Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Saturday 19 January 2013

Tiada Sempadan Usia di Universiti

Assalamualaikum W.B.T

Yosh, pejam celik dah nak masuk SEM ke 2 untuk Degree ni walaupun masih tahun 1. Jadi, aku nak kongsikan sedikit mengenai "kebimbangan sempadan usia" yang mungkin dialami bagi sesetengah first year student. Aku sendiri pun risau juga pada awal kemasukan tambah lagi bagi lepasan matrikulasi yang boleh dikategorikan antara yang termuda iaitu berumur 19 tahun untuk pengambilan Ijazah.


Kalau diikutkan pengalaman, kebiasaanya aku bergaul dengan rakan sebaya yakni sama umur sahaja sebelum ni. Biasa la anak sulung, lepas tu zaman persekolahan dan matrikulasi semuanya bergaul cuma dengan rakan sebaya sahaja. Bila menerjah alam universiti, terasa agak janggal pada awalnya bila ber"housmate" dengan kawan yang rata rata umur 21,22 dan 23 tahun yang turut mengambil degree tahun 1. Cuma aku sorang je yang berumur 19 tahun pada masa tu. Bimbang juga andai tersalah bebicara dengan orang yang lebih dewasa. P/s:bukan takut dibuli he2

Yeah, bersama kawan yang berbeza usia. haha Roomate aku si baju hitam tua 3 tahun dari aku.

Tapi benarlah kata orang tak rasa takkan tahu, lama kelamaan sudah tiada jurang umur bila berada di universiti. Semuanya umpama sebaya. Aku tak pasti bagi kaum wanita, tapi bagi lelaki, kebiasaanya kami tidak perlu menggunakan istilah "abang" sebagai panggilan walaupun seseorang itu beberapa tahun lebih tua daripada kita. Apa yang pasti respect tu mesti ada terhadap orang yang lebih tua walaupun mereka layan aku macam member.

Apa yang menarik berkawan dengan mereka yang lebih berusia adalah bila kita dapat mengaut pengalaman mereka. Ye la, kawan kawan aku yang berstatus "abang" kebanyakan ada yang dah bertunang malah yang dah berkahwin pun ada. Jadi, memang banyak lah ilmu yang aku belajar. Errr.. maksud aku bukan ilmu alam perkahwinan saje, berkaitan survival dalam kehidupan dan sebagainya.Yes, learning through our own experiences are good, but learning from others are the best.

Yang pastinya, di universiti, umur bukan satu sempadan hanya keyakinan yang membezakan antara satu sama lain. Kita yakin boleh maju, maka majulah kita. Jelas, Allah turut tidak memandang faktor umur dalam apa jua keadaan tetapi iman yang menjadi ukuran. Jadi, all the best buat mereka yang bakal ke universiti.

15 comments:

  1. Sokong ! memang takde sempadan usia. Dekat sini, even 1st year, ada je yg datang kuliah dengan perut boyot. Style kan ? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. over gile macam tu hahaha. pergi la timba pengalaman haha

      Delete
    2. Timba pengalaman? Makan dalam nih Nijey ~

      Delete
  2. assalamualaikum. hehe. SAME! rumate pun 3tahun tua. menjawab kepada persoalan di atas : kami, perempuan pun x panggil kakak juga^^(tapi, maybe certain-2 je lah yg ikut :)) sbb, even rumate x bg panggil kakak, ade je kawan(housemate) yg panggil dia kakak jugak^^heee.

    ReplyDelete
  3. masa dok asrama dulu ada sempadan usia gk ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestiya.. contohya, budak tingkatan 1 akan disepak sekiranya panggil "woi" kepada pelajr form 5 hehe. dekat U ok je hahaha

      Delete
    2. Sepak ? garangnya . haha.
      tapi padan juga, baru reti hormat org sikit . haha

      Delete
  4. kitorang kat U skrg ni still jgk la bahasakan akak wlpn beza umur staon je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, thats why men n women are complicated gitu... haha

      Delete
  5. mesti rasa kekok kan ? bagus juga ramai kawan, datang dari merata tempat, dapat banyak pengalam yang boleh dikongsi :D tapi kalau kita malu2 habislah . hehe

    roomate nizam dah ada yang kawen ? awainya kawen .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kekok pun pada awal2 tapi lame2 ok la.
      Member yg kawen classmate, yg roomate bertunang baru hehehe.

      Delete
  6. xtaw la nanti acano kat u..bulan 9 ni den masok deg jugak..samo la ey, budak matrikulasi

    ReplyDelete