Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Wednesday 30 January 2013

Permulaan kepada sahabat baik BFF

Assalamualaikum W.B.T

"Setiap orang mempunyai sahabat baik, begitu juga saya". Itulah ayat ayat klise masa cikgu suruh buat karangan mengenai sahabat baik kita. Bukan aku je, korang pun macam tu juga kan? kan? ngaku je haha. Masa tu punyalah semangat nak tulis hinggakan sebelum tulis tu siap minta izin "eh, aku tulis pasal kau ni" Padahal nak suruh member tu tulis pasal kita jugak.

Sebenarnya mempunya kawan baik itu sebenarnya fitrah manusia. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W turut mempunyai sahabat karib baginda iaitu Saidina Abu Bakar R.A dalam menegakkan agama Islam. Sunggu, sahabat itu penting dalam kehidupan kita.


 Apepun kat sini, aku nak kongsikan permulaan kepada sahabat baik itu terjadi atas beberapa faktor :

"Kami banyak persamaan"

Ini memang common la. Semua orang suka berkawan jikakalau banyak persamaan. Bila satu kepala, semua benda korang akan lakukan bersama,sebagai contoh bermain, study dan jalan jalan, dan secara tidak lansung ia mengeratkan hubungan dari seorang kawan kepada status BFF. Inilah yang dikatakan sebagai konsep serasi. Yang pastinya ramai yang menjadi BFF atas faktor ni.


"Kami berbeza tapi kami benci orang yang sama"

Yang ni memang unik tapi pernah berlaku. Sekali tengok memang nampak tak serasi, bahkan nak berkawan tu jugak mungkin ambik masa yang lama tapi bila dah benci pada benda yang sama maka logiklah untuk mereka menjadi kawan baik. Ini logik la weh, tak caye try tengok trend dekat twitter "we are bff because we hate the same person haha" Jauh jauhkan la ye. Tak bagus.


"Kami berkawan sebab dia banyak benefit"

Yang ni memang banyak berlaku. Istilah ambil kesempatan memang tepat untuk menggambarkan keadaan ini. Ramai yang  menyangka mereka mempunyai BFF forever bila mereka senang, tapi bila susah semuanya indah khabar dari rupa, semuanya habuk. Korang mesti pernah terkena punya. Kalau jumpa orang macam ni silak kirim salam tumbukan kepadanya haha. Dia tidak berbaloi untuk dijadikan BFF.


"Kami BFF atas ukhwah kerana Allah"

Inilah sebenarnya yang terbaik. Aku akui memang sukar nak cari sahabat yang berada dalam situasi macam ni. Bukan tidak ada tapi jarang jarang. Biasalah, yang bernilai itu sukar dicari dan bernilai harganya. maka, pengorbanan sangat diperlukan Semoga kita dipertemukan dengan sahabat dunia akhirat.


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 
 “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

P/s: Anda dan BFF anda bermula dari mane? XOXO
Sekian.

Monday 28 January 2013

UAI sporting komen persembahan Zizan MLM

Assalamualaikum W.B.T

Siapa tak kenal Ustaz Azhar Idrus atau singkatanya UAI ni. Saya sendiri memang tertarik dengan cara beliau menyampaikan dakwah dengan cara beliau yang unik.Jarang ada pendakwah yang mampu menarik mat rempit dan kaki lepak untuk mendengar kuliah. Betapa besarnya jasa beliau dalam menyampaikan dakwah. Subhanallah.

Perwatakannya yang sporting mengambarkan seorang pendakwah berjiwa dekat dengan remaja. Jom tengok respon beliau masa persembahan Zizan semasa MaharajaLawak yang meniru gayanya baru baru ni.





Inilah yang dikatakan UAI. Sporting dan Sempoi. Kemah keming la Ustaz, semoga sentiasa diberi kekuatan untuk menyampaikan dakwah kepada golongan golongan muda.

p/s: Hairan bila mengenangkan ada jua manusia cemburu dengan ceramah yang disampaikan UAI.                Nauzubillah

Saturday 26 January 2013

Dua khabar gembira

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah syukur ke hadrai Illahi, minggu ini diri ini menerima dua khabar gembira. Syukur ke hadrat Illahi kerana izinNya bagi aku menerima perkhabaran gembira.


Perkhabaran pertama- Result Exam SEM 1 untuk Degree FTK Automotif.

Alhamdulillah DEKAN. Melihat senyuman umi dan ayah bila mendengar keputusan ini sudah memadai bagi aku. Kerana diri ini bukanlah insan yang pandai cuma kesungguhahan dan semangat memang menjadi kunci untuk pencapaian pertama ni.Perjalanan masih jauh, semoga tidak terlalai dan sentiasa fokus pada perjuangan.Semangat!



Perkhabaran kedua- Salah seorang member akan ke OVERSEA.

Mesti akan ade orang yang cakap "eleh, kawan je pun, bukan diri sendiri yang pergi..kecoh"
Tak kisah la apa orang kata, bila kawan gembira, kita turut gembira itu perkara baik.
 Yes, he is one of my bestfriends. Menjadi sumber inspirasi untuk aku mengapai kejayaan sebab beliau asal dari golongan "bukan cemerlang" dan berjaya membuktikkan usaha dan fokus pemangkin utama kejayaan.

last perjumpaan di sunway.
Inilah beliau Mail(status single) hehe



















Apepun selamat berjaya buat sahabat.Semoga terus memacu kejayaan.Terima kasih Ya Allah diatas perkhabaran baik dariMU. Semoga perkhabaran baik ini tidak membuatkanku lalai dari sentiasa mengingatiMU. Amin.Sekian.

Saturday 19 January 2013

Tiada Sempadan Usia di Universiti

Assalamualaikum W.B.T

Yosh, pejam celik dah nak masuk SEM ke 2 untuk Degree ni walaupun masih tahun 1. Jadi, aku nak kongsikan sedikit mengenai "kebimbangan sempadan usia" yang mungkin dialami bagi sesetengah first year student. Aku sendiri pun risau juga pada awal kemasukan tambah lagi bagi lepasan matrikulasi yang boleh dikategorikan antara yang termuda iaitu berumur 19 tahun untuk pengambilan Ijazah.


Kalau diikutkan pengalaman, kebiasaanya aku bergaul dengan rakan sebaya yakni sama umur sahaja sebelum ni. Biasa la anak sulung, lepas tu zaman persekolahan dan matrikulasi semuanya bergaul cuma dengan rakan sebaya sahaja. Bila menerjah alam universiti, terasa agak janggal pada awalnya bila ber"housmate" dengan kawan yang rata rata umur 21,22 dan 23 tahun yang turut mengambil degree tahun 1. Cuma aku sorang je yang berumur 19 tahun pada masa tu. Bimbang juga andai tersalah bebicara dengan orang yang lebih dewasa. P/s:bukan takut dibuli he2

Yeah, bersama kawan yang berbeza usia. haha Roomate aku si baju hitam tua 3 tahun dari aku.

Tapi benarlah kata orang tak rasa takkan tahu, lama kelamaan sudah tiada jurang umur bila berada di universiti. Semuanya umpama sebaya. Aku tak pasti bagi kaum wanita, tapi bagi lelaki, kebiasaanya kami tidak perlu menggunakan istilah "abang" sebagai panggilan walaupun seseorang itu beberapa tahun lebih tua daripada kita. Apa yang pasti respect tu mesti ada terhadap orang yang lebih tua walaupun mereka layan aku macam member.

Apa yang menarik berkawan dengan mereka yang lebih berusia adalah bila kita dapat mengaut pengalaman mereka. Ye la, kawan kawan aku yang berstatus "abang" kebanyakan ada yang dah bertunang malah yang dah berkahwin pun ada. Jadi, memang banyak lah ilmu yang aku belajar. Errr.. maksud aku bukan ilmu alam perkahwinan saje, berkaitan survival dalam kehidupan dan sebagainya.Yes, learning through our own experiences are good, but learning from others are the best.

Yang pastinya, di universiti, umur bukan satu sempadan hanya keyakinan yang membezakan antara satu sama lain. Kita yakin boleh maju, maka majulah kita. Jelas, Allah turut tidak memandang faktor umur dalam apa jua keadaan tetapi iman yang menjadi ukuran. Jadi, all the best buat mereka yang bakal ke universiti.

Wednesday 16 January 2013

Do Something lah!

Assalamualaikumt W.B.T

Do something atau dalam bahasa Melayunya adalah LAKUKAN SESUATU. Sebenarnya frasa ini agak simple tapi penuh makna. Apa yang ingin aku ungkaikan disini adalah penggunaan "lakukan sesuatu" tersebut dalam kehidupan kita.

"woi! cakap dalam bahasa mudah boleh tak?"

Ok macam ni, dalam kehidupan kita, memang satu perkara normal untuk kita hadapi satu kebuntuan apabila berdepan masalah. Aku turut pernah mengalaminya. Tidak kiralah kebuntuan tersebut dari segi aspek pelajaran, percintaan mahupun persahabatan yang pasti kebuntuan akan tiba bila adanya masalah yang dirasakan tidak mampu ditanggung oleh seseorang penerima dugaan tersebut.


 Apa nak buat bila ada masalah?

Lakukan sesuatulah! Sebab masalah tak akan pernah selesai jika kita hanya berdiam diri. Kita perlu ingat bahawa setiap ujian yang Allah SWT bagi itu, bermakna kita MAMPU menghadapinya bahkan ALLAH SWT mahu menjadikan kita lebih kuat setelah berjaya mengharunginya. Buktinya, pernahkan korang suatu ketika dulu menghadapi masalah sehingga merasakan tiada jalan keluar lansung dari masalah tersebut.

Nah... sekarang korang ok je kan sekarang? Bukan selamanya terperangkap dalam masalah yang sama. membiarkan diri terperangkap dalam masalah dalam jangka masa yang lama adalah rugi kerana kita mampu lolos daripadanya dengan lebih awal andaikata kita bertindak.

Masalah akan diselesaikan dengan lebih cepat andaikata kita yang ingin selesaikannya dengan cepat. Bagaimana nak selesaikan masalah dengan cepat? simple je "Lakukan Sesuatu". Bagaimana nak "lakukan sesuatu"? Soalan tu, diri sendiri yang boleh menjawabnya. Bukan bagaimana yang menjadi persoalan sebenarnya tetapi bila kita nak "Lakukan Sesuatu" setelah menghadapi kebuntuan. Kalau tidak tahu maka tanyalah bagi orang yang tahu. :)

So, pakat renung-renungkan lah ye.
Wassalam.