Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, usai solat tarawih di masjid kampung, saya
lihat begitu ramai manusia-manusia yang jarang saya lihat. Barakah Ramadhan
atau memang selalu masjid kami ramai macam ni dan mungkin kerana saya masih
kurang berjemaah di masjid kut sehingga masih kurang mengenali sosok-sosok
tubuh yang hadir. Muhasabah diri.
Selepas sahaja tamat tarawih, pengerusi masjid sempat
membuat beberapa pengumuman. Biasalah berkaitan iftar jamiee dan kuliah subuh
yang menjadi aktiviti ruji masjid kami. Namun, pengumuman ketiga agak menjentik
hati saya.
“Untuk makluman para Jemaah, segala makan-minum untuk waktu
berbuka puasa bagi AJK-AJK masjid bukanlah dari wang sumbangan/derma mingguan
para Jemaah sebaliknya mengunakkan duit poket ajk-ajk sendiri”
Pelik bukan? Sepatutnya pengumuman seperti ini sudah tidak
perlu. Ianya dibuat hanya kerana adanya jemaah-jemaah sakit yang mempersoalkan
dan memfitnah AJK-AJK menggunakan duit tabung masjid untuk berbuka.
Pada hemah saya, AJK-AJK Masjid yang berbuka puasa di masjid
sudah banyak bekorban untuk tidak berbuka puasa bersama keluarga bagi
mengimarahkan masjid bersama imam dan bilal dengan berbuka puasa bersama-sama.
Amatlah tidak patut mereka diperlakukan sebegitu. Sungguh, mereka orang-orang
kuat menghadapi dugaan. Tahniah.
Kita berada dalam masyarakat sakit. Budaya melabel, dengki,
fitnah-memfitnah dan serkap jarang menjadi barah dalam majoriti masyarakat
sehingga melahirkan Jemaah-jemaah masjid yang sakit. Generasi kita perlu
mengubah perkara ini. Ya. Kita mampu, bermula dari hati dan minda kita.
No comments:
Post a Comment