Perantau yang mengunjung

Saturday, 30 June 2012

Teman Sepanjang Cuti

Assalamualaikum W.B.T

Yes, julai sudah akhirnya.. result untuk kemasukan degree dah tak lama. Cuti ini masih panjang untuk dihabiskan. So, berblogging la salah satu aktiviti diri saye untuk mengisi masa lapang (kononya). By the way selepas membaca entri post  Belog Harun Hazim ini rase ingin berkongsi jua pasal menda ni.


Mereka berdua ini merupakah salah sahabat pada waktu dulu. Kerana tiada masa untuk menjaganya terpaksa aku merelakan mereka dan kaumnya sebanyak 20 ekor untuk dijual kepada insan insan yang ingin membeli. Lawa tu, Mahal pulop!





Tapi, kini saya dipertemukan sahabat sahabat baru .Boleh la menghilangkan kebosanan menyelimuti hati ini(ayat nak skema je) ... Jadi Siapa mereka?


Dari kiri: Piung-piung, raju, cici, Suparjo (nama yang menggelikan semuanya adik ak yg bagi ok  :)


Yang ni kura kura kepunyaan ambo.. nak fight dengan kura kura Harun dan Anis Farhana hahaha


Aksi aksi mereka memang menarik untuk diperhatikan...(xdop kerja lain tgk binatang)














Arnab dan kura kura.. memang significant. Rasenya kura kura kepunyaan ambo ni lebih laju dari arnab. Sangat BUAS haha






<-----

Ini adalah si Pasif
dan beliau suka untuk tidur di jambatan merah. :)









Sekian sahaja post untuk kali ini. Gambar je banyak, tulisan beberapa kerat jah.

p/s: buleh dah start untuk ambik feel bulan Ramadhan... X smpai sebulan pun lagi. JOM!

Tuesday, 26 June 2012

Air Mata Lelaki Mahal??

Assalamualaikum W.B.T

Para pembaca yang membaca sekalian......



Kalau tengok tajuk tu mesti ada perasaan hampeh kan? Yang menulis pun lagi hampeh nak menulis tapi jika dinilai dari perspektif yang lain saya rasa ianya agak menarik untuk dikongsi. Dan kerana itulah saya ingin kongsikan mengenai tajuk ini yang diperolehi melalui pembacaan di akhbar
(xingat akhbar ape).

Kajian telah dilakukan terhadap 284 orang lelaki mendapati tangisan lelaki lebih positif kerana ia mencerminkan kejujuran jika dibandingkan kaum wanita yang dilihat tangisannya sebagai hilang kawalan.

Kenapa tangisan lelaki itu jujur?
Lelaki sejati hanya menangis dalam keadaan yang benar benar menyentuh hati mereka.Lelaki yang menangis menunjukkan hatinya sangat jujur dan tangisannnya bukan lakonan untuk menarik perhatian semata mata..

Apepun kepada kaum lelaki , jangan lah mudah menangis sangat. Tuan muka hensem , rmai peminat, badan "katang"(gagah) tapi duk menangis sebab ditinggalkan teman wanita. Sifat kelakian dan egois itu masih perlu ada dan tidak perlu menangis tanpa sebab.



Sedikit perkongsian
Kenapa perlu menangis:
1.Air Mata membantu manusia melihat.
2.Air Mata membunuh Bakteria
3.Air Mata menghanyutkan toksik bersamanya.
4.Menangis boleh menaikkan mood
5.Menangis boleh mengurangkan stress.
6.Air Mata mengukuhkan hubungan
7.Air Mata membebaskan perasaan.

Saturday, 23 June 2012

jom ambil iktibar

Assalamualaikum W.B.T

Entri kali saya ingin kongsikan mengenai pendedahan penghinaan terhadap AlQuran yang saya perolehi daripada seorang ustaz yang merupakan guru pendidikan Islam di sekolah saya dulu melalui perkongsiannya di Facebook. Saya bukanlah insan yang terlalu baik tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab untuk berkongsi buat semua untuk dijadikan iktibar.




