Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday 3 April 2018

Cara apply Engineering Technologist (graduan Teknologi Kejuruteraan)

BOARD OF ENGINEERS MALAYSIA - ENGINEERING TECHNOLOGIST REGISTRATION (Eng. Tech)


Pertama sekali aku mintak maaf sbb aku janji mlm semalam nk buat post ni. Tapi aku sibuk main dgn anak dan hal lain. Tak buka FB pun.
.
So, aku akan jelaskan step by step cara (aku) apply Eng. Tech dgn BEM ni.
.
Pertama sekali benda ni hanya sesuai untuk pemegang Degree Engineering Technology sahaja. Maksudnya degree daripada University Technical. Setakat pengetahuan aku hanya Universiti Kuala Lumpur sahaja yang offer Degree Eng. Tech buat masa ni di Malaysia. Kalau ada lain-lain tolong info ya.
.
Degree Engineering daripada Universiti-universiti lain perlu apply sebagai Graduate Engineer ya. Dan gelaran yang akan digunakan adalah Engr. selepas nama anda.
.
Sebenarnya tiada sesiapa yang menggunakan gelaran Eng. Tech @ Engr. pun dibelakang nama mereka walaupun dicatatkan 99,598 org berdaftar sebagai Graduate Engineer.
.
Sbb tak ada nilai yang kukuh untuk menggunakan gelaran tersebut. Jika IR, AR, DR ya itu baru gelaran yang professional dan berkredibiliti. Akan tetapi tanpa berdaftar sebagai Eng. Tech mahupun Engr. dahulu gelaran IR juga hanya kekal sebagai mimpi.
...
..
.
Jadi, STEP 1.
.
Download Borang dan Guidelines (pdf) yang telah disediakan di website BEM. Kalau buat step ni sebenarnya anda dh boleh buat application sendiri sbb guidelines yg disediakan dah cukup lengkap. Dokumen apa perlu, apa perlu buat, berapa bayaran, cara bayaran & ke mana nak hantar permohonan anda dah dijelaskan.
.
Aku hanya bermula disini. Selepas tgok Jr. satu sekolah dulu (Sains Sultan Mohamad Jiwa) yg juga graduate UniKL dh dpt Terima kasih Azlan Abd Wahab . Masa tu aku pun curious mcm mana dia buat. Byk persoalan bermain diminda masa tu. Dia suruh aku refer website BEM. Dan Alhamdulillah kami dah berdaftar dgn BEM.

http://www.bem.org.my/web/guest/engineering-technologist

STEP 2.

Kalau dah download borang tu print la borang dan guidelines tu. Form A2 nama dia. Isi details yang diperlukan. Buat masa ni hanya permohonan secara manual disediakan. Tiada Online ya abg,akak,adik manis.

