Perantau yang mengunjung

Monday, 7 July 2014

Engineering bukan untuk wanita?

Assalamualaikum W.B.T

Eh, sekejap. Sebelum saya diserang dengan komen-komen kaum hawa yang berada dalam ''lingkungan" kejuruteraan, jangan risau.. topik perbincangan ini akan saya kupaskan dengan adil dan penuh hikmah. Tujuan 'post'ini juga ingin menjawab persoalan seorang pembaca yang inginkan respon berkenaan hal ini.


Pertama sekali, saya mahu para pembaca tahu, dimana-mana Universiti pun, kalau bidang kejuruteraan sememangnya akan dipelopori kaum lelaki dan perlu juga anda ketahui setiap perkara didunia ini ada pro dan kontra tersendiri. Baiklah, tidak mahu menaip panjang, kita pergi satu persatu jawapan kepada soalan saudari tersebut.

Soalan 1:
Mampukah wanita untuk membuat kerja-kerja praktikal?

Untuk soalan ini, pastinya wanita mampu. Cuma rata-rata wanita diakui memang agak kurang dalam bidang teknikal. Samaada ia diterjemahkan melalui mentaliti masyarakat mahupun keyakinan wanita itu sendiri. Setiap orang berbeza potensi, tak boleh menilai melalui gender semata-mata. Ada je sahabat saya terdiri kaum wanita hebat dalam bidang kejuruteraan, bahakan melebihi saya sendiri pun ada. Kagum.

Soalan 2 :
Apa peluang pekerjaan untuk bidang ini?

Banyak sebenarnya tapi nak list semua macam malas. Google la ye. Bila dah masuk engineering pun, tak semestinya jadi jurutera, jadi Lecturer pun boleh. Ramai sekarang ini hanya belajar semata-mata untuk kerja. Its not work for money, but let the money work for you. Belajarlah dengan seronok dan penuh keihkhlasan dan percaya pada rezeki ketentuanNya.

Soalan 3 :
Bidang kejuruteraan apa sesuai untuk wanita?

Berkenaan ini, saya berbalik pada paksi asal.. sesuai atau tidak bergantung pada individu bukan pada gender. Tapi berdasarkan pengalaman belajar di Universiti, bidang kejuruteraan mekanikal adalah bidang yang paling kurang popular dalam kalangan wanita berbanding dengan kejuruteraan awam, kejuruteraan pembuatan, Elektrik , IT atau sebagainya. Mungkin nisbah ini turut mengaitkan dengan kesesuaian wanita tidak sesuai untuk mekanikal? Mungkin kut sebab biasanya wanita mekanikal ini selalu dikaitkan dengan perkataan ''tough'' haha

Jadi macam nilah, saya senaraikan PRO-dan Kontra secara ringkas.

Kebaikan
1) Anda mampu membuktikan wanita itu bukanlah lemah terutamanya dalam bidang engineering.
2) Tentunya, kerjaya ini menjanjikan pulangan yang berbaloi.
3) Bidang engineering ini luas, InsyaAllah tidak sempit untuk wanita.'
4) Wanita Engineering sebenarnya akan lebih berdikari
5) Err, lebih cepat bertemu jodoh kut, sebab lelaki ramai. Hensem pulak tu hehe.

Kontranya
1) Pasti ada kesukaran dari segi menggunakan kudrat wanita. 
2) Tidak sesuai buat wanita yang ingin tampil elegan.
3) Bila selalu bergaul dengan lelaki ni, ramai je yang cultute shock nanti.
4) Mentaliti masyarakat dan majikan yang sentiasa set "wanita ni lemah"

Kesimpulannya:

Allah S.W.T mengurniakan otak yang sama kepada setiap manusia tanpa membezakan lelaki atau wanita. Bezanya usaha. Kalau usaha luar biasa, luar biasalah kita akan dapat dan sebaliknya. Namun, tak semestinya keadaan itu terjadi kat semua situasi. Ada juga kita berusaha dah habis daya, tapi kejayaannya tak adalah tinggi mana (itu mungkin pandangan kita secara logiknya). Tapi sebenarnya, DIA bagi lebih daripada itu. Dia nak kuatkan kita menjadi Muslim yang kuat dalam semua aspek (muslim macam ni yang DIA suka). Mungkin kat tempat kerja nanti situasi yang lagi sukar untuk kita hadapi, dan DIA telahpun menguatkan kita awal-awal lagi. Dah elok DIA rancang kan. ALLAHu'alam, 

p/s: Saya cuma insan yang lemah, jadi saya mengharapkan para pembaca untuk melontarkan pengalaman mahupun ilmu berkenaan topik ini di ruangan komen. Mungkin berguna untuk pembaca lain. Terima kasih.

30 comments:

  1. tetibe rase takot pulak bila tahu saya dpt degree dlm mechanical engineering..org ckp mechanical ni tak sesuai utk prempuan..dah hampir patah smngat dah ni..haha..tp after bce blog ni..terfikir jgk..rezeki masing2 kan..bukan bgntung pade gender..huhu..btw,,1 september 2014 ni dftar dkt UTeM dalam bidang kejuruteraan mekanikal..doakan moga bukan saya sorang perempuan yg ade dlm kelas ek..haha..cuak giler kott

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat reply. Selamat belajar di UTeM

      Delete
  2. Assalamualaikum,abg.Saya minat dlm bidang jurutera dan saya sekarang ni belajar di kolej matrikulasi Perlis.Saya selalu dengar kalau ambik kejuruteraan awam untuk wanita ni mmg susah nak dpt kerja.Jadi saya musykil sama ada nak teruskan cita2x saya ni ataupon tidak.Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam, kalau diikutkan sekarang ini majoriti mengambil jurusan kejuruteraan awam adalah kaum wanita. Jadi, mungkin itu yang menjadi faktor masyarakat mengatakan wanita susah nak dapat kerja dalam bidang ini. Sebenarnya berbalik pada pucuk pangkal asal, untuk berada dalam persaingan, bagaimana awak develop diri awak, softskill, akademik dan kesungguhan. InsyaAllah boleh berjaya :)

    ReplyDelete
  4. asslmkm..saya lepasan spm2014..tgh tggu result keluar march ni.fuhh.berdebar rasanya..saya berminat dlm bidang elctrcl eng..bila membaca blog blog kat mr.g..ada yg cakap bidg elctricl eng ni sush brbnding bidg eng yg lain..mohon pndapat drpd yg lbih arif.:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...nak tanya..slalu nya kalu nak jadi eng,kena kredit subjek apa jer ya...saya punya result bi dlm spm D..agak2 lepas x kelayakan nya..saya nak amik kos eng automotif..pastu nanti kalu nak keje...katanya dia x amik pompuan...btol ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk automotif, memang more kepada lelaki. Bukan setakat pekerjaan, masa pembelajaran pun saya lihat agk kureng sesuai. Tapi kalau mekanikal lain still ok

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Askum .. Sy dpt twarn dlm dip. Of engineering technology in production .. Sy sbnrnye x pnah pkir pun nk ambk bidg ni .. N sy trime dgn azam nk pupuk minat .. Sy cume nk btnye kt sdare , mcmne care keje dlm course ni ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanya saya pasal kerja bidang ni, maaf saya kurang arif. Tapi, berkenaan "tak pernah terfikir pun nak ambik bidang ni"... kita sama. sy pun tak pernah terfikir nak ambil bidang saya belajar sekarang. InsyaAllah redha, ikhlaskan hati dan tanamkan minat.. kamu mampu pergi jauh.

