Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Sunday 28 October 2012

Mail Lambung (versi lompat)

Assalamualaikum W.B.T


Ini bukannya sambungan filem Mail Lambung tapi video aku nak sharekan disini tentang sahabat aku masa zaman sekolah dulu. Namenye pun sama, Mail dan kebetulan orang terengganu jugak.Seorang yang gila gila tapi genius . InsyaAllah akan ke German. Jom tengok sikit video ni:


                                

Sunday 21 October 2012

Lelaki Keluar Lewat Malam = JAHAT?

Assalamualaikum W.B.T

Kalau tengok tajuk tu,Yes itulah persepsi aku semasa diusia awal remaja dulu. Bila nampak budak budak lelaki ni keluar malam beramai ramai mesti jatuh persepsi "masalah sosial" ataupun "keruntuhan akhlak". Seriously, bukan aku sorang yang berfikiran "cetek" macam tu time dulu dulu.

Bukannya maksud aku nak membela golongan yang suka keluar malam tetapi bergantung kepada keadaan dan kenapa mereka keluar malam. Pernah tak kita terfikir , keluar malam tak semestinya pergi untuk berkaoreke dan kelab malam sahaja(ianya majoriti sebenarnya) tapi banyak lagi aktiviti aktiviti berfaedah yang kita tak tahu.

Pengalaman aku sendiri la, ambik contoh paling dekat bermain futsal larut malam. Mostly kebanyakan student Universiti memang majoriti ambil inisiatif untuk bermain pada larut malam atas dasar kesibukan mahupun mengelak kesesakan.

Geng geng Teknologi Automotif (course aku) selalu jugak anjur futsal lewat malam ni. Kami keluar sesama lelaki bukannya bersama wanita.Itulah kelebihan kelas semua lelaki kan? haha. Jom riview sikit:

dari kiri: Blackcurrent juice, munzir,paan,arip scotfield,roy,abe.

Khusyuk menonton futsal (skema description nih)
jaring tidak menghalang mereka untuk beraksi haha.
Ya,itulah serba sedikit riview, tapi apa yang aku simpulkn disini, kadang kadang kita tidak boleh melihat sesetengah perkara itu berat sebelah. Mungkin waktu yang salah tidak bermakna aktiviti tersebut turut salah. Manfaat seperti mengerat hubungan silaturahim dan mengelurakan peluh tetap diperolehi.Aku pun baru je menyedari hakikat ini setelah memasuki alam universiti. bangga la tu

Apepun, bila dah aku cakap macam ni jangan la pulak insan insan yang membaca ni asyik keluar malam je. Bila ditanya jangan plak korang cakap "encik perantau cakap tak ape" kesian aku camni. Berpada pada lah. Jarang jarang sudah tidak perlu hari hari keluar lewat malam jika tak perlu. Terutamanya kaum hawa, jangan lah keluar malam ye..lagi tidak manis dipandang.

Sekian ,Wassalam.

" Jom Blogwalking Sampai pengsan "

Assalamualaikum W.B.T

Sudah lama tidak menyertai segmen, jom intai sikit,


klik banner atau SINI UNTUK JOIN.

Follower sekarang


Saturday 20 October 2012

Kelantan VS ATM (suasana)

Assalamualaikum W.B.T

Nak cerita la sikit suasana menonton perlawanan bola di Kolej Kediaman Murni tempat aku menetap di belajar di UTeM ni. Meriah! sungguh meriah. Walaupun aku ni anak teganung tapi disebabkan daerah aku iaitu "republik of BESUT" ni menggunakan bahasa kelantan maka jiwa kelate tu tetap ade untuk menyokong. P/s:teganung tetap di hati.


Jadi ,tahniah buat The Red Warrior untuk kemenangan Treble.

Tengok sikit gambar gambar suasana dekat kolej kediaman ni:

 
Penyokong Red Warrior berkumpul
Khusyuk tuh tgk bola
Time ni dah abis game. Penyokong ATM pun ramai sebenarnya tuh.

