Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Sunday 20 September 2015

Bergelumang dalam Politik Kampus

Assalamualaikum W.B.T

Sejak akhir-akhir ni, isu politik kampus menjadi isu yang hangat kembali disebabkan Pilihanraya Kampus yang akan berlansung di universitiawam seluruh Malaysia dalam masa terdekat ini. Antara isu-isu yang menarik perhatian:

1.Notis pembubaran mengejut Majlis Perwakilan Pelajar
2. Boikot PRK oleh Pro Mahasiswa UM
3. Calon Mahasiswa Pendidik tak dibenarkan bertanding.
4. Toreh Menoreh di UKM
4. Dan banyak lagi isu-isu kecil yang tak perlu saya tulis.

Namun seperti biasa, UTeM seperti tiada apa-apa kehangatan bila disebut berkenaan politik kampus ini. Nak kata pelajar tidak mengambil tahu mengenai pimpinan pelajar tidaklah juga, mungkin suasana "teknikal" dan ëngineering" yang agak tidak ''serasi'' dengan politik inilah yang menyumbang kepada situasi sedemikian.

Bagi saya tidak adil untuk menghukum calon-calon yang bertanding di UTeM sebagai Pro-Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa. Mahasiswa kita sekarang ni biasalah, ambil gambar dengan menteri kena cop Aspirasi, ambil gambar dengan Adun pembangkang kena cop Pro-M walhal kesemua itu lansung tidak berkaitan. Biasanya saya abaikan dan biarkan mereka bermain persespi.

Sungguh, penat untuk menjawab bila UTeM antara universiti yang tidak mempunyai pro-A dan pro-M. Sesetengah orang kata itu satu kemunduran walhal itu satu peluang dan keunikan dan rasanya perlu dikekalkan. Konsepnya senang di UTeM, MPP tidak dihalang untuk menyokong mana-mana parti selagi tidak mencampurkan adukkan ia dalam sistem pendidikan universiti. Cakna tapi jangan obses.

Saya mengharapkan kepimpinan MPP akan datang jauh lebih baik dari sekarang.