Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday 11 September 2012

FaSa Baru UTEM

Assalamualaikum W.B.T

Jejari lama tak menaip disebabkan sibuk menghadapi fasa baru kehidupan di UTEM. Dengan masalah WIFI dan card reader membuatkan aku agak ketinggalan untuk update blog ni. Kini aku merantau ke fasa yang baru iaitu perantauan ke alam Universiti.

So, masih lagi kurang mood nak menaip.Jom usha gambar gambar je la.














 Time masuk kolej Kediaman Murni di Utem. First impression aku "Alhamdullillah,not bad" . Duduk dalam rumah yang mempunyai 3 bilik dan setiap bilik dihuni oleh 2 orang. Rasanya aku paling "adik" dalam rumah kiteorang disebabkan aku satu satunya lepasan Matrikulasi yang menyambung Degree ni yang lain semuanya lepasan diploma.Tapi takde hal, diorang semua anggap macam member member sebaya dah pun. Aku pun takde hal sangat sebab banyak ilmu dan pengalaman yang dapat aku ambil dari mereka. (cepat sikit aku matured haha).

Kalau nak kongsi pasal orentasi plak, rasenya ok la, takde la PARAH macam matrik dulu. Rileks dan santai. Fasilitator pun baik baik dan sporting. Cuma agak letih menunggu bas je la. Kat sini plak rasenya aku lebih cepat sesuaikan diri sebab ramai jugak member dari KMS dapat UTEM ni.

Ni la antara member member dari KMS yang terjumpa di UTEM ni. Yang menariknya ada yang tak pernah bertegur di KMS tapi mula berkawan di UTEM.




Kalau nak diikutkan ramai jugak student Matrik Selangor yang dapat kat sini cuma nak snap gambar tu tak sempat la. Ni pun tangkap gambar time dop sibuk sangat. Kebanyakannya dari kuliah kiteorang dulu SM2K1 modul 2. Masa orentasi ni je sempat nak ambik gambar. Stail macam baju sekolah pun ada ni , baju putih + seluar hitam. Steady je hehe.


So, ape pangalaman baru time orentasi ni?
Menjadi Pengerusi Majlis untuk Malam Kebudayaan Minggu Haluan Siswa.Awalnya bimbang jugk sebab kat sekolah dulu mana pernah aku jadi MC lebih lebih lagi untuk Unformal. Buatnya member member sekolah lama fikir aku culture shock memang kesian kat aku haha. Tapi takde hal, yang penting pengalaman tu. Selagi tak salah kita patut merasai pelbagai pengalaman .:) So terima kasih la dkat Kak Fasi (kak Harithah) sebab byak bagi tunjuk ajar pada saye ni. (Untuk cik siti pun sama he2)

Gitulah serba sedikit seminggu FASA BARU di UTEM. Kelas sudah bermula, jom mulakan jihad menuntut ilmu dan tanamkan niat untuk membangunkan islam dengan ilmu yang bakal kita perolehi. Salam..

5 comments: