Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday 21 July 2015

Aidilfitri

Assalamulaikum W.B.T

Rasanya Syawal kali ni agak bermakna dan meriah buat diri saya dan keluarga. Maka biarlah diri ini menyimpan album memori di laman blog kepunyaan diri.

keluarga kami

selfie sikit

Sepupu-sepupu keluarga belah ayah

Sepupu perempuan di Jerteh keluarga belah ayah

Sepupu di Kampung Kota Bharu

Hero dan Heroin keluarga kami
Semoga dapat bertemu lagi Ramadhan dan Syawal pada masa akan datang.

Sunday 12 July 2015

Label Sekeping Gambar

Sekeping gambar, Selamanya Dilabel.

Satu atau dua minggu lepas, ‘notification’ muka buku saya menyatakan perkhabaran yang kurang menarik.

Saya ditag bersama “Poster menyokong Najib Razak” dilampirkan dengan ayat-ayat manis berbaur islamik kononnya kut. Dalam kemelut politik negara ini, bukan saya mengiakan tuduhan terhadap Perdana Menteri bahkan juga tidak menidakkan. Cuma saya lebih memilih untuk menjadi pemerhati sebagaimana saya turut menjadi pemerhati terhadap tuduhan yang dikenakan pada pemimpin-pemimpin pembangkang.

(Baca Pemerhati: Tidak menyebarkan spekulasi atau mengulas mengkhinzir buta pada masa yang sama sering mengikuti perkembangan)

Awalnya, fikir nak padam atau remove tag sahaja. Namun, terfikir untuk bereksperimen dengan rakyat-rakyat media sosial. Saya biarkan seminggu. 7 orang mesej privasi tanya soalan-soalan begini :
“Asal hang campur kemelut politik?”
“Seriously sokong PM yang korup?”
“bla, bla, bla…”

Maka mudah sahaja jawapan saya, adakah saya yang menulis? Krik, krik, krik.

Dan saya cuba memahami keadaan penulis, meraikan pandangan beliau. Dan saya faham apa yang ditulis media sosial bukanlah ‘dari permikiran beliau’. Satu kempen cybertroopers oleh golongan-golongan tertentu. Namun nasiblah, manusia berhak menghukum walau hanya kerana sekeping gambar. Label lah apa-apa pandangan sekalipun. Saya sudah biasa dilabel dan saya tak kisah kerana saya ada ramai insan-insan di alam realiti yang mempercayai prinsip apa yang saya dukung.
Sekurang-kurangnya saya hormati bagi insan yang bertanya terus kepada saya. Berani dan jelas. Pendam dan bermain persepsi? Teruskan. Tiada masalah.

Oh ya, kalau tanya patutkah Perdana Menteri meletak jawatan? Jawab saya, bergantung pada kepercayaan rakyat. Hmm, berdasarkan pemerhatian di laman sosial ternyata sokongan rakyat kian pudar.  Fikir-fikirkan sendiri la. (Letak je la jawatan dah orang tak percaya)


Dengan konflik yang ada sekarang tidak ada parti yang boleh mendabik dada memegang amanah rakyat untuk PRU 14. Baik parti kerajaan mahupun pembangkang. Kedua-duanya perlu buktikkan sesuatu.

Saturday 4 July 2015

Jemaah sakit

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, usai solat tarawih di masjid kampung, saya lihat begitu ramai manusia-manusia yang jarang saya lihat. Barakah Ramadhan atau memang selalu masjid kami ramai macam ni dan mungkin kerana saya masih kurang berjemaah di masjid kut sehingga masih kurang mengenali sosok-sosok tubuh yang hadir. Muhasabah diri.


Selepas sahaja tamat tarawih, pengerusi masjid sempat membuat beberapa pengumuman. Biasalah berkaitan iftar jamiee dan kuliah subuh yang menjadi aktiviti ruji masjid kami. Namun, pengumuman ketiga agak menjentik hati saya.

“Untuk makluman para Jemaah, segala makan-minum untuk waktu berbuka puasa bagi AJK-AJK masjid bukanlah dari wang sumbangan/derma mingguan para Jemaah sebaliknya mengunakkan duit poket ajk-ajk sendiri”

Pelik bukan? Sepatutnya pengumuman seperti ini sudah tidak perlu. Ianya dibuat hanya kerana adanya jemaah-jemaah sakit yang mempersoalkan dan memfitnah AJK-AJK menggunakan duit tabung masjid untuk berbuka.

Pada hemah saya, AJK-AJK Masjid yang berbuka puasa di masjid sudah banyak bekorban untuk tidak berbuka puasa bersama keluarga bagi mengimarahkan masjid bersama imam dan bilal dengan berbuka puasa bersama-sama. Amatlah tidak patut mereka diperlakukan sebegitu. Sungguh, mereka orang-orang kuat menghadapi dugaan. Tahniah.


Kita berada dalam masyarakat sakit. Budaya melabel, dengki, fitnah-memfitnah dan serkap jarang menjadi barah dalam majoriti masyarakat sehingga melahirkan Jemaah-jemaah masjid yang sakit. Generasi kita perlu mengubah perkara ini. Ya. Kita mampu, bermula dari hati dan minda kita.