Tu la sorotan gambar ringkas yang ambo nak kongsikan.Menarik bila menonton beramai ramai. Jadi tak kira la, siapa pemenangnya sekalipun yang penting ambil semangat kesukanan tu dalam diri kita.Sukan itu menyatupadukan kita jangan sampai memecahbelahkan kita.

Sekian.

Tuesday 16 October 2012

5 Strategi Mantap Syaitan Hancurkan Manusia


Assalamualaikum W.B.T

Syaitan merupakan makhluk yang jahat dan licik. Fokus mereka cuma satu iaitu menyesatkan umat manusia. Dengan kelicikan tersebut, syaitan ini mempunyai beratus ratus strategi untuk sesatkan manusia. Jangan ingat bola sepak je yang memerlukan strategi untuk mengatasi pihak lawan.Jadi sini, nak kongsikan 5 strategi utama syaitan dalam menyesatkan anak anak Adam.

1)Mengajak manusia untuk menolak Allah

Maksudnya syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan manusia supaya melakukan syirik dengan menyekutukan Allah, menidakkan segala ajaran Rasulullahdan menjadikan umat islam merasakan keraguan terhadap agama. Akibatnya wujudlah golongan sekular dan golongan liberal terhadap agama yang sentiasa menggunakan “hak bersuara” untuk menghina Rasulullah , “diskriminasi terhadap wanita” untuk menghalang wanita daripada menutup aurat dan “hak kebebasan manusia” untuk membenarkan homoseksual.


2)Membiarkan manusia beragama tetapi menerapkan bidaah.

Perkara seperti ini memang sentiasa kita dengari. Kadang kadang kita sentiasa terdorong untuk beragama tanpa mengetahui sesetengah daripada perkara yang kita lakukan adalah bidaah yang tidak ada dalam sunah Rasulullah menyebabkan kita rasa kita sudah beramal secukupnya tanpa kita sedari amalan kita itu diterima atau tidak. Perkara seperti bidaah ini juga turut memecah belahkan umat islam.


3)Menghasut manusia untuk melakukan dosa dosa besar.

Syaitan mengajak manusia untuk melakukan dosa dosa besar seperti berzina, minum arak, menilik nasib dan membunuh. Pelbagai cara digunakan untuk menjerumus umat manusia kedalam lembah ini.Lihat saje didada akbar., berapa ramai yang dibunuh dan berapa ramai bayi dibuang. Nauzubillah.


4)Mengajak manusia melakukan dosa dosa kecil

Kebisaanya ramai orang tertewas dengan strategi ini kerana syaitan sentiasa meniupkan rasa tidak bersalah apabila kita melakukan dosa dosa kecil. Contohnya bila kita melakukan dosa, hati akan berbisik “ tak ape, nanti bila berzikir terhapuslah dosa dosa kecil tu”. Silap kita adalah bila kita tidak alert bahawa dosa kecil jika dikumpulkan akan menjadi dosa besar.


5)Menjadikan manusia sibuk dengan duniawi

Syaitan sentiasa menjadikan kita sibuk dengan perkara perkara yang harus seperti tidur,makan ,minum dengan terlalu lama dan kerap sehingga menyebabkan kita semakin kurang dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Melihatkan strategi strategi ini buatkan kita rasa gentar sebab pastinya antara kita ada yang pernah terjerat dengan strategi syaitan yang licik ni. Tapi, Allah juga menyediakan strategi untuk hambaNya bagi menghadapi syaitan ini. Yang penting adalah mencari startegi tu. Selamat Berjaya.

Wassalam.

Sunday 14 October 2012

Mengejar Minggu yang Sibuk


Assalamualaikum W.B.T

Bukannya nak menulis permulaan yang stereotaip tapi memang lame bebenar dah tak mengupdatekan blog ni. Rasenya lebih dua minggu tidak menekan button keyboard untuk menulis blog.BLOG sahaja(untuk main game tidak dikira) .Jadi nak kongsilah sedikit apa yang berlaku dalam minggu ini hinggakan tidak terkejar untuk aku update blog ni. 
Selain assingment dan course work yang kian bertambah, banyak lah jugak perkara yang menjadi tunjang kesibukan aku pada minggu ni.