      Delete
    2. assalamualaikum saudara . sy skrg beljar dlm engineering tech nology in production kt unikl .. tapi ad beberapa prkara yg buat saya nak berhenti je dr bljar course ni .. hari ni baru sem 1 hari pertama .. seblum ni dah 2 bulan shortsem .. bleh saudara email sy .. ada perkara yang saya nk mintak pendapat personally .. mohon bantu ya . ainsyafika2108@gmail.com

      Delete
  9. Saya umur 21 tahun dan seorang wanita..berkelulusan Diploma in Tourism Industry... terfikir untuk sambung belajar sebab peluang kerja dalam bidang ni agak susah... Jadi ingat nak start balik dari bawah ambil skm terus dkm dalam bidang mechatronic engineering..rasanya masih belum terlambat kan...sebab da minat sangat ni... lagipun cita-cita dari kecik nak kerja sebagai seorang jurutera atas kapal...agak2 makan masa sangat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pun sebenarnya. Bergantung pada diri. Sbb sy sendri rsmsi sahabat yg bermula kembalipada umur 22 tahun.

      Delete
  10. Salam saudara. Mana yg lebih sesuai utk girls..applied sc (chemistry) or chem engineering??? And how about both career prospect. Lagi satu..adakah nama universiti memainkan peranan bsr semasa memohon kerja nanti?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,sy skrg d mtrikulasi, sy brmnat dgn aeronautik. Prsoalnnya,bdag nih trlalu brat kah buat pljar prmpuan. Sy mmg mnat tp bmbag tkut buat kputusn yg slah

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,sy skrg d mtrikulasi, sy brmnat dgn aeronautik. Prsoalnnya,bdag nih trlalu brat kah buat pljar prmpuan. Sy mmg mnat tp bmbag tkut buat kputusn yg slah

    ReplyDelete
  13. Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan mekanikal (sistem pertanian) ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. sy pun dpt kos yg sama di unimap. Dan skrg masih sangat blur tentang kos ni. Takut pun ada (>_<。) 😥

      Delete
  14. saya skang ambil degree mechanical engineering. alhamdulillah okay so far. yep ygg penting usaha and cuba berdikari sendiri kalau buat praktikal. jangan harapkan lelaki je. and please girls jangan dok tergedik gedik bila nampak laki. berbulu mata nengok nyew. p.s saya pompuan

    ReplyDelete
  15. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan Hub: 0852-9827-5599 atau kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB


    ReplyDelete
  16. salam saya nak mintak pendapat dan nasihat sikit. saya perempuan dan lepas diploma kejuruteraan mekanikal. saya ada membuat permohonan kemasukan melanjutkan pelajaran ijazah dalam bidang kejuruteraan aeronatik. apa pendapat dan nasihat awak untuk saya teruskan pengajian dalam bidang ini dan bidang kerjaya. terima kasih

    ReplyDelete
  17. Salam sya nk tnya pasal biomedical engineering.. OK ke klu sya in ambik course tu? Sbb sya ada Google yg diorg kata course tu susah nk dpt keje..Tp mostly post dari tahun 2011/12.. so sya nk tnya skrg ni msia memerlukan ke org yg ambik course ni??

    ReplyDelete
  18. saya dapat diploma mechanical engineering (pembuatan)

    ReplyDelete
  19. Saya dapat dip mechanical eng. pertanian kat kelantan.agak2 ramai perempuan tak

    ReplyDelete
  20. Saya dapt kos diplom kejuruteraan mekanikal (rekabentuk produk) di poli dan kos ni sesuai tak untuk perempuan? Dan ramai ke pelajar perempuan yang mengambil kos ni?

    ReplyDelete
  21. Saya dapat course civil engineering di poli. Nak tanya course ni sesuai tak untuk perempuan ? And lagi satu nak tau lifestyle nanti time kerja. Kalau dapat yg kene site nanti, kalau boleh nak elak, memang nak elak tapi kalau mcm kes org hulur duit ni rasanya takkan lari. Semua kerja ada risiko sendiri ye betul. Tapi sangat2 nak tau lifestyle untuk mintak keje and time dah bekerja. Sebab sekarang tgh confuse untuk pilih course pharmacy atau engineering. Mintak tolong bagi penjelasan secepat mungkin terima kasih assalamualaikum

    ReplyDelete