Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday, 3 April 2018

Cara apply Engineering Technologist (graduan Teknologi Kejuruteraan)

BOARD OF ENGINEERS MALAYSIA - ENGINEERING TECHNOLOGIST REGISTRATION (Eng. Tech)


Pertama sekali aku mintak maaf sbb aku janji mlm semalam nk buat post ni. Tapi aku sibuk main dgn anak dan hal lain. Tak buka FB pun.
.
So, aku akan jelaskan step by step cara (aku) apply Eng. Tech dgn BEM ni.
.
Pertama sekali benda ni hanya sesuai untuk pemegang Degree Engineering Technology sahaja. Maksudnya degree daripada University Technical. Setakat pengetahuan aku hanya Universiti Kuala Lumpur sahaja yang offer Degree Eng. Tech buat masa ni di Malaysia. Kalau ada lain-lain tolong info ya.
.
Degree Engineering daripada Universiti-universiti lain perlu apply sebagai Graduate Engineer ya. Dan gelaran yang akan digunakan adalah Engr. selepas nama anda.
.
Sebenarnya tiada sesiapa yang menggunakan gelaran Eng. Tech @ Engr. pun dibelakang nama mereka walaupun dicatatkan 99,598 org berdaftar sebagai Graduate Engineer.
.
Sbb tak ada nilai yang kukuh untuk menggunakan gelaran tersebut. Jika IR, AR, DR ya itu baru gelaran yang professional dan berkredibiliti. Akan tetapi tanpa berdaftar sebagai Eng. Tech mahupun Engr. dahulu gelaran IR juga hanya kekal sebagai mimpi.
...
..
.
Jadi, STEP 1.
.
Download Borang dan Guidelines (pdf) yang telah disediakan di website BEM. Kalau buat step ni sebenarnya anda dh boleh buat application sendiri sbb guidelines yg disediakan dah cukup lengkap. Dokumen apa perlu, apa perlu buat, berapa bayaran, cara bayaran & ke mana nak hantar permohonan anda dah dijelaskan.
.
Aku hanya bermula disini. Selepas tgok Jr. satu sekolah dulu (Sains Sultan Mohamad Jiwa) yg juga graduate UniKL dh dpt Terima kasih Azlan Abd Wahab . Masa tu aku pun curious mcm mana dia buat. Byk persoalan bermain diminda masa tu. Dia suruh aku refer website BEM. Dan Alhamdulillah kami dah berdaftar dgn BEM.

http://www.bem.org.my/web/guest/engineering-technologist

STEP 2.

Kalau dah download borang tu print la borang dan guidelines tu. Form A2 nama dia. Isi details yang diperlukan. Buat masa ni hanya permohonan secara manual disediakan. Tiada Online ya abg,akak,adik manis.

STEP 3

Sediakan dokumen & gambar

1- Salinan KAD PENGENALAN
2-GAMBAR saiz passport
3-Salinan SKROL DEGREE
4-Salinan semua TRANSKRIP
* Semua dokumen diatas hendaklah di Sahkan Salinan Asal @ Certified True Copy oleh Jurutera Professional yang diiktiraf oleh BEM @ Professional Engineer recognised by BEM. Mereka inilah insan hebat yg digelar IR. Salute satu kali. Nk dapat IR tak tau mcm mana depa redah. Susah bang. Aku dengaq la. Tak buat tak tau lagi. Susah tapi mesti boleh buat! Kalau tak mcm mana 11,456 orang IR berdaftar di Malaysia dengan BEM. 🤗Boleh cross check betoi ka IR ni register dgn BEM atau pun dah expired certificate dia ka. Ada search engine kat website BEM.
.
STEP 4
.
Bayarla. Ingat semua benda bole free ka? Haha. Bayar duit proses sebanyak RM 50.00 sahaja kepada BEM. Aku buat postal order (old school skit hehe). Ada byk cara lagi boleh buat. Online banking pun boleh. Janji duitnya sampai 😂. Rujuk panduan.
.
Ada option disediakan untuk sijil dihantar dengan pos berdaftar dan juga untuk langganan newsletter daripada BEM. Kos yg dikenakan pun berbaloi. Tak mahal. Tp aku tak ambik option ni. Zaman mcm ni kena berjimat okay 🤑
.
STEP 5
.
VERIFY , cross check semua dokumen yg diperlukan. Ini penting. Jgn jd mcm aku. Excited sgt. Last-last IC sendiri pun tak bg IR cop & sign. Haha. Bab ni bini aku Anies Mat Daud selalu marah. Careless btoi aku ni. Tapi nasib aku dah biasa dgn self QC kerja sendiri. Alhamdulillah berjaya tangkap kesalahan sendiri.😝
.
STEP 6
.
Selesai semua ni pergilah pos dokumen dan lain-lain barang yg diperlukan. Aku pakai sampul Pos Ekspress Size besar skit dr A4 paper. RM4.50. GST RM0.27 🤦‍♂️
.
Dalam borang janji 4 bulan Board akan bagi keputusan dan maklum balik (daripada tarikh borang diterima).
.
Tapi BEM PENIPU!
Aku pos borang 2 June 2017. Nk dekat Raya aku dapat surat pengesahan bahawa borang aku dh diterima dan diproses. Resit RM50.00 juga disediakan.
Tengok-tengok lepas Raya dah dapat surat pengesahan pendaftaran sebagai Eng. Tech. Tarikh surat 4 July 2017. Fuh. Sebulan seminggu mcm tu saja tempoh dia. SIAP!!!Satja pun. Tak sempat Raya Qurban abg dah bergelar #IzwanWanlat Eng. Tech.👨🏻‍🔧🤣
.
Dah tunggu apa lagi pi la apply cepat! Menurut IR yg tolong aku verify dokumen, kalau anda tidak register dengan BEM anda TIDAK layak digelar Engineer ditempat anda bekerja. Jawatan anda Tak Sah! Jawatan sebenar adalah Executive Teknikal atau setaraf. Tapi ingat bukan enginee tau. Dan ada maklumat yg aku terima kalau mintak kerja company yang perlukan anda berdaftar dgn BEM. Pengalaman kerja sebagai "Engineer" pada ketika anda belum berdaftar tidak akan diambil kira.
.
"It is MANDATORY for university graduate to register as Engineering Technologist if he/she wants to take up employment as an Engineering Technologist. This is in accordance with Section 7(2)(aa) which specified that "An Engineering Technologist who is registered with the Board may, subject to Section 8, take up employment which requires him/her to perform professional engineering services. " - Board of Engineers Malaysia 🇲🇾-
.
.
Aku sebenarnya dah lama resign sebagai Engineer dari kilang. Sekarang ni aku dalam field Customer Service. Akan tetapi aku nampak perkara ini perlu sbb katakan one day rezeki aku (Amin) aku get involve dlm engineering businesses, so aku dh ada Registered Certification dgn BEM. Ini akan mengukuhkan lagi Prospect business aku dan mana tahu aku akan continue untuk ambil IR as Professional Practice kan. Nah. Mudah dah time tu.
.
Dengar kata skrg ni belum kena charge lg. Cuma RM50 duit process ja. Lepas ni akan kena bayaq membership fee. Kena RM1000 mau nangih tak berlagu. 😭
.
Please do share & extend it to our big family of Engineering Technologist.
.
Goodluck !
.
.
Yang ikhlas,
Izwan Wanlat
Presiden Majlis Engineering Technologist Newbie Kebangsaan 

20 comments:

  1. jangan lupe aply MBOT jgk Tuan

    ReplyDelete
  2. Hi nak tanya...Saya graduate UniKL MICET Chemical Engineering Technology 2014..Sy dah ada experience 4tahun bekerja sebagai engineer...Lupa nak apply cert ni..Soalannya;
    i) saya kene apply engineering technologist saja atau apply both cert termasuk dengan graduate engineer? Saya confuse..Boleh bagi tunjuk ajar..

    2) Boleh apply both cert in 1 shot ke?

    3) Boleh mintak certified dekat mana2 IR ye, even tak sama field dgn course sy belajar...

    Mohon tnjuk ajar..boleh reply ke email saya maryanihasan90@yahoo.com atau whatsapp 0173719068..Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada fiollow di ig & mntaj tnjuk ajar flow utk apply & jwpan utk soalan atas tu.. nama ig sy yanie*****

      Delete
    2. course engineering technology apply di BEM hanya bole jd engineering technology
      kecuali ade penambahan master or topup subject related and aproved by BEM(sila dptkn hitam putih aproved BEM dulu kalau bercadang nak buat) baru lulus jd graduate engineer.
      lagi satu apply di mbot utk jd graduate technology melayakan jd professional technologist (Ts).