STEP 3

Sediakan dokumen & gambar

1- Salinan KAD PENGENALAN
2-GAMBAR saiz passport
3-Salinan SKROL DEGREE
4-Salinan semua TRANSKRIP
* Semua dokumen diatas hendaklah di Sahkan Salinan Asal @ Certified True Copy oleh Jurutera Professional yang diiktiraf oleh BEM @ Professional Engineer recognised by BEM. Mereka inilah insan hebat yg digelar IR. Salute satu kali. Nk dapat IR tak tau mcm mana depa redah. Susah bang. Aku dengaq la. Tak buat tak tau lagi. Susah tapi mesti boleh buat! Kalau tak mcm mana 11,456 orang IR berdaftar di Malaysia dengan BEM. 🤗Boleh cross check betoi ka IR ni register dgn BEM atau pun dah expired certificate dia ka. Ada search engine kat website BEM.
.
STEP 4
.
Bayarla. Ingat semua benda bole free ka? Haha. Bayar duit proses sebanyak RM 50.00 sahaja kepada BEM. Aku buat postal order (old school skit hehe). Ada byk cara lagi boleh buat. Online banking pun boleh. Janji duitnya sampai 😂. Rujuk panduan.
.
Ada option disediakan untuk sijil dihantar dengan pos berdaftar dan juga untuk langganan newsletter daripada BEM. Kos yg dikenakan pun berbaloi. Tak mahal. Tp aku tak ambik option ni. Zaman mcm ni kena berjimat okay 🤑
.
STEP 5
.
VERIFY , cross check semua dokumen yg diperlukan. Ini penting. Jgn jd mcm aku. Excited sgt. Last-last IC sendiri pun tak bg IR cop & sign. Haha. Bab ni bini aku Anies Mat Daud selalu marah. Careless btoi aku ni. Tapi nasib aku dah biasa dgn self QC kerja sendiri. Alhamdulillah berjaya tangkap kesalahan sendiri.😝
.
STEP 6
.
Selesai semua ni pergilah pos dokumen dan lain-lain barang yg diperlukan. Aku pakai sampul Pos Ekspress Size besar skit dr A4 paper. RM4.50. GST RM0.27 🤦‍♂️
.
Dalam borang janji 4 bulan Board akan bagi keputusan dan maklum balik (daripada tarikh borang diterima).
.
Tapi BEM PENIPU!
Aku pos borang 2 June 2017. Nk dekat Raya aku dapat surat pengesahan bahawa borang aku dh diterima dan diproses. Resit RM50.00 juga disediakan.
Tengok-tengok lepas Raya dah dapat surat pengesahan pendaftaran sebagai Eng. Tech. Tarikh surat 4 July 2017. Fuh. Sebulan seminggu mcm tu saja tempoh dia. SIAP!!!Satja pun. Tak sempat Raya Qurban abg dah bergelar #IzwanWanlat Eng. Tech.👨🏻‍🔧🤣
.
Dah tunggu apa lagi pi la apply cepat! Menurut IR yg tolong aku verify dokumen, kalau anda tidak register dengan BEM anda TIDAK layak digelar Engineer ditempat anda bekerja. Jawatan anda Tak Sah! Jawatan sebenar adalah Executive Teknikal atau setaraf. Tapi ingat bukan enginee tau. Dan ada maklumat yg aku terima kalau mintak kerja company yang perlukan anda berdaftar dgn BEM. Pengalaman kerja sebagai "Engineer" pada ketika anda belum berdaftar tidak akan diambil kira.
.
"It is MANDATORY for university graduate to register as Engineering Technologist if he/she wants to take up employment as an Engineering Technologist. This is in accordance with Section 7(2)(aa) which specified that "An Engineering Technologist who is registered with the Board may, subject to Section 8, take up employment which requires him/her to perform professional engineering services. " - Board of Engineers Malaysia 🇲🇾-
.
.
Aku sebenarnya dah lama resign sebagai Engineer dari kilang. Sekarang ni aku dalam field Customer Service. Akan tetapi aku nampak perkara ini perlu sbb katakan one day rezeki aku (Amin) aku get involve dlm engineering businesses, so aku dh ada Registered Certification dgn BEM. Ini akan mengukuhkan lagi Prospect business aku dan mana tahu aku akan continue untuk ambil IR as Professional Practice kan. Nah. Mudah dah time tu.
.
Dengar kata skrg ni belum kena charge lg. Cuma RM50 duit process ja. Lepas ni akan kena bayaq membership fee. Kena RM1000 mau nangih tak berlagu. 😭
.
Please do share & extend it to our big family of Engineering Technologist.
.
Goodluck !
.
.
Yang ikhlas,
Izwan Wanlat
Presiden Majlis Engineering Technologist Newbie Kebangsaan 

Tuesday 20 March 2018

Pelajaran Dari Penantian Anak oleh Siti Nurhaliza

Assalamualaikum W.B.T

Pertama sekali, Tahniah diucapkan kepada penyanyi N0 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atas penerimaan cahaya mata perempuan yang comel.

Sebenarnya saya begitu kagum dengan Datuk Seri Nurhaliza dalam penantiannya menunggu cahaya mata yang sangat dinanti-nantikan setelah lebih 10 tahun berumah tangga. Kadang-kadang orang Melayu kita, terutamanya kaum lelaki bila tak dapat anak, terus menyalahkan perempuan dan menggunakan alasan untuk berkahwin lain.

Anak itu kurnian Allah S.W.T. Percaya pada rezeki,bukan ikutan orang semata-mata. Sekali lagi tahniah Datuk Seri Siti.

