Sejak akhir akhir ini aku banyak menerima khabar berita dari sahabat sahabat yang putus cinta.Tidak kiralah lelaki atau wanita sekalipun, pastinya pengalaman putus cinta itu mungkin memeritkan. Kalau selama ini, hidup mereka rasa sempurna namun setelah berlaku perpisahan, kehidupan tersebut dirasakan kosong.Jadi meh aku nak berkongsi kemana untuk mengadu setelah putus cinta mengikut markah yang patut dan tak patut.
Mengadu atau merayu pada kekasih lama.Markah: (10%) gred Fail
petikan dari Pak cik Google |
Mengadu kepada Facebook (30%) gred Gagal
Juga dari Pak cik Google |
Mengadu kepada sahabat (70%) gred Bagus
Sebenarnya ia bergantung kepada sahabat kita sendiri. Sesungguhnya bertuah la bagi mereka yang mempunyai sahabat yang baik dan sudi mendengar masalah. Tapi awas jika tersilap mengadu kepada kawan yang khianat, silap silap esok lusa cerita anda putus cinta akan bertebaran merata rata tempat. Berceritalah kepada sahabat sahabat yang soleh,baik pekerti kerana mereka akan bawa kita kearah ketenangan dan kegembiraan. Cuma aku tak galakkan sangat untuk bercerita masalah putus cinta kepada rakan berlainan jantina. Bukan ape, syaitan beb! bila bila mase je makhluk buduh tu boleh cucuk mung supaya kononnya jatuh hati kepada rakan tersebut menyebabkan membawa kelalaian kembali.
Mengadu kepada keluarga 80% gred Cemerlang.
Keluarga memainkan peranan utama |
Mengadu kepada ALLAH S.W.T (100%) Full Mark
Percayalah , ini merupakan tempat terbaik untuk kita sebagai manusia mengadu. Hati tidak akan terasa kosong bahkan sentiasa dipenuhi dengan ketenangan yang berbeza. Andaikata terlalu sedih dengan segala bentuk perpisahan ,bersujudlah kepada Allah S.W.T. Berfikirlah positif bahawa Allah menjadikan perpisahan anda dengan si dia adalah supaya anda kembali mencintai Allah S.W.T dan rasulNya setelah selama ini kita tersesat dengan kebahagiaan palsu bersama kekasih.
Ingatlah bahawa :
Belajarlah untuk menerima dengan hati yang terbuka. Sama sama mencari dimana cinta yang asal yang telah lama kita tinggalkan selama ini iaitu Allah S.W.T.
Rasulullah saw:
Peumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingatiNya adalah sepeti orang yang hidup dengan orang yang mati.
(Hadis Riwayat Bukhari)
terbaik la encik nizam :) hehehe.
ReplyDeletetenkiu.. cik myza bila nak update haha
DeleteHai! Jalan sini baca entri & FOLLOW sekali :) Jumpa link dalam Grup Blogger Tegar! Keep in touch ^_^
ReplyDeletehttp://engkumuzahadin.blogspot.com/
ok..tq jenguk
Deleteyeayyy..yaya dpt full mark! hehe..
ReplyDeletebetul..mengadu dengan Allah shj yg boleh wat kita tenang..
kita mengadu mcm2 ttg mslh kita,DIA sentiasa mndengar..dan
lebih mengetahui ttg apa yg kita sdg rasa dan lalui..tp kalo
mgadu dgn manusia..wat pe..
hmmmm... =)
Tahniah cik yaya, semoga terus meneruskan mantai markah fullmark tersebut
Deletepilih je yang mana . yang penting betul .
ReplyDeletedan seelok2 nya pilih yang tepat . kan ? :)
Btoi tu cik pensil..kita memang seprndapat
Deletesaya?
ReplyDeleteawak jejaka hensem..tdak perlu risau
DeleteKawan, family dan DIA YANG MAHA MENGETAHUI..
ReplyDeleteYuupp.!! betul tuu, putus cinta bukan kiamat punn..
ayuh cari cinta sebenar..selamat berjaya
Delete