Lihatlah betapa kejinya manusia zaman kini, dan lagi sedih bila mendapat tahu si pelakunya adalah umat islam sendiri.Semoga diberikan petunjuk kepada insan yang melakukan ini.


BILA IMAN YG LEMAH DAN SYAITAN MENGUASAI DIRI....

Antara perkataan yang tertulis ialah “Qalam Laknat”, “Aku benci Islam”, “Kehidupan Celaka”, “Hang memang Tak Adil”, “Siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa”, “Aku bosan dengan babi jahanam”, “Keluarga Setan”, “Kenapa jodohkan aku dengan laknat”, “Kalimah anak haram”, “Aku benci jantan haram babi” dan banyak lagi perkataan yang bersifat menyalahkan takdir Allah SWT.


Di samping perkataan-perkataan yang di tulis di muka surat Al-Quran tersebut juga didapati kesan guntingan oleh pihak yang berkenaan.


"Naskah Al-Quran tersebut telah dijumpai oleh seorang pemandu teksi yang juga pengumpul barang terpakai di dalam tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra pada hari Khamis iaitu 12 Jun antara jam 10.00 pagi dan menyerahkan kepada salah seorang Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA pada malam kelmarin (18 Jun) untuk di ambil tindakan sewajarnya” ujarnya lagi.


Rata-rata peserta yang hadir di majlis perasmian PEMBELA merasa terharu dan marah dengan tindakan yang dianggap biadap dan hilang pertimbangan yang waras oleh individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

 
 Dunia di pengakhiran zaman........
renung2kanlah......................................


Wednesday, 20 June 2012

Selipar Haus????

Assalamualaikum W.B.T


"Ape kejadahnya post gambar selipar, tahulah converse.. "


Sabor sabor.. Bukan nak tulis pasal selipar (anyway converse tak ori pun haha) tapi saya ingin menulis analogi disebalik hausnya selipar itu.


"Mesti typical story jgk nanti"
Takde typical punye la, lepak dulu. Ok sebelum saya mengorak langkah(muka confident).. perasankah anda perbezaan antara dua selipar ini?Ya, bahagian kanan lebih haus jika berbanding dengan bahagian kiri.Yang bermaksud daya lebih cenderung menggunakan selipar kanan saya daripada yang kiri.

"So apa yang peliknya?"
Memang normal tapi jika kita analogikan dengan kehidupan kita maka nescaya kita akan memperoleh iktibar daripadanya.

"Iktibar yang macammane tu?"
Ok, macam ni.. bahagian yang lebih haus bermakna kaki kita lebih cenderung digunakan pada bahagian tersebut. Terpulang la,jika seseorang itu kidal maka mereka akan lebih cenderung untuk menggunakan kaki kiri. Jadi disini kita bolehh andaikan yang lebih cenderung itu mempunyai kesan kegunaan yang lebih efektif.Jadi,perkara ini boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita.


"Contohnya?"
Kalau kita sebagai student, belajarlah sesuatu yang lebih kita cenderung kearahnya.Kalau kita kita suka fizik dan matematik manakala kita begitu tidak suka pada biologi, jadi janganlah mengada ngada nak pilih course Medik untuk sambung pelajaran nanti. Kerana melakukan apa yang lebih kita minat dan cenderung membuahkan hasil yang lebih efektif.


"Don't work for money, let money work for you"





Video blog ke 3




Assalamualaikum,
To tell the truth, this video is my third video for my blog. And i am not an officially vlogger .Just do it as a part time .Just want to improve my soft skill and sharing a "little" knowledge with some entertainment(eerr, i think) .

So sorry if there any mistake. 

tegurlah ambo secara berhikmah.

Monday, 18 June 2012

Peringatan yang JELAS

Assalamualaikum W.B.T..


Bila sebut perkataan MATI semua orang takut tetapi ramai yang tidak mneyerlahkan perbuatan takut kepada mati itu secara jelas termasuklah diri saya ini.


Apa yang jelas Mati itu pasti..


Peringatan buat saya apabila sedang terleka menatap laptop tiba2 dikejutkan dengan sahutan daripada adik2 supaya keluar ke ruang tamu. Agak terkejut keadaan itu..


Seekor burung mati terlanggar kipas....


"Eh benda tu normal la, yang kau kecoh apehal"



Mungkin ada suara2 nakal yang menyatakan seperti itu, namun setiap perkara kalau kita ambik iktibar ada manfaatnya. Analogi kepada peristiwa ini, sehebat mana si burung itu terbang maka maut tidak dapat dielakkan begitu juga manusia, sehebat mana dimuka bumi, tiada seorang pun mampu melawan MAUT




       Manusia diciptakan dari tanah maka kepada tanah la mereka kembali, kadang2 kita terleka dengan duniawi sehingga terlupa tanggungjawab sebagai hamba(aku la tu).Peringatan buat diri dan semua. :)





Ayuh, ambik iktibar








BERDERAK (in KL we say "Jalan2")

Assalamualaikum W.B.T

"Berat tangan untuk menulis berat lagi mata untuk membaca"
Jangan pedulikan peribahasa yang baru saya reka yang dimana ia hanya bermaksud untuk menyatakan "aku malas nak menaip"

Pembaca akn cakap "Boo.,hang malas tulis kami pun malas nak baca..haha"

ok,fine..ringkasnya entri kali ini hanya berkenaan sorotan bersama Kelantanese friends from Matrik keluar berderak(jalan2).. lama tidak ketemu la katakan...






















 Mereka yang berada dalam gambar :
Amin,husni,payeh, adieb,Abu, harun,aku, Ali(hero duk tengah)


                                       Saudara payeh dan saudara ali bersama buah nyior

                                            Apa yang boleh dikatakan selain "hensem" haha



Gambar2 abang rempit kite.............













Amin:biso2!                                                     Abu----------->




Sekian sahajo post ringkas kali ini...... serius masih mencari mood untuk menulis..:)

Wassalam....




Thursday, 14 June 2012

Buat mereka yang suka berkongsi ilmu di FB

Assalamualaikum W.B.T



Seringkali saya memerhati di bahagian News Feed di laman mukabuku. Perasaan bangga dan bersyukur melihat sahabat sahabat yang tidak pernah putus berkongsi ilmu. Ya, itulah gunanya button "share" kan?. (aku pun tak rajin sgt tkn button "share" hehe) .Namun kata orang kadang2 mereka juga boleh menyerah kalah dlm berkongsi ilmu ini.

Kenapa? sebabnya kalau dulu kita boleh kata "mulut orang memang kita tak dapat nak kawal" tapi sekarang ni kita boleh cakap "jari dekat keyboard orang lagi la tak boleh nak kawal" suka hati diorang je nak taip bukan2. Agak berbulu mata melihat bila sahabat saya share ilmu ada yang komen bukan2 macam ni:


"Malas nak baca panjang2"

"Unlike!"

"Bajet pendakwah"

"Kenapa takde button "unlike'? "


Apa daa.. kalau tak mahu baca duk diam sudoh la (macam ak selalu buat haha). Bagi insan yang tidak suka org lain berkongsi ilmu jangan tunjukkan "Kebijaksanaan" anda dengan komen komen yang jelas menunjukkan errr (faham2 sendiri la).

 Bagi mereka yang suka berkongsi ilmu, dont bother it. Anggap la ia merupakan gurauan daripada mereka yang dahagakan kasih sayang walaupun gurauan itu bagaikan JAMMED untuk dianggap gurauan.


Ada juga yang tertewas dengan mengaku "Betul juga ,aku ni tak la baik sangat, tak layak nak berkongsi ilmu. "Ok bab tak baik sangat aku stuju, tapi bab tak layak nak berkongsi ilmu, i denied it"

Sebenarnya orang yang sedar mereka "tak baik sangat" adalah lebih baik daripada orang yang rasa "aku baik sangat". Anggaplah dengan berkongsi ilmu ini adalah untuk memperingati diri sendiri.


Oleh itu, buat sahabat diluar sana janganlah sesekali mengalah dalam menyampaikan ilmu. Berdakwah tidak perlu menunggu menjadi ustaz atau ustazah kerana dakwah itu tanggunjawab setiap manusia cuma cara berdakwah bergantung kepada kelebihan diri masing masing.


Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli(penduduk) langit dan bumi ;hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara baik kepada manusia."
(Riwayat al-Tarmizi)

p/s: akan cuba membaca setiap perkra yang dikongsikan seandainya ada masa terulang

Tuesday, 12 June 2012

Jenis Status Yang Dirasakan Tidak Perlu di FacebOok


Assalamualaikum pembaca sekalian...

Terlebih dahulu, sebelum saya meneruskan entri ini, ingin saya tegaskan perkara ini cuma merupakan pandangan peribadi saya berdasarkan permehatian saya yang serba kekurangan ini.
(Macam la org nak dengar sangat pandangan aku ni.lol)

Di alam maya , semua orang ada kebebasan bersuara.Antara platform yang jelas bagi insan yang ingin melontarkan suara adalah melalui medan "Whats in Your mind?"dekat Facebook. Amboi, mentang mentanglah dia tulis what in your mind..abis semua benda kita tulis. Yup! bagi saya ia tidak menjad masalah cuma ada beberapa jenis status yang dirasakan tidak perlu untuk ditaip seperti:

1)Jenis yang ntah ape2..
contoh paling jelas " Aku Lapar"
Mung lapar pergi la makan, buat ape tulis kat Fb..haha

2)Jenis Emosi...
contoh paling jelas "Aku benci kau", "Kau nak penampar" dan sewaktu dengannya..
Hoi, hoit.. perkataan "kau" tu umum.. kan tak pasal pasal hang yang kena benci kat orang , kalau berani bagi la nama terus contohnya "aku benci kau Damak!" baru la jelas...:)

3)Jenis Jiwang melampau
contoh paling jelas "Saya suka awak tapi saya ni pemalu.." OR "saya syg awk banyak2"
Menyampah I dibuatnya..apa daa.. cakap pemalu, status hampeh tak tahu malu... Yang syg si dia banyak2 tu ape ke hal.. Parents sendiri pom tak pernah ucap camtu..ish2

4)Jenis Fitnah dan Mengaibkan orang
contoh paling jelas "Untunglah Ramli dating pegang tangan dengan Rokiah semalam, ish maksiat"
Yang ni pun hampeh.. yang menulis tak siasat yang sebenarnya Ramli dengn Rokiah ni adik beradik, suka hati dia lah nak pegang tangan ke tak..Kalau pun betul maksiat nasihatkan la si Ramli ni, bukan sebarkan aib dia.. Lol.


Apepun, saya tidak menghalang untuk sesiapa pun menulis kerana hak kebebasan di tangan masing, jika setakat nak update status kenangan bersama sahabat2, berkongsi ilmu, bergurau senda dengan sahabat maka teruskanlah dan saya mintk sori kalau ada yang tersentap.. penulisan ini lebih kearah peringatan diri sendiri, saya bukan Mr All Perfect.

Sekian..

Sunday, 10 June 2012

Kerja Kursus Sivik zaman dahulu.....

Assalamualaikum...

Perkongsian kali ini terdetik setelah saya menjumpai lampiran kerja kursus Pendidikan Sivik semasa saya mengemas rak buku yang agak bersepah pada petang tadi. Dari segi tajuk post kali ini, bunyinya agak skema kan?

"selama ni pun kau memang bagi tajuk skema pom".... hehe


Tak kisah la skema ke tak.. yang pasti setiap apa yang kita lalui itu mempunyai kenangan yang agak menarik.. dan rasanya tak salah untuk dikongsikan bersama. Jom tengok sepintas lalu.....


                                    
 Kumpulan  "BERSIH BERSIH SERVICES"

CEO:PiDin                            Manager:Pijoe                                        Tools preparator: Baha   

Information&Research : Mat deeb                             Secretary:Mat Jey



Secara jujurnya kami sememangnya buat kerja last minit. Kerja kursus ni berkenaaan dengan Khidmat Masyarakat yang patut dijalankan dalam masa 4 bulan. Tapi.. seminggu dateline pun kami belum sentuh apa apa khidmat masyarakat.. Maka.. terpaksa la auta... hahahaa 


                           Kami membersihkan tandas supaya kelihatan kemas (kononnya) hehe




Ya.. dalam gambar memang nampak bersemangat.. tengok tu, khidmat membersihkan katil pun ada padahal yang sebelum dan selepas tu adalah terbalik.. haha (kenakalan dalam menipu)





Tapi, kami tidak perlu risau kerana mempunyai sahabat sahabat yang telah kami "sogok" hahaha

lihatlah komen komen mereka..haha

















So agak agak macamane la agaknya keputusan kerja kursus ni? hmmmmm




Alhamdulillah.. A+ wooo.... Tapi memang kami tak boleh dijadikan contoh la.. Sebenarnya cikgu pun dah tahu auta cuma kata cikgu walaupun penulisan kami agak auta namun kerja kerja yang kami lakukan adalah real malahan pendokumentasian kami agak menarik . So kira ok la kan...




Apa yang pasti ia menjadi pengajaran yang menarik buat saya...




Sekian ,Terima Kasih.................






Friday, 8 June 2012

Kami juga Gentleman (SM2K1P5)

Assalamualaikum....

Bagi entri kali ini, saya hanya ingin berkongsi kenangan video yang dihasilkan oleh para putera SM2K1P5(our practicum) kepada salah seorang classmate kami Sharifah. Sebagai pengabdian kenangan di Kolej Matrikulasi Selangor.



video 

Disebalik tabir pembikinan video.. The Prince of SM2K1P5


Pembaca Berita@Wartawan                                      Mamat Hensem basuh baju(faiq)



                                   Mamat yang berada di ampaian blok(aslam)
Mamat baju melayu(daus)                                      



                     Mamat Gangster (afdhal)         
Mamat macho kat tangga(adieb)                                                                    Pegawai Veterinar (mirol)






Tu la.. so saya sebagai ketua kelas berdedikasi(nampak sgt menipu) hehe rasa bersyukur dikurniakan sahabat sahabat yang baik dan sporting semuanya. Teringat saat pertama kali pertemuan masing masing nampak tak "ngam" antara satu sama lain tapi benarlah kata orang tak kenal tak cinta. haaha


Kepada princess of SM2K1P5, walaupun kami annoying kadang2.. banyak mengata dan suka cari gaduh namun jauh sudut sanubari kami... Kami tetap GENTLEMAN haaha


Kenangan birthday Zafirah...



            Sempat lagi fire-mengfire di kad ucapan BDay..ish2..




 Kad ucapan boys-handmade..
Dont judge Book By its cover
Tapi.. cover pun dah menakutkan..haha
Takde hal la... yang penting ikhlas..
hehe





                                                      Sekian sahaja..semoga sahabat sahabat sekalian sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga sahabat sahabt sekalian sentiasa dikurniakan limpah Hidayah daripada Allah S.W.T                              











Sunday, 3 June 2012

Secebis Kenangan Dari Gambar Phone Lama

Assalamualaikum W.B.T


Sudah lama tak update blog, maklumlah sibuk denagn pelbagai kerja (Memang ayat ni selalu orang pakai bile dah lama tak update blog haha). Apepun diri ini tiada alasan yang lebih khusus kenapa jarang  update blog melainkan 5 perkataan iaitu MALAS .


