ape entah aku lupa. Kemudian tiba tiba aku disapa seseorang seusia dengan aku. "Kau ni bekas student matrik kan?" beliau bertanya . Sebenarnya aku pelik jugak macammane boleh dia tahu.Rupenya sebab aku pakai T-shirt matrik Selangor. Kami pun mulahlah berbual agak panjang jugak la.Kebiasanya ex student matrik ni suka bercakap pasal result.

"Aku mase sem 1 dapat 3.7,tu pun tak study sangat" Beritahu beliau tanpa aku bertanya. Aku ni kagum la dengan result dia sebab insan macam aku ni perlukan usaha yang menggunung untuk capai tahap tu,Kalau student 4 flat memang la  selamba je kalau dia dengar result macam tu hehe. Kemudian dia menyambung lagi "Tapi sem 2 aku dapat 2.7 je tu pun aku buat cincai je, eleh , exam aku buat bodo-bodo je" . Aik, ade jugak macam ni, aku pun tanya la kenape buat cincai? Dengan selambanya dia jawab "Aku dah ada kabel untuk masuk UTM dan aku yakin dngan sijil Debat kebangsaan , aku boleh masuk punye". Speechless aku dibuatnya hehe. Tapi aku cool jugak ,ye la, nak buat macammane rezeki seseorang memang sudah ditetapkan.(Padahal jeles hehe)

Sebulan kemudian result kemasukan ke universiti keluar.Dan menjadi kebiasaan jugak buat bekas student matrik untuk mengucapkan tahniah buat sahabat yang berjaya mendapat tawaran.Aku teringat la mamat yang tegur aku kat stesen bas sebelum ni sebab dia pun dah add aku dekat facebook . So, aku tulislah "tahniah dapat UTM" dekat wall dia. Selang 2 hari kemudian aku bace la komen beliau "Takde la, aku tolak tawaran UTM sebab aku ambil Unimap dekat sikit dengan rumah datuk aku"
Ok fine.Speechless lagi aku dibuatnya hehe.

So, jika korang faham apa yang aku cuba sampaikan Alhamdulillah. jika tidak, meh sini nak huraikan hehe. Macam ni kadang kadang ramai jugak diantara kita ni tidak menggunakan kelebihan dengan ape yang dianugerahkan Allah. tengoklah mamat tadi.Beliau dianugerahkan otak yang pintar tapi tidak menggunakan dengans sebaik mungkin.Ya,memang normal bagi manusia bila jalan pintas sudah ada, pastinya tidak pandang terus jalan yang jauh. Sepatutnya sudah ada jalan pintas gunalah sebaik mungkin. Sesungguhnya Allah tidak memandang hasil sesuatu perkara tetapi Allah memandang usaha yang dilakukan hambaNya dalam mendapatkan sesuatu hasil.

Sekian.

p/s:Sijil Kebangsaan sekalipun tak kan membantu jika result tidak mencapai taraf. :)


Saturday 28 July 2012

Ada blogger berpengalaman boleh tolong?

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku memerlukan pertolongan mana mana blogger yang sudi tolong ni. Maklumlah aku ni masih dikira baru dalam dunia blogging. So masalahnya macam ni.. Apabila aku nak follow blog blog lain, name dan gambar aku asyik tak keluar. Adakah kerana laptop atau internet aku? sedangkan sebelum ni ok je.. Masalah jadi macam ni


So, sape sape yang terbaca ni ade explaination tak? memerlukan penjelasan. Maklumlah diri ini masih HIJAU..

Friday 27 July 2012

betulkah kita dah MATANG?

Assalamualaikum W.B.T

Setelah beberapa kali aku menjenguk dashboard kemudian tutup disebabkan tiada idea akhirnya hari ini berpeluang jua untuk mengupdate blog. Bagi entri kali ini aku ingin berkongsikan pandangan kecil aku mengenai "kematangan" berdasarkan perpektif aku . Ye la, semua orang memiliki pendapat berbeza dan inilah gunanya blog persendirian iaitu menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan. Untuk memudah dan menyingkatkan lagi penerangan dari sudut yang ringkas, sedikit analogi aku gunakan untuk menyampaikan pandangan.

Ibarat buah yang masih lagi hijau


Kebiasaan ramai orang menyangkakan mereka sudah matang hakikatnya mereka masih lagi hijau dalam semua perkara. Mereka fikir mereka sudah mampu bertindak bersendirian tanpa bantuan sesiapapun. Ya,sememangnya buah yang masih hijau tentunya sudah boleh dimakan. Tapi harus diingat rasanya masih masam. Buah yang belum masak memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan ianya betul betul masak.Nah, begitulah kita manusia mempunyai ciri ciri yang sama. Sebelum benar benar matang, jangan malu untuk menerima nasihat tidak kiralah dari sesiapapun. Kerana setiap nasihat yang baik yang diterima itulah yang menambahkan kematangan kita dalam perjalanan hidup ini. Harus diingatkan sudah ramai golongan golongan yang hilang arah sebelum mencapai kematangan dek kerana kesombongan untuk menerima "penjagaan" daripada insan yang lebih berpengalaman. Seperti mana buah yang belum masak tetapi gugur digigit tupai kerana tidak dijaga sesiapa.



Ibarat buah yang sudah masak ranum



Nah, inilah yang sangat kita mahukan. Buah yang masak ranum semamangnya manis dimakan. Buah buah sebegini sangat berguna jika dibandingkan dengan buah yang masih hijau dimana ia sudah boleh dipetik bila bila masa untuk dimakan. Begitulah kita manusia, seandainya sudah matang, InsyaAllah kita mampu memberikan kesenangan kepada orang lain. Memang benar, definisi matang ditafsirkan secara berbeza oleh setiap orang. Ada yang mentafsir dari segi fizikal mahupun emosi. Tidak kiralah bagaimana ianya ditafsir kerana apa yang penting jika seseorang mencapai kematangan melalui permikiran maka dialah yang paling advance.Apa yang penting, buah yang masak ranum ini juga melalui proses hijau yakni setiap manusia itu melalui proses ketidakmatangan.Ianya bergantung bagaimana seseorang itu cuba membentuk dirinya untuk berfikiran matang.




Begitulah serba sedikit yang dapat aku simpulkan melalui pemerhatian kerdil ini. Aku akui, aku sendiri pun masih belum berada di peringkat buah yang masak ranum.Ya,masih lagi hijau,masih lagi mencari untuk membentuk diri ini kearah lebih matang. Pada fikiran aku, orang yang rasa mereka sudah benar benar sepurna matang adalah golongan yang hanya petah berbicara sebab dalam perjalanan hidup kita akan sentiasa mencari kematangan demi kematangan sehinggalah ke akhir hayat.

Sekian.

p/s: Rambutan di rumah masak ranum sempena Ramadhan. Alhamdulillah.......

Tuesday 24 July 2012

Keputusan Malaysia VS Arsenal (1-2)


Fuh, perlawanan Malaysia menentang pasukan Arsenal tadi sangat mendebarkan. Walapun pasukan Malaysia tewas 1-2 kepada Arsenal namun persembahan pasukan Harimau Malaya sangat memberangsangkan. Malaysia yang mendahului perlawanan hasil jaringan pertahanan Azmi Muslim berjaya dipintas 2 gol oleh Arsenal pada saat saat akhir.

Apepun tahniah diucapkan kepada pasukan negara kerana memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan sebentar tadi terutamnya penjaga gol Farizal Marlias yang benyak menyelamatkan gawang gol daripada digegar Arsenal.

Semoga perkembangan positif ini dapat diteruskan untuk menaikkan taraf bola sepak negara kita. Kita ucapkan selamat berjaya kepada pasukan negara menentang Manchester City pada 30 julai nanti.

Sunday 22 July 2012

YES! Masa untuk si Arnab Mandi!

Assalamualaikum W.B.T                                                                                                                                                                                                                                                                                           
Semangat kini membara untuk memelihara arnab.Dengan kecomelan dan kiutnye menjadikan diri ini begitu tertarik dengan haiwan ini. (Sudah berhenti mengarut sekarang jugak!) Untuk kali ini aku nak kongsikan experince untuk memandikan arnab. Aku takde la expert sangat bab arnab ni tapi ada la sikit sikit ilmu untuk mandikan arnab melalui pertanyaan kepada mereka yang lebih pakar. Mane tahu berguna untuk korang yang teringin untuk memelihara arnab kan??



1)Sediakan tempat mandi dulu...

  Aku guna besen je,. tu pun yang saiz sederhana, bagi sabun yang digunakan lagi elok jika kita gunakan yang shampoo anti kutu (boleh didapati di pet shop) dimana penggunaannya sangat sesuai untuk menghapuskan kutu yang berada di bulu bulu arnab. Yang ni penting bagi mengelakkan arnab daripada terkena penyakit penyakit yang mungkin meragut nyawanya.




2)Mandikan lah beliau (arnab tu)



Ratakan air keseluruh badan arnab tuh.. gosok la perlahan perlahan takut luruh bulu plak... (macam la aku buat tak kasar haha) tengok arnab aku pun macam terseksa kut.. Hati hati jugak jangan sampai lemaskan arnab tu dengan alasan alasan yang tidak munasabah seperti
"nak ajar arnab berenang" mahupun "nak tengok daya tahan arnab"





3)Selepas selesai mandi?













Lapkan seluruh badan dia dengan tuala dulu.. kasi keringkan badan beliau yang kesejukan. Lagi elok kalau ada hairdryer..confirm kering. Kalau tak de buat macam aku.. biarkan si arnab arnab ni berjemur dibawah sinaran UV matahari. Benda ni penting bagi mengelakkan dijangkiti kuman sebab kuman mudah menjangkiti di badan badan arnab yang penuh kelembapan. Tapi harus ingat, jemur jemur jugak janganlah smpai 2 jam jemur.. kesian kat mereka sekalian haha. Seelok eloknya proses mandian ni dilakukan waktu pagi ataupun tengah hari.


Apepun yang  aku share ni hanyalah pengalaman dari seorang amatur.. Jika anda ada membela arnab seelok eloknya ambil la pengalaman dari yang pakar,, boleh terjah ke blog yang menceritakan khas mengenai haiwan peliharaan untuk ambil tips untuk membela haiwan.. Cuba cubalah membela haiwan ni.. ia mengajar kita untuk lebih bersyukur mengenai keunikan ciptaan Allah S.W.T

p/s:nak jadi engineer sekalipun tak emnjadi masalah untuk mencintai haiwan :)

Friday 20 July 2012

Target Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah bulan kerahmatan yang ditunggu tungguh sudah tiba. Kedatangan Ramadhan kali ini agak meriah di kampung berbanding sebelumnya. Sejuk jua hati melihat anak anak muda sebaya dengan diri ini ke masjid menyambut kedatangan Ramadhan.Semoga istiqamah hingga ke pengakhiran bulan.Amin...

Apa kata untuk Ramadhan kali ini jom kita buat Target Ramadahan masing masing. Rasanya ia agak berguna untuk pastikan Ramadhan kali ini tidak berlalu sia sia sahaja. Bukan apa ,aku sendiri pernah merasai kedatangan Ramadhan dengan agak kosong dimana tidak sempat untuk ber"pesta ibadah"Dengan pahala yang berlipat kali ganda, alangkah rugi jika kita hanya sekadar berpuasa sahaja tanpa ibadah tambahan..



Apa lagi jom buat Target Ramadhan masing masing
Target aku untuk Ramadhan kali ini:
-Full Tarawih berjemaah
-Full solat berjemaah 5 waktu
-Khatam 30 Juzuk Al Quran

Jika anda insan yang sedang membaca mempunyai target target yang lebih tinggi Alhamdulillah.. Semoga kita berjaya mencapainya. Tidak salah untuk berniat bahkan niat untuk melakukan kebaikan itu sudah mendapat pahala apatah lagi jika melaksankan niat tersebut.

Sekian sahaja coretan ringkas kali ini.. Selamat berpuasa dan selamat berPesta Ibadah...

p/s: doakan daku untuk mencapai target :)

Sunday 15 July 2012

segmen promote blog by Jal

Assalamualaikum W.B.T

   Hari ni ambo nak rajinkan diri sikit join segmen segmen dari blogger yang sudah berpengalaman.. so kalau sahabat sahabat blogger lain nak join..jom la  Klik SINI

Selamat mencuba :)

Ku Survive Dengan Adanya Kalian

Assalamualaikum W.B.T

Pedulikan tajuk jiwang tersebut sebab sebenarnya aku tak de idea untuk relate dengan entri kali ini selain pada tajuk tersebut haha. Apepun sebagaimana tajuk begitulah isi entrinya dimana kali ini ingin aku kongsikan pengalaman Survivor aku di Matrik Selangor (survivor la sangat) haha . Dan oleh kerana aku mungkin tidak cemerlang seperti korang yang sedang membaca, Alahmdulillah aku bersyukur graduate dari Kolej Matrikulasi Selangor dengan result nak kata gempak 4.0 tu tak la tapi untuk orang macam aku..hmm quite impresive la (syok sendiri)

