Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Friday 14 September 2012

Kelasku Semua Jejaka

Assalamualaikum W.B.T


"Catchy" ke tajuk tu? Jauh sekali rasenya untuk memegang status "catchy" tu haha.Tapi itu tak penting sangat sebab cerita pokoknya aku nak kongsilah serba sedikit permulaan aku sebagai pelajar selepas program orientasi hari tu.Manalah tahu dapat memberi motivasi buat pembaca pembaca yang masih belum menjejakkan kaki ke Universiti. (Kononnya memberi motivasi haha)

Dari aku tadika sampailah menyambung pelajaran ke Matrikulasi rasanya tak pernah sekalipun insan yang dipanggil wanita ini kurang daripada lelaki dalam sesebuah kelas. Secara mudahnya memang aku sudah terbiasa satu kelas dengan ramai kaum hawa ni. Lain pulak berlakunya di UTeM ni, masa awal kemasukan course Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Automotif ni hanya mempunyai 4 org perempuan daripada 57 orang dan kelas aku 27 orang semua lelaki.

Krik..krik (bunyi cengkerik)

Semuanya lelaki  (bakal technologist berjaya)
Sebelum ni ramai yang cakap bosan kelas semua lelaki sebab takleh cuci mata dan sebagainya tapi rasenya setakat ni istilah bosan tu tak wujud pun. Malah aku rasa ianya lebih memberi keselesaan untuk belajar. At least dugaan wanita yang merupakan salah satu dugaan terbesar buat lelaki berkurangan la sikit dalam kehidupan aku dan para lelaki yang lain ni. Alhamdulillah.

Ada jugak yang cakap, Kelas Semua Jejaka ni kosong macam kertas disebelah ni. Maklumlah sejak zaman sekolah lagi Cikgu  selalu duk bagi pesanan "Jangan duk bercinta masa ni, dekat U nanti banyak lagi pilihan". Sebab tu ada mahasiswa yang frust bila masuk kelas engineering semuanya lelaki. Salah cikgu sekolah ke? hehe




 Woit, kalau mung niat untut menuntut ilmu sebagai first takdenya frust la hehe.
Tapi lain la kalau niat "cita cita aku masuk Universiti untuk mencari isteri" baik korang bakar assingment then kawin terus .Senang kan?

So, kesimpulannya buat mereka yang mengalami situasi yang sama tak kiralah dizaman persekolahan ataupun Universiti jangan risau, wanita bukanlah segala galanya, anda tidak akan dikatakan loser jika tak didampingi wanita. Lagipun kaum hawa ni mesti usha bdak2 yang kelas ramai lelaki, kurang pesaingan dan banyak pilihan.
Betul tak wanita sekalian? (Ayat perasan giler haha)

Technologist sedang melakar lukisan kejuruteraan
Engineers and Technologists should adapt to all situation at any cost because we're the best.

Sekian. Wassalam


12 comments:

  1. terbaik rr,,,,,,,bakal MPP UTEM ni

    ReplyDelete
  2. Nak usha budak automotive ah pasni, HAHA :D

    ReplyDelete
  3. betul2..study come first..
    setting niat pi universiti nak blaja..
    nnt dah berjaya,nak pasang 4 pun xpe..kikiki :)

    btw gud luck :)
    salam ukhuwah

    ReplyDelete
  4. mak aih.. tq la sudi jenguk. salam ukhwah

    ReplyDelete
  5. betul3..ya la memang engineering nie ramai lelaki dr perempuan..klu medical sama rata je kot..tp kelas seribupilihan ramai lelaki dr perempuan..dah biasa pon..kawan pon ramai lelaki..kawan je..tapi BFF mesti la perempuan..:-)

    ReplyDelete
  6. salam. adakah saudara still berada di utem??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sedang berada di tahun akhir. Apa apa persoalan berkenaan UTeM boleh tanya pada saya di FB Khairul Nizam Suhaimin

      Delete