Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday 19 March 2013

Masalah, Masalah seterusnya Masalah.

Assalamualaikum,

Bila bercakap mengenai masalah, semua orang ada masalah. Ye la masalah itu kan warna kehidupan. Bak kata lagu Lenka "Trouble is a Friend". Ade betulnya jugak,sebab dalam hidup ni, masalah adalah "teman setia" kita. Tapi, aku hairan jugak sebenarnya, manusia ni pelik, bila datangnya masalah, pasti kalut tak tentu pasal, yang tiada masalah mencari masalah, yang masalah kecil nak pula diperbesarkan dan masalah yang besar lagi la nak diperbesarkan. Itulah kehidupan.

Merungut lebih banyak dari cuba menyelesaikan.

"Aku ada masalah la nak study, malas la wei, takde mood la, lecture tak best la, buku pun takde, camne nak belajar, aish.. banyak betul masalah kalau nak belajar ni"

 Itu masalah yang biasa aku dengarlah sebagai seorang student, itu belum masuk masalah rumah tangga, persahabatan dan kekeluargaan lagi.Nack cakap banyaknya masalah dalah kehidupan manusia. Namun perasan tak? Kita sebenarnya lebih banyak merungut daripada menyelesaikan. Kita asyik bercerita dan merungut masalah kita akhirnya habuk pun tak de.


Masalah wujud untuk diselesaikan

Percaya atau tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Bezanya adalah bagaimana seseorang itu menilai penyelesaian masalah samaada penyelesaian itu efektif atau hancus. Sebagai contoh, kalau perkhawinan, si suami bergaduh dengan isteri. Memang masalah ini besar, kalau penyelesaian efektif adalah berbaik semula dan kalau penyelesaian yang hancus adalah bercerai. Semua masalah kalau diselesaikan dengan bijak maka hasinya pun terbaik.

Cuba menyelesaikan masalah

Memang setiap masalah akan selesai yang membezakanya adalah lama atau sekejap. Kalau pandai menyelesaikan masalah, maka masalah yang dirasai hanya 2 minit dan jika tidak mahu menyelesaikan masalah,cuma mengharapkan masa yang ingin menyelesaikan mungkin masalah akan cuma "selesai" dengan kematian sahaja. Try la dulu untuk selesaikan masalah , jika sukar, mintak bantuan sahabat dan ahli keluarga.

Pernah tak dulu, kita rasa kita berada dalam masalah yang kita rasa tidak mungkin akan dapat kita selesaikan sampai bila bila? Mesti ade kan? Tapi sekarang , kita masih berada disini,masih hidup! dan  masalah yang lama dapat kita selesaikan jua. Itu tandanya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. DIA tidak akan datangkan ujian untuk hambanya jikalau hamba itu tidak dapat menanggungnya.


So, mohonlah pada Allah setiap kali dilanda masalah, InsyaAllah kita akan sentiasa  memperoleh ketenangan.

P/S: Moga ceria menghadapi masalah.