Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Saturday 13 April 2013

Perbandingan Matrikulasi dan Asasi

Assalamualaikum W.B.T

Bagi entri kali ini, sedikit mengenai perkongsian mengenai haluan lepasan SPM khas buat student-student yang akan meneruskan pelajaran bagi program Asasi dan Matrikulasi. Sebelum itu, adakah anda mendapat gambaran yang agak jelas mengenai Asasi dan Matrikulasi ni?



Secara ringkasnya, program Asasi dan Matrikulasi ini tidak mempunyai perbezaan yang agak ketara jika dibandingkan laluan yang dipilih bagi diploma dan A'Level. Jom tengok persamaan dulu.

Persamaan :
  • Kedua-dua program merupakan Pra-U sebelum menyambung ke peringkat degree (Ijazah)
  • Silibus yang dipelajari hampir sama bahkan student asasi turut boleh menggunakan sukatan pelajaran atau silibus yang turut digunakan di Matrikulasi.
  • Kedua-duanya mempunyai risiko yang sama (Belajar laju dalam jangkamasa yang singkat)
  • Tempoh belajar paling pantas iaitu 1 Tahun.
Perbezaan :
  • Kehidupan di Asasi lebih "bebas" berbanding dengan Matrikulasi yang lebih terikat dengan peraturan-peraturan macam sekolah (Sebenarnya tak semua matrik peraturannya ketat)
  • Program Matrikulasi turut menyediakan program tempoh 2 tahun berbanding Asasi yang hanya menyediakan 1 tahun.
  • Kelayakan untuk masuk ke Asasi lebih tinggi berbanding dengan Matrikulasi.
  • Persaingan bagi pelajar Matrikulasi adalah lebih tinggi berbanding dengan Asasi.
  • Student Asasi tidak perlu bekerja keras untuk kokurikulum berbanding dengan pelajar Matrikulasi yang turut perlu fokus kepada 10% untuk bahagian  kokurikulum.
  • Menariknya Matrikulasi adalah Karnival Kokurikulum (KAKOM) iaitu pertandingan sukan seluruh matrik berbanding Asasi yang tiada karnival seumpama itu.
  • Fasiliti kediaman dan kelas pembelajaran di Asasi jauh lebih canggih berbanding di Matrikulasi.

Jadi, begitulah serba sedikit mengenai perbandingan antara program Matrikulasi dan Asasi. Bagi diri ini, tidak kiralah mana jalan yang kita pilih, kita adalah siapa diri kita. Kita yang menentukan kejayaan kita. Jika program Asasi dikatakan hanya untuk pelajar pelajar cemerlang, tetapi bila tibanya peringkat ijazah, pelajar Matrikulasi turut mampu menyaingi.

Jikalau ditanya, sudah tentu saya akan mengesyorkan supaya memilih Asasi kerana bagi saya keselesaan dan kemudahan prasarana yang agak menarik. Namun, sebagai pelajar lepasan Matrikulasi, saya turut tidak menolak kelebihan dan keseronokan semasa berada di Matrikulasi. Berada di Matrikulasi,melatih diri menjadi pelajar yang menyahut cabaran dalam pembelajaran. Kesimpulan, pilih la jalan yang dirasakan sesuai untuk diri sendiri.

Selamat berjaya. Wassalam

Tuesday 9 April 2013

Mereka Membesar

Assalamualaikum W.B.T

Berjaya jugak mencuri masa untuk 'apdate' blog setelah konon konon aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan di Universiti. Ekceli, baru sehari pulang ke kampung dan melihat anak-anak membesar. Ya, benar. Sudah lama aku menjadi bapa angkat kepada anak anak arnab haha Jom tengok gambar sebelum dan selepas 2 bulan aku tinggalkan mereka.

Baru lahir, masih tiada bulu dan mata tertutup

Usia seminggu: mula mebesar dan tumbuh bulu

Ni usia sebulan: sudah menampakkan tumbesaran


Selepas 2 bulan (paling latest)

Alhamdulillah, setelah 2 kali tidak berjaya membesarkan arnab macam dekat post ni. Kali ni berjaya jua. Agak pelik bila, ibu dan bapa mereka kedua duanya putih tapi dua daripada mereka lain kaler. Hmm, entahlah, pertukaran kromosome atau sesuatu biologi yang mungkin aku tak tahu kut.

OK, sekian untuk hari ini.

p/s: ok jugak sebenarnya kalau jadi engineer yang menternak kan? hehe