Nampak rileks tapi tekanan tetap ada study di matrikulasi ni, dengan pecutan belajar dan persaingan dengan sahabat yang rata rata cemerlang membuatkan diri ini terasa kerdil seketika. So, banyak jugak aku cari inisiatif untuk tidak terus tenggelam dalam survivor ini.



Antara yang aku buat adalah statistik study dan penanda ulangkaji sebulan sebelum exam. Sesetengah orang mungkin fikir skema sangat buat menda menda macam ni tapi bagi aku takde hal sangat kerana kita ni manusia mudah lupa tambah tambah macam ambo ni tengok game DOTA terus mood study down. At least buat gini mengingatkan pesanan ibu bapa suapaya jangan leka, ye la letak je gambar gambar ibu bapa banyak banyak, pahala free pun dapat.. korang pun try la buat jugak :)




Sebnarnya beruntung jugak mempunyai roomate yang baik baik sebenarnya.. ya,roomate aku semua excellence.. bijak belake weh...ajis dengan study lewat sampai pukul 3 nye (tak tutup lampu! haha) Adieb dengan slange Kelantan KL nye dan Si Abu selain ajar game DOTA beliau jua banyak bantu aku dalam subjek fizik dengan math.. (tak dop mung memang hancus la aku) tq ajar aku weh haha (ak sengaja letak gambar tido..candid) haha



       Adieb (fen) ha2                       ajis ketua aras                                  
                                Abu dota master




 <................. Tingkat 2 bilik 26                                                                                                          

Adanya member member peneman study buat ku rase semangat untuk meneruskan kerajinan

husni dngan mat arun study week           Mentor aku Faiq(master sylibus)         (member study aku)



Berada di matrik buatkan aku sedar selama ini aku seorang yang tidak yakin pada diri .Disini aku belajar untuk menjadi lebih yakin.Yakin untuk menyimpan cita cita setinggi bulan. Katanya sahabat aku "simpan impian hingga ke bulan, kalau jatuh sekalipun akan jatuh di pokok kelapa" simple tapi mendalam. Kita semua memang tidak dilahirkan bodoh tetapi agak kurang cerdik jika kita membiarkan diri kita dalam kebodohan. (penuh falsafah) kononnya hahaa



Sahabat jua pendorong semangat buat seseorang untuk berjaya




Now i really love physics ha2
.Organic chem

  credit to amin ismail


 Sikit saje lagi nak share.. ye aku tahu vandalism conteng perkataan dekat dinding haha Tapi jangan risau pasal aku dah padam sebelum kuar matrik haritu.Kat dinding ni aku tulis "Lakukan Sesuatu" yang diinspirasi dari sepupu aku haha Maksudnya? Tak kira lah kita down dan failed sebagainya daripada terus jatuh dan terus jatuh baik kita lakukan sesuatu.At least kita dah lakukan sesuatu untuk memperbaiki ia.Percayalah prinsip "lakukan sesuatu" ni banyak beri impak positif dalam hidup aku


Sekian sahaja perkongsian pengalaman diri buat kali ini, yang baik para pembaca boleh jadikan teladan dan yang buruk katakan TIDAK terus (banyak tuh) haha apa yang penting tidak kira lah apa rintangan yang kita hadapi  jangan mengaku kalah sebelum berperang.... Sekian..



Friday 13 July 2012

UTeM dan aku BERJODOH

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM : CY51 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKNOLOGI AUTOMOTIF) DENGAN KEPUJIAN

: UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
URL SURAT TAWARAN : http://www.utem.edu.my/kemasukan



Alhamdulillah, debaran yang dinantikan akhirnya tiba jua.. benarlah kata orang penantian itu suatu penyiksaan #stop mengarut.  Alhamdulillah, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah bagi course Kejuruteraan Mekanikal Teknologi Automotif di UTeM Melaka. Memang dari awal lagi aku tidak kisah dapat di mana mana Universiti asalkan dapat course Engenering automotif (Eleh, padahal nak pergi UTM) hehe



