Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Saturday 17 March 2012

Mencuba itu sebenarnya sangat menarik....



Assalamualaikum W.B.T....


Berdasarkan tajuk aku kali ini, ia merupakan input yang aku dapat sepanjang 2 minggu lepas. Boleh dikatakan minggu tersebut adalah minggu yang sangat sibuk bagi aku namun Alhamdulillah banyak perkara yang aku perolehi dgn MENCUBA.Sepanjang minggu lepas selain tugasan harian menghantar assignment, lab report dan tugas2 lain utk ahli praktikum, aku turut menyertai pertandingan taekwando, terlibat dgn perlawananan Bola Tampar inter Blok dan terlibat dgn Penutupan Minggu Penghayatan Islam..
   
Taekwando

-    Taekwando? Kat sekolah dulu memang aku x pernah menceburi dalam bidang ni. Minat pun tidak, siap anti lagi (disebabkan dulu aku belajar silat) hehe.
-       Tp bila diajak seorang teman untuk mencuba masuk pertandingan taekwando di KMS ini. Timbul dalam hati ini “rasanya x salah jika MENCUBA”
-       At least dengan ketiadaan basic, team kami dpt la no2


Penutupan Minggu Penghayatan Islam

-       Bagi program ini, aku diberi tugas yang agak berat iaitu menjadi Master Of Ceremony atau dengan kata lain Pengerusi Majlis.
-       Oleh kerana di sekolah dulu aku jarang menjadi pengerusi majlis timbul rasa ingin mencuba.
-       Dengan meminta tips daripada sahabatku Harun, Alhamdulillah aku berjaya lalui dengan berjaya. Mungkin gaya penyampaianku tidak sehebat orang lain, tetapi dengan memenangi cabaran dalam diri itu sangat memuaskan hati.


Kesimpulannya, apa yang penting jangan mengaku kalah sebelum kita mencuba , hanya dengan terus mencuba kita akan mampu menggapai sesuatu impian. Aku teringat mengenai sahabtku yang mendapat 4 flat exam lepas. “Usaha biarlah setinggi bulan, seandainya ditakdirkan jatuh, sekurang kurangnya jatuh di pokok kelapa” . Maksdnya dengan berusaha, kita akan tetap berada di tahap yang tinggi walaupun bukan yang tertinggi. Fikir2kan la....

Salam....

3 comments:

  1. Kamu hebat sebagai kamu,
    Kamu tidak boleh jadi saya (sbb base sy lg matap.hehhe),
    kerana KAMU adalah KAMU..

    nice job's jeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ak dop nakap sgt mg oyap gapo... Tp terima kasih

      Delete
  2. taekwando??? ce try lwn aq ni... hahah... dh tali pnggang merah ni..huhu

    ReplyDelete