*Kesian tengok netizen yang tak menghormati keluarga Datuk Seri Siti berkenaan isu penyebaran gambar anak.


Rasa kosong

Pernah tak, kita rasa begitu serabut.
At the same time, kita berasa kosong.
Ianya sukar digambarkan melalui penulisan dan kata-kata.
Kadang-kadang kita rasa takut, gelisah, tak tenteram dan sebagainya.

Yes, exactly itulah apa yang dirasakan sekarang ini.
Bahakan diri ini tahu punca-punca berlakunya sebegini.
Ya, jauh dari tuhan dekat dengan nafsu.
Sungguh aku rindu disaat semangat aku beribadah sedang menggunung.

Antara yang aku baca ialah :

Mengadap smartphone, belek Whatsapps, Telegram, WeChat, Instagram, Facebook, Twitter, menonton Astro Akademi Fantasia, Redah Kasi Pecah Extravaganza, Maharaja Lawak Mega, drama "Istikharah Cinta", "Suamiku Encik Sotong", "Cinta Ibadah" sekalipun tidak tenang. Pernah tak hadapi situasi seperti ini? 

Jiwa tak tenteram, mungkin ada sesuatu yang perlu kita teroka untuk mencari jawapan"kenapa jiwa ini terasa kosong?" 

Genggam tangan. 
Istighfar. 
Urut dada. 
Tanya diri, "Apa khabar hati?" 

Adakah hati anda dipenuhi dengan zikrullah? Solat tetap buat, tapi hati gelisah? Sudahkah kita baca dan hafal Al-Quran walaupun sepotong ayat? Atau terlalu asyik mendengar lalu menghafal lirik lagu yang melalaikan sehingga tidak pernah terfikir nak hafal ayat-ayat Al-Quran? 

Atau mungkin kita alpa dan membiarkan hati anda dikotori elemen-elemen maksiat mungkin? Banyak mengadu-domba? Banyak makan dari hasil yang haram atau berunsur syubahah? Banyak melihat perkara yang mungkar? Banyak luangkan masa dengan hiburan yang melalaikan? Banyak berkunjung ke tempat yang lagho (tidak berfaedah) melewati gedung yang berpusu-pusu orang, lalu solat diabaikan? Selalu melewati masjid (rumah Allah) tetapi tidak pernah singgah? Banyak membelek peribadi seseorang sehingga syaitan pun berbisik lalu membawa kepada ghurur? 


Thursday 8 March 2018

You are not people‘s “latest smartphone”


Life told me that we will always not fulfill people’s expectation. It doesn’t matter how hard you try, no matter how you talk and do, some people will simply not like you just because is you. But at the same time, you must believe that there will always people who will stand with you by appreciating yourself without any conditions.

Your heart and time should not be wasted for trying to convince people who do not appreciate your value. Because their definition of “valuable” itself is most likely does not include your big heart. Just walk slowly and realize that you are not their “latest smartphone” that need to fulfill the advanced technology just to approve your value. Let it go.

It’s okay if you are thinking of yourself as “Nokia 3330” only. There will always people who will walk the same path with you. Seek it.


*My supervisors ask me to speak and write more in English. So I’m trying here.

Monday 26 February 2018

Cinta: Kenapa perlu fokus pada yang baru

Saya dapat persoalan dari seorang rakan bertanyakan perihal berkenaan cinta. Walaupun agak "cringe" dan sedikit "akward" untuk menconteng tulisan cinta di laman blog ini, saya kira tak salah untuk saya kongsikan jawapan yang saya berikan kepada rakan saya diruang ini. Manalah tahu memberi sedikit ruang membuka minda kepada mereka yang hadapi masalah yang sama seperti kawan saya.

Kawan saya situasinya begini:

Beliau baru sahaja putus cinta dengan kekasihnya, tiada berkaitan curang lebih kepada ketidaksefahaman dalam banyak perkara. Sayang dan cinta itu ada, cuma asyik bergaduh, tidak tenang, maka si gadis tinggalkan beliau, walaupun beliau merayu menangis meminta peluang namun tidak diendah. Setelah beberapa bulan, beliau bangkit,  keluarganya memperkenalkan beliau dengan seorang gadis. Tidak kurang cantiknya juga. Baik budi pekertinya. Mereka berkenalan. Agak serasi, namun katanya masih tiada aura rasa cinta. Kalau ada pun, tak sebesar cinta pertamanya dahulu. Dalam kekeliruan, dia dapat tahu, si gadis bekas kekasihnya masih menunggu beliau.