Pembaca akan berkata: Bile mase mung rajinnye?


Ok,saya faham. Baiklah tanpa membuang masa dengan coleteh mengarut lagi, entri ini diteruskan dengan tercetusnya idea bila saya tiba tiba terimbas gambar gambar lama di telefon lama. Telefon baru tak banyak gambar sangat.


Pembaca akan berkata: Point dia sebenarnya nak cakap beli phone baru  sebenarnya....


Ok, sorry haha. Oleh itu tiba tiba terdetik untuk berkongsi kenangan bersama sahabat dalam 2 pengembaraan kami yang bertajuk “Detik di Kuala Lumpur” dan “Kolam Renang Itu” . Cewah ada tajuk tu..macam la grand sangat.



Pengembaraan 1 ; “Detik DI Kuala Lumpur”


Oleh kerana ini satu catatan maka perkataan “aku” digunakan...boleh ye?


Ia bermula semasa aku dan 2 sahabat Payeh dgn Harun terpaksa pulang awal ke kolej untuk persiapan Kakom. Oleh kerana si Payeh inginkan pengalaman baru kami tempah tiket kapal terbang dgn harga yang agak berpatutan.




                          

 Kapal terbang Air Asia. Tengoklah muka muka gembira tu, kami kan jarang bertemu peluang gini .



Sampainya disana lebih kurang pukul 8 malam... maka setelah menunaikan solat kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Hajat di hati nak tidur je di KLIA.. tapi bab kata org kelantan “tak dop gamok” tidur situ.Kami pergi la ke ibu kota mencari tempat untuk menginap semalam. Tapi masalahnya sampai je di Brickfield kami sesat(terima kasih kepada GPS Harun) haha. Nak cari monerel tup2 sampai depan gereja. Nasib baik akhirnya terjumpa juga stesen menorel yang rupanya hanya persebelahan dengan stesen bas tempat kami berhenti,hampeh.



Maka kami pun mulakan “round” sekeliling KL........

                                                             Berada di TIMES SQUARE


                                                                 Sempat juga ke LOYAT


Hop ni la Payeh..menikmati mandian di hotel 3 bintang


Gambar candid di Eskulator mat harun



Pengembaraan 2 ; “Di kolam Renang itu”

Kali ni aku bersama 4 orang lagi sahabat iaitu iming,paih, ali samadi, dan payeh ke kolam renang di Shah Alam. Kononya pergi dengan bersemangat berkobar kobar untuk berenang tapi bila sampai sahaja.. semangat kian pudar air dalam weh! Tapi hero kan tidak mengalah.. beli google untuk menyelam dah ni..teruskan je la mandi tuh..

Ini lah sorotan aktiviti kami..


                               Satu Malaysia                              Letih sangat main air sampai tido

                                

Banyak lagi gambar tapi agak tidak sesuai takut mendedahkan aurat.. tidak molep la kan...


Begitulah serba sedikit sorotan pengalaman baru yang saya dapat berada di ibu kota leboh kurang tidak sampai setahun. Pengalaman ni sememangnya sangat berharga. Banyak lagi peristiwa menarik disini cuma jika mahu dikongsikan buat masa ini masih tidak sempat.Apepun terima kasih buat shabat sahabat yang sudi meluangkan masa. Semoga persahabatan ini kekal.InshaAllah.. 


Buat sahabat sahabat hop lain jangan rasa terpinggir.. Nanti ambo datang dengan entri kenangan yang lain..terutamanya kawan kawan yang selalu lepok bilik ambo tak lupa juga  budak2 SM2K1P5..



Sekian sahaja perkongsia kali ini.Sekian.