Bla difikirkan balik begitu kuat JODOH aku dengan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM). Kenapa begitu? Ya sebab selepas keputusan SPM sebenarnya aku telah ditawarkan ke UTeM bagi diploma Mekanikal Engineering . Namun aku buat keputusan untuk menerima tawaran ke Kolej Matrikulasi Selangor pada masa tersebut.Bukan kerana aku memandang enteng pada Diploma mahupun UTeM itu sendiri tapi atas dasar faktor untuk mengenal pasti lagi apa sabenarnya minat aku dan setelah menempuhi pelbagai rintangan di Matrik (Rintangan sangatlah..hehe) akhirnya ku temui minat aku dalam bidang automotif.. Entahlah camne boleh minat (pengaruh classmate aku Faiq asenya) hehe



Ya..memang aku apply Course Automotif Engineering di UTM untuk first choice tapi aku tidaklah mengharapkan sangat sebab aku rase result aku pun biasa je walaupun cukup syarat. *banyak persaingan woooo. Dan aku percaya kita manusia hanya mampu merancang sahaja tanpa mengetahui perancangan Allah itu lebih baik dari kita yang hina. Begitu hebat nye takdir Allah, aku tinggalkan UTeM ke KMS dan aku meninggalkan KMS ke UTeM jua akhirnya..


At least aku dapat merasai pengalaman belajar di 2 tempat berbeza. Terima Kasih Ya Allah..

p/s: Para pembaca doakan daku ye............. :)

Monday 9 July 2012

Cinta Ais

Assalamualaikum W.B.T

Fuh... semenjak beberapa hari ni.. kering idea aku untuk mengepotkan entri entri di laman blog ni. Hmm.. Entahlah, mungkin termakan semut atau risau mengenai keputsan kemasukan ke IPTA untuk degree kut. Tup2 kuar idea untuk melaburkan entri ni.Kalau tengok tajuk ada perkataan "cinta" macam lain macam je kan.Biasanya orang dilamun cinta je buat entri cinta cintun ni. Aku? sudah lama hati terbeku haha
(now i'm fall in love with miss engeneering) Haha


Cinta ni dikategorikan banyak jenis sebenarnya. Biasanya korang yang jiwang2 tahulah.. aku slow je hehe.. Dan berdasarkan pemerhatian aku melalui serba sedikit pengaman sahabat sahabat serta diri sendiri, terdapat satu percintaan yang boleh disebut Cinta Ais. Rasa rasa ada tak kita tergolong dalam kategori ini? Ok.. untuk kenal pasti jom tengok 4 peringkat Cinta Ais ni.


Peringkat 1: Ais bermula dengan air

Ye la, semua percintaan bermula dari perkenalan.Air dari pelbagai punca disatukan menjadi satu untuk dijadikan ais. Analoginya manusia yang datang dari latar belakang yang berlainan memulakan sesebuah percintaan. Ya..peringkat ini emmang normal..tiada apa yang aneh pun sebenarnya.. Bahkan ianya sering disajikan di kaca televisyen.


Peringkat  2: Apabila air menjadi Ais

Peringkat ini percintaan tersangat la kukuh (ye la tu) .  Kita yang melihat mereka ini  pun hairan sebab dah macam suami isteri asyik berkepit kesana kemari. Sampaikan ada yang berani mengucapakan "kita tidak akan berpisah" di laman laman blog, twitter dan facebook tanpa menyedari banyak mata yang melihat. Begitu kukuhnya bila air sudah menjadi ais.


Peringkat ke 3: Bila cuaca mula panas

Cuaca dianalogikan sebagai rintangan atau konflik sesebuah percintaan mereka. Bila cuaca dah hangat, maka ais mula untuk mencair. Ais yang dikatakan kukuh tadi kini bakal menjadi air kembali. Lebih memburukkan keadaan apabila satu pihak tidak mahu meletakkan kembali ais kedalam peti sejuk maka terkuburlah ais menjadi air...



Peringkat ke 4 :Bila ais yang cair mula panas hingga mendidih

Kebisaan ini terjadi apabila air yang sudah cair mula mencari air yang lain untuk menjadi ais yang baru . Perkara yang membuatkan air yang ditinggalkan mula mendidih sehingga terjadinya perang alam maya internet. Luahan emosi yang penuh kemarahan dan kesedihan mula menghujani di laman facebook kebanyakan sehinggakan tiada lagi yang indah pernah terjadi yang sebelum ini sering diagung agungkan.


Ya..aku tahu kali ini agak dramatik tulisan ini (perasan giler) tapi apa yang ingin disampaikan ini adalah fenomena yang biasa. Memang ada ais yang kukuh bertahun tahun lamanya tapi harus diingati tidak akan ada ais yang kukuh selama lamanya. Apa yang pasti jika tidak tertulis jodoh maka teruskanlah hubungan sebagai saudara sesama islam. Jangan pula memasuki peringkat ke 4 dimana ia memalukan diri sendiri. Jika kita tersalah masuk peringkat ke 4 masih sempat untuk keluar balik, tengok balik , meman ada yang bersimpati tapi tak kurang juga akan ada perspektif negatif pada diri kita.


Akhir kata, tulisan aku ni bukan lah ditujukan kepada sesiapa bahkan bukanlah luahan hati aku jua tapi ianya pintasan minda yang out tiba tiba untuk dikongsikan kepada insan yang membaca. Ingatlah tiada yang kekal dalam percintaan melainkan cinta kepada Allah S.W.T...

p/s: Termenung 5 minit memikirkan siapalah jodoh aku nanti? harap harap doktor  hahahaha

Friday 6 July 2012

Bila SMS tidak berbalas..

Assalamualaikum W.B.T


Pastinya akan ada insan yang beremosi seperti ini jika SMS yang dikirimkan tidak berbalas tidak kiralah samada SMS yang dihantar itu kepada ahli keluarga, sahabat, dan lebih lebih lagi teman istimewa. Ye la, nak taip SMS tu susah hingga berpeluh peluh dan banyak masa yang telah dikorbankan untuk menaip SMS dengan penuh jiwa raga tersebut namun tiada balasan...
Memang marah kan!


Kata kata penulis: "Ya,aku tahu ayat aku terlalu hiperbola dan agak sarcastic hehe"


Wah begitu beremosi sekali ya si penghantar mesej ni. "Memang kami emosi" Tapi kenapa emo sangat?
Ye la,kadang kadang yang menghantar mesej tu berjam jam dengan telefon hinggakan nak makan, mandi , buang air besar pun bawak masuk bersama (bukan aku haha) . Tup-tup hampa mesej tidak berbalas.

Apa lagi bila hati bercampur frust dan emosi terus buat status kat Facebook macam ni...


Yang mung rase stupid tak tentu pasal kenapa? Haha. Chill out la.. SMS je kut. Bukan masalah besar pun. Saya dulu pun kadang kadang macam ni jugak..Emosi tak stabil zaman remaja .Tak matured la katakan (bajet kau matured sgt la skg) . Apepun saya akui la, diri sendiri pun tergolong dalam insan yang jarang jugak reply SMS lebih lebih lagi orang yang tak dikenali. Dan bila mesej yang tidak berbalas tu, rase rase ape perlu korang buat?

THINK POSITIVE LA...

Contonya..bila SMS tak berbalas terus letak mindset anda macam ini:

 Mungkin beliau kehabisan kredit

Mungkin beliau seorang yang tidak suka           berSMS (wujud tau orang macam ni)

Mungkin cara korang taip mesej tu macam "eeuuuu"(menggelikan maybe)

Mungkin beliau sibuk dengan aktiviti harian
(itu normal)

Mungkin anda terlalu kerap hantar mesej kepada beliau (kalau aku pun menyampah kut)




Dengan berfikiran positive takdelah korang emosi sangat, lagipun agama Islam situ sendiri menggalakkan penganutnya supaya berbaik sangka kepada saudara seagamanya. Tak gitupara pembaca sekalian ?
Namun jika sahabat atau kenalan anda itu tiap tiap masa anda tengok bersama phone berbalas SMS dengan teman istimewanya, tapi mesej anda lansung tak dibalasnya..
Maka mungkin sahabat anda itu layak dibelasah (gurau je weh) haha

Apepun buang yang keruh ambil yang jernih la ye..Dari menaip dan membaca SMS baik la lebihkan untuk membacaAl Quran...

P/S:Pesanan untuk diri sendiri tu......


bloglist-ramadhan-bersama-aisyah Humaira

Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah, beberapa hari sahaja lagi untuk merasai kenikmatan bulan Ramadhan. Ayuh bloggers sekalian semarakkan ketibaan bulan mulia dengan join sini.


