Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday 24 January 2012

Pesanan Sahabat sebagai “antidote” virus MALAS





Aduss, Virus malas mula melanda diri ini tatkala masa sedang sedikit demi sedikit bergerak menuju peperiksaan. Lebih kurang genap 3 hari aku berada dirumahku sempena percutian midsem. Namun agak mendukacitakan aku hanya “menjamah” 1 chapter sahaja dari subjek kimia dan fizik.Mungkin terlalu leka melayan karenah adik bongsuku yang tak henti henti mencabarku dalam perlawanan games DOTA di komputer.Saat ini, aku membayangkan pasti rakan2 seperjuanganku sedang bertungkus lumus belajar di kediaman masing masing.
                                                                     
Waktu inilah , kebimbangan mula terdetik di hati sanubari ini. Dengan virus malas menular dalam badan aku ini mampukah aku menghadapi hari hari seterusnya dengan tekad untuk belajar bersungguh. Dari situ, timbul persoalan persoalan yang tidak mampu aku jawab iaitu “berbaloikah kepercayaan yang diberikan ibu bapa terhadapku?” , “apa yang perlu aku buat untuk menghilangkan perasaan malas ini?’ Menyedari mengenai hal itu, aku cuba tekad membulatkan hati untuk membelek sedikit demi sedikit buku pelajaranku.

Namun satu perkara harus aku akui, malas itu sukar aku kikis, namun aku tetap mencuba .Sewaktu mengambil buku dari beg , aku terpandang satu kata2 hikmah dari kulit belakang buku yang mengambil petikan dari kata2 pengasas Microsoft, Bill Gates.. “I failed some subject in exam, but my friend PASSED in all. Now he is an engineer in Microsoft, and I am the owner of Microsoft” . Melihat kata2 ini, aku teringat pesanan salah seorang sahabatku di kotak chat semasa online sebelum ini.
Aku pernah menghantar chat mengucapkan kpd beliau “ mustahil untuk aku berjaya seperti mung”
Balasnya ..“xde bnd yg mustahil ...mg kne pgg kter2 bill gates..myb ak blaja jauh,tp xmustahil mg brjye dlm idup lbh dr ak..kan..???”
 
Bila direnungkan kembali, aku sedar tiada yang mustahil dalam dunia ini jika Allah mengehendakinya (barang sesiapa yang menuai maka dia akan dapat hasilnya) maka setiap manusia yang berusaha itu pasti akan dapat ganjaran dengan izin Allah.  Sebagai manusia aku sering terlupa hakikat ini .Terima kasih sahabat kerana menghantar pesanan “antidote” untuk virus malas ini.Oleh itu, aku perlu bangkit sekarang demi kepercayaan dari ibu bapa, sahabat2 yang sentiasa berada di belakang selama ini.
Hapuskan sifat MALAS sekarang jua kerana ia adalah RACUN kepada KEGAGALAN. Manakala RAJIN itu penawar paling mujarab.Sama2 kita renungkan. 
Sekian
p/s : credit to one of my besfren _
 
 
 

Saturday 21 January 2012

Adakah dia hanya satu peralatan?


Assalamualaikum W.B.T...
Dalam kehidupan kita sebagai seorang perantau, pelbagai perkara yang akan kita temui, samaada perkara tersebut melibatkan sesuatu yang positif mahupun sebaliknya. Apa yang penting bagaimana cara kita mengaplikasinya untuk mematangkan kita kerana pengalaman itu sendiri merupakan guru yang terbaik dalam kehidupan ini. Jadi, aku turut ingin mengaplikasikanya melalui penulisan ini dalam kisah suka duka kehidupan yang aku kira boleh dijadikan iktibar buat para pembaca.Bingkisan kali ini adlah berkait rapat dengan keremajaan.


