Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Saturday 13 April 2013

Perbandingan Matrikulasi dan Asasi

Assalamualaikum W.B.T

Bagi entri kali ini, sedikit mengenai perkongsian mengenai haluan lepasan SPM khas buat student-student yang akan meneruskan pelajaran bagi program Asasi dan Matrikulasi. Sebelum itu, adakah anda mendapat gambaran yang agak jelas mengenai Asasi dan Matrikulasi ni?



Secara ringkasnya, program Asasi dan Matrikulasi ini tidak mempunyai perbezaan yang agak ketara jika dibandingkan laluan yang dipilih bagi diploma dan A'Level. Jom tengok persamaan dulu.

Persamaan :
  • Kedua-dua program merupakan Pra-U sebelum menyambung ke peringkat degree (Ijazah)
  • Silibus yang dipelajari hampir sama bahkan student asasi turut boleh menggunakan sukatan pelajaran atau silibus yang turut digunakan di Matrikulasi.
  • Kedua-duanya mempunyai risiko yang sama (Belajar laju dalam jangkamasa yang singkat)
  • Tempoh belajar paling pantas iaitu 1 Tahun.
Perbezaan :
  • Kehidupan di Asasi lebih "bebas" berbanding dengan Matrikulasi yang lebih terikat dengan peraturan-peraturan macam sekolah (Sebenarnya tak semua matrik peraturannya ketat)
  • Program Matrikulasi turut menyediakan program tempoh 2 tahun berbanding Asasi yang hanya menyediakan 1 tahun.
  • Kelayakan untuk masuk ke Asasi lebih tinggi berbanding dengan Matrikulasi.
  • Persaingan bagi pelajar Matrikulasi adalah lebih tinggi berbanding dengan Asasi.
  • Student Asasi tidak perlu bekerja keras untuk kokurikulum berbanding dengan pelajar Matrikulasi yang turut perlu fokus kepada 10% untuk bahagian  kokurikulum.
  • Menariknya Matrikulasi adalah Karnival Kokurikulum (KAKOM) iaitu pertandingan sukan seluruh matrik berbanding Asasi yang tiada karnival seumpama itu.
  • Fasiliti kediaman dan kelas pembelajaran di Asasi jauh lebih canggih berbanding di Matrikulasi.

Jadi, begitulah serba sedikit mengenai perbandingan antara program Matrikulasi dan Asasi. Bagi diri ini, tidak kiralah mana jalan yang kita pilih, kita adalah siapa diri kita. Kita yang menentukan kejayaan kita. Jika program Asasi dikatakan hanya untuk pelajar pelajar cemerlang, tetapi bila tibanya peringkat ijazah, pelajar Matrikulasi turut mampu menyaingi.

Jikalau ditanya, sudah tentu saya akan mengesyorkan supaya memilih Asasi kerana bagi saya keselesaan dan kemudahan prasarana yang agak menarik. Namun, sebagai pelajar lepasan Matrikulasi, saya turut tidak menolak kelebihan dan keseronokan semasa berada di Matrikulasi. Berada di Matrikulasi,melatih diri menjadi pelajar yang menyahut cabaran dalam pembelajaran. Kesimpulan, pilih la jalan yang dirasakan sesuai untuk diri sendiri.

Selamat berjaya. Wassalam

12 comments:

  1. sangat informatif! rugi jadi pelajar yang lahir tahun 1993. haha :p

    ReplyDelete
  2. Asasi better lagi kot...tp matrik kalau kena 1 tahun memang payah buat manusia seperti sy yg tak rajin belajar ni...hehe...

    ReplyDelete
  3. dulu dpt matrikulasi melaka tp tak pergi..program 1 tahun..terus habis SPM masuk kolej ambil pharmacy course..

    ReplyDelete
  4. As ex-matriculation's student , rasanya takde istilah matrik susah. Rasalah duduk matrik. It's nice. The lecturers are really helpful. Sangat tak kedekut ilmu.
    Tak tahu nak cakap mcm mana tapi , kenangan matrik sangat awesome :) even setahun je . The bond is really tight :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih utk maklumat ini :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, terima kasih atas mklumat ini :)

    ReplyDelete
  7. bagi saya matrikulasi tak kurang hebatnya.. cara hidup student asasi sama dengan student universiti.. kalau tak reti manage masa dan adapt situasi,, boleh down result.. beza ngan matlikulasi yg agak ketat sikit.. -jannah-

    ReplyDelete
  8. As an ex of Matrix's student Sy rasa Matrik x sesusah yg disangka2kan cuma kalau dah jadi pelajar matrik hidup mmg kene sederhana (apa yg ada) itulah cabaran saya sebenar2nye semasa belajar di Matrik..tinggal dalam dorm mcm setinggan tu dah biasa hehe..susah gak nak adapt at the first place but then I managed to do so :)

    ReplyDelete
  9. sayang kepada yg tolak tawaran matrik amek pharmacy kolej tu..dgn kelayakan spmmanda hanya layak dapat diploma pharmacy yg kerjanya adalah pembantu farmasi..golongan ni bukan kelas professional dan tiada badan kawalan dan gajinya tak tinggi mana..kalo nak jaddi ahli farmasi atau pegawai farmasi kena melalui matrik dulu then amek degree farmaasi di ipta baru leh jadi pharmacist..amek diploma farmasi jadi kuli kepada pharmacist ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya hardwork comes first.sape yg usaha sungguh2 insya Allah dapat.tak semestinya kena ambil matriks.laluan dia mungkin taksama cuma lambat grad jelah.rezeki Allah is everywhere lah bro ^^

      Delete
  10. Kalau diploma tesl macammana pula?

    ReplyDelete
  11. perbandingan lbih baik buat kotak senang nk tgk dn mnrik mnt pembaca xlah bosan..hehe

    ReplyDelete