Jadi persoalan dia kepada saya, siapa patut dia pilih?

Saudara-saudari berpandangan macam mana? Kata kawan saya pandangan populis yang dilemparkan kepada sahabat saya adalah untuk memberi peluang kepada bekas kekasihnya. Maka keluar quote seperti "cinta itu memberi peluang", "bergaduh itu tanda sayang", "jangan permainkan perasaan mereka yang menunggu" dan sama ertinya yang menyokong supaya kawan saya kembali kekasihnya.

Saya pohon maaf untuk tidak berada di kalangan majoriti. Saya kata padanya, cliche, solat Istikharah lah. Cuma kalau pandangan saya, lebih baik beri peluang kepada orang yang baru daripada orang yang mensia-siakan peluang saat bersama kita. Mungkin pada pandangan sesetengah orang jawapan saya ini lebih kepada egois. Saya sertakan alasan yang kukuh.

1. Memang benar kesian fikirkan perasaan yang lama, namun perlu diingat, yang baru juga ada perasaan yang bukan hadir untuk mengubati luka dibuat yang lama. Bila sembuh dibuang begitu sahaja.

2. Percayalah, jarang yang memecahkan akan membaiki apa yang dipecahkan, seadainya ada yang sudah membaiki hati kamu yang pecah, maka hargai lah dia, jangan kamu balik kepada mereka yang memecahkan kerana tak mustahil untuk dia hadir memecahkan kembali.

3. Takdir Allah. Tuhan tidak suka-suka jadikan perpisahan kamu melainkan ada rancangan yang lebih baik. Misalnya, ada sebab kenapa Allah hantar seseorang yang baru, pilihan keluarga lagi, untuk ganti yang lebih baik untuk kamu.

4. Kalau sudah serasi. Beri masa. Beri peluang. Jatuh cinta itu juga satu pilihan. Bergantung kepada keredhaan kamu untuk menerima. Seseorang yang hidup kerana cinta lampau adalah seseorang yang rugi kerana masa hadapan sentiasa menjanjikan kejayaan yang lebih baik.

Saya bukakan minda beliau, pilihlah apa yang meyakinkan dan menenangkan hati. Percaya pada Allah S.W.T bukan sekadar dari kata-kata manusia. Saya suarakan pandangan bukan bermaksud dia perlu ikut. Tapi sekurang-kurangnya untuk dia berfikir. Saya akhiri dengan kata-kata sesiapapun dia pilih saya sentiasa sokong asalkan dia sebagai sahabat berbahagia.

Selamat berbhagia kawan.

Monday 12 February 2018

Aku Lupa & Silap

Aku silap.

Kerana aku fikir jalannya mudah,
Maka aku terus bergerak laju untuk mencapai destinasi impian.
Sehingga aku lupa, ada tangan yang perlu dipimpin.
Amanah yang aku janji untuk tidak disakiti.

Aku lupa manusia itu bukan mesin,
Yang boleh diprogram mengikut kehendakkku.
Manusia punyai emosi yang berubah
Yang tiada dari tanggapan perancanganku

Aku tidak mahir selok belok jalan baru ini,
Yang aku fikir ianya mudah,
Mungkin aku lupa bahawa aku bukanlah sendiri,
Ada permata yang perlu dibawa.

Tiada jalan yang sempurna,
Jika tidak berduri, likunya tetap ada,
Matlamat jadi asbab kenapa kita bermula,
Semangat jadi kekuatan kenapa kita bertahan.

Sungguh aku sedar, aku makin jauh dengan tuhan,
maka kerana itulah Dia menguji,
Untuk aku bergantung harap padaNya,
Agar aku tidak merasakan hambaNya lebih sempurna.

Manusia itu tidak akan pernah sempurna,
Yang cacat itu menyempurnakan sama lain,
Aku terlalu mengharapkan,
Tidak pula aku memberi.

Tuhan, moga Kau tunjukkan jalan.