      Delete
    3. Salam Tuan,

      Saya graduan dari UniKL in Electrical Technology background.
      Saya ada bebearapa soalan untuk bertanya sama ada dari pihak tuan atau sesiapa saja yang membaca posting ini.

      1) As graduate in Eng.Tech boleh atau tidak kita berdaftar dengan IEM untuk tujuan menjadi P.Eng?
      2) Apa beza kita berdaftar dengan MBOT atau IEM?
      3) Adakah cert Eng.Tech tidak laku untuk menjadi P.Eng?

      Terima kasih

      Delete
  3. Hi,
    According to Section 7(1B), a Graduate Engineer will be entitled to describe himself or hold himself out under any name, style or title using the abbreviation “Grad.Eng.” after his name or in any way associate with his name. Not Engr.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan untuk apply mbot ts
    Ada exam ke apa ke iv ke?

    ReplyDelete
  5. Ir still boleh ambik lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. road to ir still boleh walaupun degree engineering tech cuma perlu sambung master dalam engineering lepas dpt master engineering daftar dengan bem sebagai graduate engineer semula .

      Delete
  6. Yang bedaftar sbg Eng Tech tak akan layak. Yang berdafaftar sebagai Graduate Engr sahaja yang akan layak utk proceed utk Professional Engr, dan dapat title Ir. Graduate Unikl tak boleh register Graduate Engr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi kene ambil master in engineering or topup beberapa course dimana2 university.

      Delete
  7. UniKL dah reg dapat sijil, tapi bila check dekat system tak ada. Bila call BEM, dia just cakap "kalau nak employer verify suruh call BEM je bagi no ID dekat sijil" tu. Nak try apply MBOT pulak. Tuan punya post ada check no ID ada dalam system?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tnya, awak dh call bem ke? Sbb sy punya pon jd mcm tu, check, takdak record tp ada sijil dh.

      Delete
  8. Saya punye kes lain sikit.

    Undergrad Bachelor of applied SC. Hons. Industrial Biotechnology.. Lepas tu Postgrad Master of Engineering Specialization Bioprocess. Nak daftar Graduate Engineer x lepas CEM ckp, dia suruh apply Engineering technologist.. So skrg ni masih tunggu reply email drpd BEM personnel yg uruskan registration untuk Engineering technologist.. Doakan saya berjaya. Haha.. Dalam proses apply MBOT jugak.. Tunggu certificate..

    ReplyDelete
  9. Setahu saya, untuk register sebagai Ir bagi kelulusan Engineering Tech, perlu continue Master (MSc) dalm bidang kejuruteraan dalam mid-mode atau course work sahaja. By research x qualify untuk engr. Tech register untuk PE. Mungkin boleh cuba sahkan dengan BEM.

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan,

    Saya graduan dari UniKL in Electrical Technology background.
    Saya ada bebearapa soalan untuk bertanya sama ada dari pihak tuan atau sesiapa saja yang membaca posting ini.

    1) As graduate in Eng.Tech boleh atau tidak kita berdaftar dengan IEM untuk tujuan menjadi P.Eng?
    2) Apa beza kita berdaftar dengan MBOT atau IEM?
    3) Adakah cert Eng.Tech tidak laku untuk menjadi P.Eng?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Tak boleh..sebab yg award P.Eng adalah BEM, bukan IEM
      2) MBOT utk non-engineering technologists. IEM adalah Institution of Engineers
      3) Betul..kecuali topup dgn sarjana kejuruteraan dlm coursework, then boleh register as Graduate Engineer bawah BEM. Bila dah cukup pengalaman, sit for exam utk P.Eng

      Delete
  11. Assalam. Boleh ke bidang lain nak ambil Ts ni

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Tuan/Puan,
    Melalui semakan saya di webpage Board of Engineers Malaysia pada beberapa minit lepas bahawasanya pendaftaran adalah melalui online dan salah satu keperluannya adalah "all the documents must be certified by a Professional Engineer recognised by BEM."
    Dan mereka ini yang saya faham adalah yang memegang title IR.
    Boleh tuan/puan beri maklumat di mana dan bagaimana saya ingin berurusan dengan mereka. Terima kasih in advance for the answer.

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan.

    Saya ada tengok di laman web IEM ada pendaftaran untuk Engineering Technician Member. Saya lepasan Diploma Kej. Elektronik dari politeknik. Pengalam kerja 10 tahun dalam industri semikonduktor (Elektronik). Kalau nak apply Engineering Technician Member perlu apply Graduate Engineering Technician dulu k? Tq

    ReplyDelete