Kelebihan kelebihan bulan Ramadhan:

1)Malam Lailatul Qadar
Malam yang lebih baik dari seribu bulan .Ganjaran yang diperolehi adalah mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

2)Pahala berlipat ganda
 Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya

3)Syaitan dan Iblis terkurung
Pada waktu inilah umat islam harus mengambil kesempatan terbaik untuk beribadah kepada Allah S.W.T kerana tidak ada gangguan musuh musuh untuk beribadah kepada Alla S.W.T.


Wednesday 4 July 2012

Semangat Nisfu Syabaan

Assalamualaikum W.B.T

"Assalamualaikum W.B.T.. jangan lupe malam nisfu Syaaban..Same samae la baca yasin 3X , untuk panjang umur ,murah rezeki, mati dalam iman.. jgn lupe jgk sama2 berpuasa Hari khamis . Tertutupnya buku amalan kita untuk tahun ini. Bersama sama lah kita bermaafan dan perbanyakkan ibadah"


Begini lah kebnyakan SMS yang diterima rakan rakan yang prihatin untuk mengingatkan diri yang serba kekurangan ini.Jauh dari lubuk hati, saya berbangga mempunyai sahabat sahabat yang sering memperingatkan kearah kebaikan. Terima kasih ya Sahabat.


Andaikata kita mampu melihat buku buku amalan kita pada tahun yang lepas pastinya kita tidak sanggup melihatnya. Manakan tidak sudah pasti amalan amalan tidak baik turut tercatat (aku la tu)
Tapi Allah itu maha pengasih dan penyayang. Pintu taubat sentiasa terbuka buat sesiapa yang mahukannya.

Oleh itu, sama sama kita cuba kearah yang lebih baik lagi lebih lebih lagi dengan kehdairan Bulan Ramahdhan Al Mubarak yang bakal menjelang. JOM!

p/s: Bukan ceramah tapi peringatan kepada diri sendiri dan insan yg sudi membaca :)

Monday 2 July 2012

Euro 2012 mewarnai di Fesbuk

Assalamualaikum W.B.T

Fuh,lebih kurang sebulan peminat peminat bola sepak bersengkang mata merasai kehangatan Euro pada kali ini dan kini iana berakhir sudah.. Maka fokuskan la apa yang tertinggal sebelum ini.

Di Facebook, berbagai warna dicorakkan melalui NewsFeed yang kadang kadang agak melucukan jua. Pelbagai isu isu terhangat dikupas secara mendalam oleh kaki kaki fesbuk ni. Ok.. jom tengok menda hop mewarnai fesbuk sejajar dgn Euro 2012 kali ini.

1.Troll dan edit gambar( terutamanya Mario Balotelli) haha


   
               Macam macam gambar Mario Balotelli dieditnya;;       
                                       -sumber 9GAG-                                                           














 Alahai, Dato K rajagopal pun kena :)                                Luigi Buffon and Mario Balotelli
                                                                                                 


2.Yang kedua adalah mengenai isu Dayana Gadis Messi:)

Disebabkan statusnya yang diprintscreenkan maka dalam masa 2 jam beliau menajdi Feymes. Sehingga kini sudah 4000 friend jika dbandingkan 700 sebelum beliau membuat status ini.Siap ada Fan pages lagi. :)


Apepun , ambo tabik jgklah kat dia ni.. walaupun disindir ramai orang namun, beliau rilek and cool, siap post dia pun ada pasal dakwah dakwah.. Ok la ..at least ad orang baca dapat pahala :) ke guano?
Tabik ah...:)




3.Yang terakhir mestilah kejuaraan Sepanyol dlm Euro kali ni.





Ok lah..peminat peminat sepanyol suka benar la ni.. Tiap 2 jam duk update status kemenangan pasukan kegemaran..Anyway tahniah la pasukan Sepanyol. Walaupun saye tak minat sepanyol tapi harus sya akui pasukan terbaik dengan kerjasama terbaik adalah Pasukan Sepanyol buat mase ini. 2 tahun lagi Netherland pula :)





Apepun kejuaraan Euro sudah habis..ayuh kita fokus pada event yang lebih besar lagi iaitu.....


Sekian saje post kali ini....

p/s: Frust jugk Netherland tewas awal  huh....