Assalamualaikum WBt…
Pertama kali, Syukur Alhamdulillah ak kembali lagi dengan bingkisan hidupku sebagai seorang perantau , kisah kali ini aku paparkan sebagai pedoman hidup ak sendiri, jd kepada insan yang membaca coretan ini,semoga turut memperoleh manfaat darinya.
Tanggal 1 Januari 2012, ak telah menyertai Program 1000 JIWA,1 HATI yang diadakan di Masjid Negara, Alhamdulillah, buat kali pertama juga ak menjejakkan kaki ke rumah Allah yg merupakan khazanah Negara ini. Apa yang menariknya rata2 peserta yg menyertai program ini adalah dari golongan belia. Aku kagum dengan semangat2 yg dtonjolkan peserta yg sanggup dtg dari jauh utk menyambut tahun baru dengan penuh hikmah walhal kita tahu program countdown di Dataran Merdeka turut diadakan dengan dlmpahi keseronokan yg melalaikan..Namun ini bukan merupakan perkara pokok yang ingin ak ceritakan sebaliknya ak hanya ingin menyentuh konklusi dari salah satu program yg dsediakan yang cukup memberi makna bagiku iaitu Larian Belia yg disertai lebih 1000 org.
Jam menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi.. mata pun masih mengantuk lagi, maklumlah semalam program Qiamullai Perdana turut diadakan pihak penganjur sebelum sesi kuliah subuh yg disampaikan Imam Muda Hassan.Semua belia sedang bersiap sedia utk larian seribu belia. Disaat itu, hatiku berbisik.. “aduh, knpe la awal sangat program larian ni” sambil mengelamun betapa besarnya nikmat tidur buat masa ini. “Woi, dah ready ke? “ lamunan aku tersentak setelah ak disapa oleh sahabat ku yg trut menyertai larian ini. Belumpun ak menjawab , pihak penganjur sudah memanggil semua peserta supaya bersedia utk larian ini.
“BANG!!” bunyi tembakan bingit tersebut menandakan larian sudah bermula daripada masjid negara ke Taman Tasik Perdana. Aku bermula perlahan kerana masih lagi memikirkan mengenai masa tidur ku yg terbuang. Namun entah kenapa timbul dalam hatiku utk membuat satu analogi mengenai larian ak hari ini dengan kehidupan ak sebagai pelajar.Lantas ak mencabar diri aku utk memenangi larian ini walauapaun yang terjadi. Maka ak lajukan langkah aku dengan konsisten, ak tidak bergerak terlalu laju kerana aku tahu aku bukanlah seseorg yg cukup kuat kalau dalam bab berlari ni.Satu persatu peserta peserta ak pintas bagi membuktikan ak boleh dapatkan kemenangan jika ak berusaha.Bermula dengan jalan yang menaiki bukit, aku lihat ramai peserta mula mengalah dengan memperlahankan langkah mereka dan berjalan. Saat itu ak mula bermonolog dalaman ‘Aish, nak stop ke nak go on ni?’ namun segera semangat aku berbisik “baru sikit pun dah nak berhenti..’ maka aku truskan larian aku dengan konsisten tanpa pedulikan keadaan sekelliling.Dengan kesungguhan ak tersebut, akhirnya aku sedar bahawa ak sekarang berada di kalangan insan2 yg berada di hadapan diantara 1000 lebih peserta yang hadir. Melihatkan hanya beberapa orang sahaja dihadaan menaikkan lagi semangat aku utk trus berlari. Akhirnya samai jua ke pintu masuk Tasik perdana . Apa yang ak terkejut, seorang fasilitator lantas memberitahu aku “teruskan berlari, hanya ada 5 org sahaja lagi” wah.. x percaya ak rasa aku sekarang ini ak berada di no 6 daripada lebih 1000 org.Disinilah episod tragis bermula dimana ak mula merasakan keletihan yang teramat sangat namun hatiku kuat menyatakan “if you stop now, then it will over” maka terus ak paksa diriku utk trus berlari. Namun dalam jarak lebih kurang 800 meter lagi dari garisan penamat, mindset ak mula tewas.. Aku mula berhenti berlari dan berjalan sekejap. Dan ada waktu inilah ak dipintas oleh dua org peserta. Ak cuba berlari kembali namun dalam 5 minit berlari ak trus berjalan. Tesangat la letih ada masa itu. Setiap kali sampai je dekat checkpoint ak akan bertanya Fasi bertugas “ jauh lagi ke bang?” memg tengah Down mase tuh. Namun aku tak mahu berakhir begitu sahaja, ak x mahu menjadi hangat2 tahi ayam, aku bangkitkan balik semangat aku melihatkan seorg peserta mula berada di belakang aku. Dengan semangat aku trus berlari hingga ke garisan penamat. Sampainya disana, trus ak baringkan diri aku. Salah seorang peseta menghampiri ak menasihati aku utuk bangun. Sejurus selepas itu beliau menuturkan kata “tahniah bro, kau no8” Bagaikan tidak percaya denagn aku yang tiada bakat dalam bidang ini boleh trut memenangi larian ini. Dengan mengukir senyuman keletihan ak bergegas utk mnyejukkan badan di tangga atas sementara menunggu rakan2ku dari kolej Matrikulasi sampai. Disitu ak merasakan satu kepuasan yang amat sangat..
Bila direnungkan kembali, secara analoginya ak membandingkan larianku ini utk dialikasikan dalam kehidupan terutamanya sebagai seorang pelajar:
Kadang2 kita sebagai manusia sentiasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Kita sering mengalah sebelum berperang, takut untuk mencuba dan terlalu memandang tinggi orang lain dengan terlalu merendahkan diri kita. Aku sendiri juga begitu. Bayangkan jika semangat tidak mengaku kalah ini ak serapkan dalam menuntut ilmu, nescaya ak semestinya memperolehi kejayaan walaupun bukan di kalangan yang terbaik. Ya, selama ini semangat itu memg ada dalam hidup ak cuma ISTIQAMAH itu tidak ada. Semuanya hangat2 tahi ayam. Kerana apa? Kerana tiada rasa percaya diri bahawa “ak mampu melakukanya” Kini ak sedar selama ini minda ak begitu lemah, mudah mengalah dengan sedikit cabaran sedangkan ramai lagi sahabat sahabat srpjuangan menghadapi dugaan dalam masa yang sama mereka mampu menghadapinya. Apa yang penting kekntalan itu perlu dalam menuntut ilmu ,seandainya gagal maka bangunlah, dan teruskan berperang dengan cara yang berbeza. Jadikanlah kekentalan dalam diri ini sebagai perisai utk tidak mengalah dalam perjuangan menuntut ilmu yang merupakan salah satu canbang jihad kepada Allah S.W.T. Contohilah Billal Bin Rabbah dalam fakta sejarah menyatakan dalam kitab Sirah Al-Nabawwiyah karangan Ibn Hisham(jll. 1, hlm 317-318) menyebutkan bahawa Billal Bin Rabbah ketika diikatkan talinya di leher dan kemudiannya diletakkan batu besar di dadanya, beliau masih memerpertahankan keteguhannya terhadap Allah dgn menyebut “Ahad, Ahad”.
Oleh itu, buat rakan2 diluar sana , sama2 kita bangkit dalam menuntut ilmu dengan penuh keazaman ,kekentalan dan keredhaan Allah.Oleh itu sekian sahaja coretanku kali ini.Sekian Terima Kasih..Wassalam…
No comments:
Post a Comment