Perantau yang mengunjung

Sunday, 20 September 2015

Bergelumang dalam Politik Kampus

Assalamualaikum W.B.T

Sejak akhir-akhir ni, isu politik kampus menjadi isu yang hangat kembali disebabkan Pilihanraya Kampus yang akan berlansung di universitiawam seluruh Malaysia dalam masa terdekat ini. Antara isu-isu yang menarik perhatian:

1.Notis pembubaran mengejut Majlis Perwakilan Pelajar
2. Boikot PRK oleh Pro Mahasiswa UM
3. Calon Mahasiswa Pendidik tak dibenarkan bertanding.
4. Toreh Menoreh di UKM
4. Dan banyak lagi isu-isu kecil yang tak perlu saya tulis.

Namun seperti biasa, UTeM seperti tiada apa-apa kehangatan bila disebut berkenaan politik kampus ini. Nak kata pelajar tidak mengambil tahu mengenai pimpinan pelajar tidaklah juga, mungkin suasana "teknikal" dan ├źngineering" yang agak tidak ''serasi'' dengan politik inilah yang menyumbang kepada situasi sedemikian.

Bagi saya tidak adil untuk menghukum calon-calon yang bertanding di UTeM sebagai Pro-Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa. Mahasiswa kita sekarang ni biasalah, ambil gambar dengan menteri kena cop Aspirasi, ambil gambar dengan Adun pembangkang kena cop Pro-M walhal kesemua itu lansung tidak berkaitan. Biasanya saya abaikan dan biarkan mereka bermain persespi.

Sungguh, penat untuk menjawab bila UTeM antara universiti yang tidak mempunyai pro-A dan pro-M. Sesetengah orang kata itu satu kemunduran walhal itu satu peluang dan keunikan dan rasanya perlu dikekalkan. Konsepnya senang di UTeM, MPP tidak dihalang untuk menyokong mana-mana parti selagi tidak mencampurkan adukkan ia dalam sistem pendidikan universiti. Cakna tapi jangan obses.

Saya mengharapkan kepimpinan MPP akan datang jauh lebih baik dari sekarang.

2 comments:

  1. Salam..nk tnye..bro study kat uthm in eng. technology ke? Kos 2 boleh tolak jam kredit ke klu sy dri poli?

    ReplyDelete
  2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan Hub: 0852-9827-5599 atau kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB


    ReplyDelete