“Woi, dah siap Math ke belum?” aku menyapa seorang temanku yang sedang khusyuk membuat homework. “Apa la, salam x bagi,main redah je..belum lagi la, aku baru buat soalan integrating factor ni, jom ar wat sama2” balas rakan ku sambil tersenyum.. “sory la, tergesa2 td, jom ar buat” jawab ku ringkas . Lebih kurang dalam 45 minit menelaah, datang la 2 orang lagi sahabat berhampiran kami . “Amboi, rajinnya kawan aku ni study” usik salah seorang rakanku. Malas nak melayan karenah rakanku itu, aku hanya meleretkan senyuman sahaja sebelum menyambung menekan kalkulator. 

Dalam keadaan bilik yang senyap (fokus study la kononya) ,salah seorang sahabatku memecah kesunyian bertanya kepadaku “Eh zam, kau xde suke kat sape2 ke?” . “Aish kau ni, apsal tibe2 tnya ni, abis kau plak ada suke kat sape2 ke? Sengaja ak membalas pertanyaan rakan ku itu dengan pertanyaan.Bukan apa , soalan macam tu ak dah malas fikir dah, buat masa ni aku boleh cakap aku hanya nak jatuh cinta pada pelajaran je. “haaa, knapa diam?” ak bertnya lagi kpada sahabatku itu sambil menulis formula di ruang2 kosong bukuku. Belum sempat dia membalas pertanyaanku itu, rakanku di sebelah yang dari tadi sedang khusyuk mnyiapkan tutorial mencelah “eh, kau jangan tanya kat dye.. hati tengah berbunga tu, maklumlah sedang jatuh cinta dengan si A (nama dirahsiakan). “Aik, bukan kau dengan Si B ke skrg ni? Rakanku yang lain plak menyampuk. Malas untuk turut serta dalam perbualan mereka aku memilih untuk mengunci mulut.

Rakan1: Memanglah aku dengan siB skrang tp Si A tu lawa la, fuh,kalau aku  dapat memang aku puas hati la.

Rakan2: Adoi kau ni ,memang x cukup dengan 1 la,,padahal yang siB tu pun lawa

Rakan1:Alaa kau ni, kau tolong la ak “adjust” si A ni dulu nanti aku buat ar keputusan yang mana aku pilih.

Rakan3:Macamana kalau siB tahu nanti?

Rakan1: Alaa, tu biar ak yang fikir, lagipun siB xkan tahu, confirm punya la.haha

Rakan2: Mesti kau nak jadikan yang A tu sebagai “sparepart” kejam jgk kau..hehe

Rakan1: Sebenarnya yang B tu aku nak jadikan “sparepart”..hehe



Mendengar perbualan mereka tersebut, aku hanya mampu tersenyum bagi mengambil hati mereka, untuk menyampuk aku bukannya pandai sangat dalam bab ni.Namun dalam hati aku terdetik jua perasaan kasihan kepada 2 hati wanita yang bakal dipermainkan nanti.Mungkin inilah yang dikatakan kehidupan, manusia selalu lupa dengan nikmat wajah yang elok kurniaan Allah digunakan untuk mempermainkan perasaan orang lain. Dalam gelak ketawa memenuhi bilik tersebut, akhirnya rakan studyku yang turut mengunci mulut dari tadi mula bersuara “mentang2 la ada rupa,senang2 je nak mempermainkan wanita?”  mungkin kerana sahabatku ini seorang yang dsegani maka mereka memilih utk tdk membalas.Sebelum mereka keluar dari bilik tersebut, sempat rakanku ni mengeluarkan pertanyaan “ adakah dia hanyalah sebuah peralatan?” Aku tersenyum bangga melihat kesungguhan sahabatku tersebut.

Bila direnungkan kembali peristiwa seprti ini turut mengingatkan aku supaya menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.Semoga ak tidk tergolong sbg seorang lelaki yang  hanya tahu mempermainkan wanita sahaja.Kerana, tugas lelaki itu sendiri adalah melindungi wanita. Bagi kaum wanita pula, semoga anda tidak tergolong di kalangan kaum yang mudah tertipu tehadap “kebaikan” seorang lelaki kerana menurut petikan kata2 yang ditulis penulis buku La Tahzan Kerana Cinta ,Najla Mahfuz “kadang2 sifat wanita yang terlalu romantis telah membuatkan mereka terlalu berlebih lebihan dalam menilai seorang lelaki’
Sekian.


Friday 6 January 2012

Konklusi dari sebuah larian…

Assalamualaikum WBt…
Pertama kali, Syukur Alhamdulillah ak kembali lagi dengan bingkisan hidupku sebagai seorang perantau , kisah kali ini aku paparkan sebagai pedoman hidup ak sendiri, jd kepada insan yang membaca coretan ini,semoga turut memperoleh manfaat darinya.
Tanggal 1 Januari 2012, ak telah menyertai Program 1000 JIWA,1 HATI yang diadakan di Masjid Negara, Alhamdulillah, buat kali pertama juga ak menjejakkan kaki ke rumah Allah yg merupakan khazanah Negara ini. Apa yang menariknya rata2 peserta yg menyertai program ini adalah dari golongan belia. Aku kagum dengan semangat2 yg dtonjolkan peserta yg sanggup dtg dari jauh utk menyambut tahun baru dengan penuh hikmah walhal kita tahu program countdown di Dataran Merdeka turut diadakan dengan dlmpahi keseronokan yg melalaikan..Namun ini bukan merupakan perkara pokok yang ingin ak ceritakan sebaliknya ak hanya ingin menyentuh konklusi dari salah satu program yg dsediakan yang cukup memberi makna bagiku iaitu Larian Belia yg disertai lebih 1000 org.
Jam menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi.. mata pun masih mengantuk lagi, maklumlah semalam program Qiamullai Perdana turut diadakan pihak penganjur sebelum sesi kuliah subuh yg disampaikan Imam Muda Hassan.Semua belia sedang bersiap sedia utk larian seribu belia. Disaat itu, hatiku berbisik.. “aduh, knpe la awal sangat program larian ni” sambil mengelamun betapa besarnya nikmat tidur buat masa ini. “Woi, dah ready ke? “ lamunan aku tersentak setelah ak disapa oleh sahabat ku yg trut menyertai larian ini. Belumpun  ak menjawab , pihak penganjur sudah memanggil semua peserta supaya bersedia utk larian ini.
“BANG!!” bunyi tembakan bingit tersebut menandakan larian sudah bermula daripada masjid negara ke Taman Tasik Perdana. Aku bermula perlahan kerana masih lagi memikirkan mengenai masa tidur ku yg terbuang. Namun entah kenapa timbul dalam hatiku utk membuat satu analogi mengenai larian ak hari ini dengan kehidupan ak sebagai pelajar.Lantas ak mencabar diri aku utk memenangi larian ini walauapaun yang terjadi. Maka ak lajukan langkah aku dengan konsisten, ak tidak bergerak terlalu laju kerana aku tahu aku bukanlah seseorg yg cukup kuat kalau dalam bab berlari ni.Satu persatu peserta peserta ak pintas bagi membuktikan ak boleh dapatkan kemenangan jika ak berusaha.Bermula dengan jalan yang menaiki bukit, aku lihat ramai peserta mula mengalah dengan memperlahankan langkah mereka dan berjalan. Saat itu ak mula bermonolog dalaman ‘Aish, nak stop ke nak go on ni?’ namun segera semangat aku berbisik “baru sikit pun dah nak berhenti..’ maka aku truskan larian aku dengan konsisten tanpa pedulikan keadaan sekelliling.Dengan kesungguhan ak tersebut, akhirnya aku sedar bahawa ak sekarang berada di kalangan insan2 yg berada di hadapan diantara 1000 lebih peserta yang hadir. Melihatkan hanya beberapa orang sahaja dihadaan menaikkan lagi semangat aku utk trus berlari. Akhirnya samai jua ke pintu masuk Tasik perdana . Apa yang ak terkejut, seorang fasilitator lantas memberitahu aku “teruskan berlari, hanya ada 5 org sahaja lagi” wah.. x percaya ak rasa aku sekarang ini ak berada di no 6 daripada lebih 1000 org.Disinilah episod tragis bermula dimana ak mula merasakan keletihan yang teramat sangat namun hatiku kuat menyatakan “if you stop now, then it will over” maka terus ak paksa diriku utk trus berlari. Namun dalam jarak lebih kurang 800 meter lagi dari garisan penamat, mindset ak mula tewas.. Aku mula berhenti berlari dan berjalan sekejap. Dan ada waktu inilah ak dipintas oleh dua org peserta. Ak cuba berlari kembali namun dalam 5 minit berlari ak trus berjalan. Tesangat la letih ada masa itu. Setiap kali sampai je dekat checkpoint  ak akan bertanya Fasi bertugas “ jauh lagi ke bang?” memg tengah Down mase tuh. Namun aku tak mahu berakhir begitu sahaja, ak x mahu menjadi hangat2 tahi ayam, aku bangkitkan balik semangat aku melihatkan seorg peserta mula berada di belakang aku. Dengan semangat aku trus berlari hingga ke garisan penamat. Sampainya disana, trus ak baringkan diri aku. Salah seorang peseta menghampiri ak menasihati aku utuk bangun. Sejurus selepas itu beliau menuturkan kata “tahniah bro, kau  no8” Bagaikan tidak percaya denagn aku yang tiada bakat dalam bidang ini boleh trut memenangi larian ini. Dengan mengukir senyuman keletihan ak bergegas utk mnyejukkan badan di tangga atas sementara menunggu rakan2ku dari kolej Matrikulasi sampai. Disitu ak merasakan satu kepuasan yang amat sangat..



