Assalamualaikum W.B.T,
Dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab saya yang tidak
sempurna penuh lubang-lubang jahiliyyah ini, sesungguhnya banyak “rakan
seperjuangan” yang mempunyai persamaan dalam ingin membantu mahasiswa dan menegakkan
kebenaran.
Namun, terkilan menyelubungi ianya sekadar pejuang di alam maya.
Dengan erti kata mudah Pahlawan Kekunci atau femesnya “Keyboard Warrior”.
Dalam perjuangan mahasiswa, kita perlukan Keyboard Warrior
untuk:
- Mengkritik untuk memperbetulkan diri pimpinan mahasiswa.
- Mencari solusi bukan sekadar mengkritik.
- Mengetahui fakta solusi yang diberikan.
Tak lain tak bukan, pimpinan mahasiswa Universiti memerlukan
pejuang-pejuang kekunci ini untuk turun padang sama-sama membantu kritis secara
lansung tanpa perlu berselindung bagi mempermudahkan memperbetulkan kesalahan
pimpinan.
“Kami tak akan tonjolkan identiti kami, kerana kami tahu
universiti tidak telus dan boleh mendakwa kami”
Study AUKU, Study Perlembagaan. Nescaya kita tidak akan
takut sewenang-wenangnya. “Culture of Fear” dan “Culture of Silence” perlu
dikikis. Kerana itulah kita perlukan Keyboard Warriors kerna mereka miliki
minda perubahan namun sedikit budaya ketakutan menghalang intelektual mereka.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNice opinion actually you got there.
ReplyDeleteMungkin satu kekurangan penulisan artikel ini berasaskan situasi yang berlaku di Universiti saya. Kami tidak ada istilah pro Aspirasi dan pro Mahasiswa yang menyebabkan adanya "so called" perbezaan fikrah. But yes, sekatan itu ada tapi boleh digubah melalui sedikit ''trick'' untuk elak sekatan. Yes, mungkin kami berbeza.
Berkenaan faham dengan situasi mahasiswa bawah. Saya pernah berada dibawah. Saya pernah menjadi keyboard warrior yang tegar. Pernah juga berbahas dengan pegawai HEP atas sekatan program sehingga sekarang sekalipun terutamanya melibatkan integriti wang sehingga berjam-jam lamanya. Tapi, prinsip saya mudah, bagaimana kita survive bekerja dengan keadaan pentadbiran yang kita tidak digemari.
Contoh, hantar petisyen. Itu memang amatlah kami gemari yang bermaksud mahasiswa cakna kebajikan. Cuma saya tidak faham, kenapa tidak dilalui wakil pelajar. Adakah kerana perbezaan fikrah? For me, when it comes about student welfare, just "devil" that different ideologi (baca:abaikan perbezaan fikrah haha). Malangnya cabaran keadaan disini, pelajar masih ''kurang berani'' untuk tandatangan petisyen. Taip papan kekunci lagi seronok kut. Seronok dengan 3K semata-mata. Kafe, kelas, katil. Yes, kami masih kurang kesedaran berbanding keadaan di kampus anda. (kampus mana ye saudari ni?) Wallahualam.
Saya tidak salahkan mahasiswa sepenuhnya, saya pernah berada ditempat mereka saat pimpinan mahasiswa kami hanya bersama menteri-menteri mengangkat bendera kerajaan atau mereka yang membantah AUKU di jalanan semata-mata, sehingga perjuangan terabai. Persepi terhadap pimpinan mahasiswa agak rendah sehingga sekarang tembok itu sukar diroboh.
Yes. AUKU tiada apa sebenarnya yang menyekat kebebebasan akademik hanyalah peraturan universiti.Saya tidak kisah dikritik, cuma kritikan kepada yang salah sebagai contoh
''apasal kena bayar yuran mahal, stupid HEP"
sedangkan isu yuran berkaitan dengan pejabat Bendahari. Macam yang saudari katakan ianya lebih kepada adab dan akhlak. Kalau ditanya dibawa kepada level atau tidak, yes ada fakta yang kukuh memang dibawa ke level seterusnya hatta kepada ketua menteri sekalipun. Biarpun tiada atau lambat tindakan diambil, atleast pentadbiran tahu kita bukan lembu yang mengikut atau pembaling batu di mukabuku sahaja.
Terima kasih untuk lontaran pandangan. Doakan kami MPP UTeM untuk tidak tergelincir dalam sungai ketirisan dan ketidaktelusan integriti.
Sekian.
Mahasiswa marhaen,
Mantan keyboard warrior yang berjuang mainstream.