Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Monday, 17 September 2012

Jejaka yang hampir tewas kerana CINTA(kisah Benar)


“Jangan sesekali tewas dengan masalah percintaan”

Kisah ini merupakan kisah benar seorang kenalan aku yang lebih tua yang diceritakan kepadaku untuk aku jadikan pengajaran.Dan dengan mendapat kebenaran beliau,rasanya sesuai untuk diceritakan untuk dijadikan iktibar pada semua pembaca.

Mengisahkan seorang jejaka yang menyambung pelajaran ke luar negara kalau kat London. Beliau merupakan seorang pelajar yang berprestasi tinggi tak kurang tinggi juga akhlaknya. Sebelum menyambung pelajaran ke luar negara , beliau telah menyatakan perjanjian dengan kekasih hatinya untuk sama sama setia antara satu sama lain walaupun berjauhan antara benua.

Selama berjauhan ,jejaka tersebut masih merasakan kebahagiaan berbekalkan kerinduan kepada kekasih hatinya walau cuma berbalas e mel sahaja. Beliau yakin kekasih hatinya itu seorang yang setia.  Namun, tidak selama selepas itu, beliau merasakan hubungan mereka semakin hambar. Emel yang dikirim hanya berbalas sekali seminggu bahkan kadang kadang lansung tidak berbalas. Pada fikirannya mungkin kekasihnya itu sibuk. 

Ibarat mengharapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, akhirnya beliau mendapat tahu bahawa kekasihnya itu sudah lama curang kepadanya. Bayangkan betapa sakit dan sedihnya hati beliau bila mendapat tahu kesetiaan selama ini lansung tidak dihargai. Beliau lansung tidak dapat fokus dengan sesi pembelajaran yang sedang diikuti.Fikiran kusut dan menjadi tidak keruan. Barulah beliau tahu beginilah bagaimana rasanya putus cinta. Ketika pengajian berbaki  tiga tahun sahaja lagi, beliau buntu mampukah beliau meneruskan dengan keadaan beliau sekarang.


Lebih 6 bulan berlalu, si ibu kepada jejaka tersebut berasa hairan apabila lansung tidak menerima panggilan daripada anak terunanya. Terkejut bukan kepalang si ibu apabila mendapat tahu bahawa anaknya sudah  5 bulan berhenti belajar di kota London pulang ke Malaysia.Dengan bantuan beberapa sahabat jejaka tersebut, akhirnya si ibu berjaya menemui anaknya di rumah sewa yang mana kehidupan anaknya dilihat jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dengan keadaan beliau yang tidak terurus dan kelihatan tidak betul(mungkin kerana tekanan), sayu hati ibu  melihat anaknya yang dulu seorang yang berpelajaran.Akhirnya si ibu membawa pulang jejaka tersebut ke rumah untuk ‘diubati’ dengan sesi kaunseling dan pengisian rohani secukupnya.

Alhamdulillah, sekarang ini jejaka tersebut berada di tahun akhir di UNIKL dalam bidang kejuruteraan. Akhirnya beliau mampu bangkit kembali setelah hampir ditewaskan sesuatu yang dirasakan membawa kebahagiaan tapi membuatnya merana. Sesuatu  dipanggil CINTA. Walaupun beliau berasa sangat rugi dengan masa lampau namun jauh di sudut hati terbit rasa syukur kerana Allah memberi peluangnya bangkit setelah beliau merasai keperitan cinta.

Cinta manusia mudah hilang tetapi cinta Allah kekal selamanya

10 comments:

  1. bukan semua manusia bernasib baik untuk berkahwin dengan insan yang mereka cinta dan telah lama berkenalan.

    ReplyDelete
  2. semuanya berlaku ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah .. semua ni sebab cinta je ..

    ReplyDelete
  4. tu lah akibat terlalu tinggikan cinta..cinta melebihi tuhan..akhirnya tuhan tarik jugak nikmat cinta..nasib baik tuhan gantikan dgn kekuatan semangat utk bangkit hidup semula..nice sharing..boleh diambil jadi pengajaran..thanks..:-)

    ReplyDelete