VERSUS ORGANIC CHEMISTRY
Terkebil kebil aku memandang ke arah buku tutorial dimana 40
minit berlalu tanpa aku menyentuhnya.Soalan pasal organic Chemistry lagi... Aduh,
kenapa la sukar sungguh untuk aku “jatuh cinta” kepada Organic Chemistry. Cyclohexene,Methlbenzene,
Halogenation, dan lain lain definisi
cukup memeningkan kepalaku.Memang sejak aku berada di Tingkatan 5 lagi,
memang subjek yang ada kaitan dengan biologi walaupun sedikit agak sukar untuk
aku follow up
Namun Alhamdulillah aku telah terpilih mengikuti program
KIMI’O’ iaitu program khas untuk para pelajar bagi menguasai Organic Chemistry. Harus aku akui, memang
banyak input yang aku perolehi daripada seminar tersebut. Namun hati ini lebih berat untuk menerima kehadiran Organic
Chemistry dalam kehidupan ini.
Puas aku berfikir apakah punca aku sukar menerima Organic
Chemistry, nak kata disebabbkan aku merupakan jurusan modul2,itu tidak boleh
dijadikan alasan sebab kawan2 seperjuangan dari modul 2 tiada menghadapi
masalah seperti aku.Tapi apa yang aku perasan kebanyakan kawan2 yang mengambil
jurusan modul 3 majoriti tidak menghadapi masalah dalam belajar Organic
Chemistry
Apa yang merungsingkan hati ini apabila aku cuba menjawab
kuiz Organic Chemistry tempoh hari, berapa percent sahaja yang dapat aku
“conteng” di kertas soalan selebihnya blank. Aku pernah menyatakan kepada
lectturer Tutorial mengenai masalah aku, katanya masalah utama aku adalah
mindset dan malas membaca.Bila difikirkan balik, ada betulnya juga kata kata
beliau. Saat itu juga aku teringat kata2 Umi di kampung yang juga merupakan guru kimia sekolah
menengah. “Organic Chemistry menarik untuk dipelajari, Cuma rajinkan diri unuk
membaca la sikit”.
So, ak patut sedar aku mampu melakukannya jika ada orang
mempercayai aku mampu “menewaskan” Organic Chemistry, knapa pula aku sendiri
tidak meyakini diri sendiri.....Dan dari sini lah aku tetapkan minda aku untuk
“tewaskn” Organic Chemistry”.. semoga aku berjaya..
Oleh itu, semoga coretan kali ini memberi manfaat kepada
insan2 yang membaca kerana nukilan diri selama ini sentiasa ada yang tersirat
utk manfaat kepada para pembaca kerana kita umat islam digalakkan melakukan
kerja bermanfaat seperti kata sebuah hadis yang bermaksud “ Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “daripada kebaikan
islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat baginya”
(Riwayat al-Tirmizi)
hahha.. kimia je? kimiA? kimi0 plk!
ReplyDelete