Perantau yang mengunjung

Friday, 1 May 2015

Masih cuba mengikis

Assalamualaikum W.B.T

Mahu berubah.
Karat Jahiliyyah masih keras melekat.
Aku cuba mengikis sedikit demi sedikit.
Namun, ianya tak semudah itu.

Ada ramai insan-insan memerhati.
Setitik bekas karat dicanang-canang.
Ya, kerana mereka soleh-solehah.
Mungkin tidak pernah berkarat.

Aku tidak kisah dihukum,
jauh sekali tidak kisah dilabel,
Juga tidak kisah dianggap tidak setaraf.
Kerana masa laluku adalah justifikasi utuh,
Sebab kenapa aku masih berdiri.

Masih cuba mengikis.

Nahhh, jangan takut masa lalu. Pandang depan dan jalan terus

2 comments:

  1. WAALAIKUMUSSALAM.
    SELAMAT PAGI. SETIAP INSAN TIDAK SEMPURNA. BIARLAH APA JUA PANDANGAN INSAN LAIN TERHADAP KITA, YANG PENTING KITA TAHU SIAPA DIRI KITA. BIASALAH DALAM KEHIDUPAN, SENTIASA NAMPAK KEKURANGAN INSAN LAIN TANPA TAHU AKAN KEKURANGAN DIRI SENDIRI. SABAR DAN TABAH DALAM APA JUA UJIAN.

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete