Sebenarnay sudah lama, isi hati terbuku untuk menyampaikan pandangan di dada akhbar. Mungkin kerana status "lalang", aku jarang dapat peluang untuk menyampaikan. Hari ini tengok, tulisan diri ini, tanpa melalui tapisan universiti berjaya muncul di dada akhbar. Alhamdulillah. Sedikit sahaja disunting.
Mahasiswa Agen Masyarakat, Moga bermanfaat.
Mahasiswa Agen Masyarakat Lesu?
Umum mengetahui bahawa mahasiswa begitu sinonim dengan
peranan sebagai agen masyarakat sebagai ikon intelektual kepada masyarakat.
Sejenak menelusuri alam kehidupan mahasiswa yang bergelumang dengan kesibukan
tugasan belajar selain perlumbaan mengejar CGPA tertinggi, secara tidak lansung
menjarakkan jalan-jalan penyambung intelektualisme yang memberi manfaat keapda
masyarakat. Realitinya, ikon masyarakat kini kian lesu.
Peranan mahasiswa terhadap pembangunan masyarakat dilihat
berkait rapat tidak kiralah dinaungi mana-mana gerakan mahasiswa yang berbeza
fahaman politik sekalipun mempunyai sandaran atau visi tersendiri dalam
memanifestasikan manfaat kepada masyarakat. Perlumbaan antara gerakan-gerakan
mahasiswa yang berbeza ini sedikit menyumbang kepada limitasi manfaat mahasiswa
kepada masyarakat. Sesungguhnya, sinergi utuh dalam kalangan gerakan-gerakan
mahasiswa yang berbeza mampu menggerakkan kembali kegemilangan mahasiswa
sebagai ikon masyarakat yang progresif.
Mendalami pendefinisian mahasiswa agen masyarakat, saya
meletakkan kefahaman kukuh bahawa ianya tidak patut ditunjangi mana-mana parti
politik dan dikongkong dengan birokrasi pentadbiran universiti bahkan ianya
lebih efektif dipelopori mahasiswa yang sedar akan kepentingan peranan mahasiwa
ini.
Hal ini berasaskan dengan senario sekarang yang menunjukkan
segelintir mahasiswa yang “letih” setelah merasakan diri sebagai alat politik
dan terikat dengan birokrasi universiti saat mereka ingin berkhidmat sebagai
agen intelektual masyarakat. Saya berpandangan agen masyarakat bukanlah satu
alat mana-mana politkus untuk menyebarkan ideologi masing-masing namun dampak
kerana persepsi sebegini rupalah menjadikan mahasiswa lebih senang dengan
kelas, katil dan kafe sahaja.
Kelesuan mahasiswa sebagai agen masyarakat seharusnya tidak
dipandang enteng. Kita tidak mahu melahirkan bakal-bakal pemimpin yang hidup
dalam dunia sendiri, jauh untuk peka kemaslahatan masyarakat. Universiti
sepatutnya menjadi medan latihan yang progresif melahirkan agen masyarakat yang
unggul
Prinsip mahasiswa agen masyarakat juga jelas. Memberi seribu
satu manfaat kepada masyarakat kearah pembentukan permikiran masyarakat minda
kelas pertama. Tanggungjawab dalam menyampaikan aspirasi atau kemana hala tuju
kejayaan sesebuah negara bukan hanya jatuh kepada kerajaan pemerintah
semata-mata bahkan turut didokong oleh mahasiswa-mahasiwa yang jelas
matlamatnya. Lesu atau penat menjadi alasan dan retorik semata-semata dalam
melahirkan mahasiswa agen masyarakat unggul.
Natijahnya, kita mahasiswa sudah perlu bangkit dari kelesuan
yang sudah lama berlarutan. Masyarakat perlukan kita sejauh mana kita perlukan
masyarakat untuk kita aplikasikan modal insan secara praktikkal bukan lagi
sekadar teori. Ayuh mahasiswa, kita jadi agen masyarakat unggul.
*terima kasih cikgu BM, MRSM BESUT
No comments:
Post a Comment