Bila direnungkan kembali, secara analoginya ak membandingkan larianku ini utk dialikasikan dalam kehidupan terutamanya sebagai seorang pelajar:
Kadang2 kita sebagai manusia sentiasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Kita sering mengalah sebelum berperang, takut untuk mencuba dan terlalu memandang tinggi orang lain dengan terlalu merendahkan diri kita. Aku sendiri juga begitu. Bayangkan jika semangat tidak mengaku kalah ini ak serapkan dalam menuntut ilmu, nescaya ak semestinya memperolehi kejayaan walaupun bukan di kalangan yang terbaik. Ya, selama ini semangat itu memg ada dalam hidup ak cuma ISTIQAMAH itu tidak ada. Semuanya hangat2 tahi ayam. Kerana apa? Kerana tiada rasa percaya diri bahawa “ak mampu melakukanya” Kini ak sedar selama ini minda ak begitu lemah, mudah mengalah dengan sedikit cabaran sedangkan ramai lagi sahabat sahabat srpjuangan menghadapi dugaan dalam masa yang sama mereka mampu menghadapinya.  Apa yang penting kekntalan itu perlu dalam menuntut ilmu ,seandainya gagal maka bangunlah, dan teruskan berperang dengan cara yang berbeza. Jadikanlah kekentalan dalam diri ini sebagai perisai utk tidak mengalah dalam perjuangan menuntut ilmu yang merupakan salah satu canbang jihad kepada Allah S.W.T. Contohilah Billal Bin Rabbah dalam fakta sejarah menyatakan dalam kitab Sirah Al-Nabawwiyah karangan Ibn Hisham(jll. 1, hlm 317-318) menyebutkan bahawa Billal Bin Rabbah ketika diikatkan talinya di leher dan kemudiannya diletakkan batu besar di dadanya, beliau masih memerpertahankan keteguhannya  terhadap Allah dgn menyebut “Ahad, Ahad”.

Oleh itu, buat rakan2 diluar sana , sama2 kita bangkit dalam menuntut ilmu dengan penuh keazaman ,kekentalan dan keredhaan Allah.Oleh itu sekian sahaja coretanku kali ini.Sekian Terima Kasih..Wassalam…