Antaranya:
Program Bengkel untuk JawatanKuasa Kolej Kediaman (JAKSIS)


Lab report dan praktikal




Assingment dan lukisan kejuruteraan



















Bersama presiden BADAR semasa jadi MC pertandingan nasyid dan tilawah Al Quran

Jadi, mintak sorilah banyak banyak buat kawan kawan yang miss contact sementara, kepada blogger blogger yang tag dan yang menjemput untuk join segmen, diri ini tidak sempat untuk menyahut ajakan anda kalian :)

ok ke dengan kehidupan sibuk?

Sibuk memang sibuk tapi pesanan ayah dan umi selalu di hati ; nak aktif tak ape, cuma jangan tinggalkan pelajaran. Memang sakit untuk cover masa belajar dan sakit juga bila kadang kadang terpaksa korbankan masa bergembira dengan kawan kawan lain pada hujung minggu. Tapi, itulah yang dipanggil pengorbanan. Komitmen dan amanah itu jauh lebih utama. Takde hal, itulah yang dipanggil menyahut cabaran. Dan itu jugaklah yang membuatkan aku lebih menghargai masa.

Dan kalau ada yang terbaca post aku yang sebelum ni iaitu PERIT SUNGGUH MENUNGGU, 
masalah sudah pun selesai. Alhamdulillah.
Teman ulang alik ke kampus. Terima kasih umi dan ayah untuk ini.

Jadi sekian sahaja post kali ini, terima kasih la sudi membaca(jenguk pun ok). Jadi input buat pembaca, aku nak pesan la buat diri sendiri jugak, masa tu memang sahabat kita yang paling akrab, tapi bila kita tak menghargai sahabat kita tu, maka jauh lah ia tinggalkan kita dalam kerugian.

Wassalam.

Monday 1 October 2012

Perit sungguh menunggu

Assalamualaikum W.B.T

Rasa rasanya takde orang yang suka menunggu kan? Sebab ianya sangat perit. Aku ambik contoh yang paling dekat dalam kehidupan seharian sejak bergelar mahasiswa ni. Setiap hari duk menunggu bas untuk ulang alik dari kampus ke kolej kediaman.

So? apa yang peliknya, normal la tu budak U.

awal pagi dah tunggu bas
Masalahnya terjadi macam ni bayangkan kalau kelas mula pukul 8 pagi , pukul 7 dah kena naik bas. Then, bila sampainya je kat sana korang dimaklumkan kelas pukul 9.30 batal sedangkan bas untuk pulang ke kolej kediaman hanya akan ada pukul 11.30 saje. Banyak tu masa untuk menunggu. Nasib baik time tu aku rajin buat assingment (kononnya) .
 Ok stop merungut, mahasiswa harus tabah hadapi dugaan.

Cuma aku terfikir, selalu jgk aku dengar penantian itu suatu penyeksaan, entah lirik lagu ape entah aku tak ingat tapi ada betulnya jugak sebab walaupun beberapa jam aku tunggu bas dah merasai keperitan menunggu tu. Bayangkan betapa peritnya seseorang itu menunggu seseorang yang lain.Fuh, perit tersangat perit.Sebab tu akhirnya manusia ni sentiasa mengalah dengan keperitan menunggu.


Tapi kan, pernah tak kita terfikir bahawa selama ni Allah S.W.T tidak pernah perit mahupun jemu menunggu taubat dari hamba hambanNya. Bahkan pintu syurga sentiasa terbuka buat manusia manusia yang ingin bertaubat.Cuma kita sahaja yang membiarkan diri kita terus menunggu untuk bertaubat. Sampai bila? Wallahualam.

Sekian saje post ringkas.. Wassalam pakat renung renungkan.

p/s: Harap sangat punyai motor untuk ke kampus :)