Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Monday, 20 May 2013

Perbandingan Asasi/Matrikulasi VS Diploma


Assalamualaikum W.B.T



Entri ini saya ingin berkongsi pandangan mengenai perbandingan Matrik/Asasi dengan Diploma. Matrikulasi dan Asasi mempunyai banyak persamaan (kalau nak tengok perbandingan sila KLIK SINI) . Baiklah, secara amnya terdapat pro dan kontra mengenai perbandingan antara Matrikulasi/Asasi dengan Diploma.



DIPLOMA

  • Sistem pembelajaran agak rileks dan mudah.
  • Habis diploma sudah boleh bekerja.
  • Masa yang diambil adalah selama 3 tahun.
  • Seandainya tidak skor pointer 3.0 above agak sukar untuk sambung degree.
  • Kelebihan dalam praktikal dan kurang sikit bahagian theori (semasa sambung degree).
  • Kurang berisiko berbanding Matrikulasi
  • Kalau diploma under Univerisiti , InsyaAllah senang masuk Universiti tersebut :)


MATRIKULASI/ASASI
  • Menjimatkan masa untuk menyambung degree.
  • Nak sambung degree mudah tetapi hendak dapatkan course yang dikehendaki kena fight.
  • Sistem pembelajaran agak laju.
  • Peraturan upgrade sikit dari sekolah(Matrik).
  • Untuk matrik, lecturer masih boleh diibaratkn sebagai cikgu (ambil cakna pelajar)
  • Praktikal sedikit tapi agak kelebihan dari teori.
  • Seandainya pernah gagal di SPM, inilah tempat sesuai untuk "comeback" bagi mendapatkan course yang diminati seperti Medic dan Engineering.

Pandangan saya:
Saya lebih mencadangkan untuk memilih Matrikulasi ataupun Asasi kerana:
1)Dunia sekarang memerlukan Degree,dan cara paling pantas adalah 1 tahun di matrikulasi atau asasi.
2)Matrik dan Asasi memang laju, tapi dimana ada kemahuan dan kesungguhan kita akan berjaya.
3)Bila sebut belajar memang tiada istilah senang.
4)Peraturan tidaklah ketat seperti yang dibayangkan(ia bukannya ibarat penajra seperti asrama sekolah dulu)
5)Student Asasi dan Matrikulasi mempunyai sistem study yang agak stabil semasa Degree :)

Apapun, semunya bergantung pada pilihan anda, saya tidak menyatakan belajar Diploma tidak boleh berjaya. Bahkan sahabat-sahabat saya yang mengikuti pengajian Diploma kini ramai yang berjaya berbanding Matrikulasi dan Asasi. Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Buatlah pilihan diri sendiri tanpa mengikut kawan atau paksaan sesiapa.  Belajarlah kerana Allah :)

Semoga berjaya :)


3 comments:

  1. Setuju.. saya bekas pelajar matrikulasi johor.. bg sya, matrik tempat terbaik untuk membina sahsiah diri sai segi akademik dan diri sendiri.. apapun, bergantung kepada diri sendiri bagaimana nak membentuk diri agar menjadi org yng berguna..

    ReplyDelete
  2. Hurm, memandangkan aku produk Matrikulasi, aku pun suggest matrik. Jangan cepat mengalah. Bila masuk matrik, bukak buku baru . Forget the past and start a new chapter. InshaAllah berjaya (:

    ReplyDelete
  3. Skrang baru sahaja habis belajar di Matrik (Kolej MARA Kulim) 2013/2014. Alhamdullillah result ok jgk 3.5++. . Beza Matrikulasi bwh MARA adalah tmpt tinggal, makan, minum semua ditanggung dan hanya dpt elaun rm100 sbulm. Tp kalau matrik bwh kerajaan tmpt tinggal je support dan elaun rm250 sbln tp mkn minum kne tanggung sendiri laa. . Dan telah dapat sambung belajar di UMT (terengganu), Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi). Pengalaman belajar di Matrikulasi sgt seronok kalau kita pandai tackle masa. *Jangan tackle org*. *Ramai kawan yg b'couple tersungkur semasa semester 1*... Belajar biar santai...Don't force !! . Kalau stress tidur sekejap slps tu smbung plk.. Boleh dikatakan semua lecturer ambil berat ttg kita. Tp kita org lbh mesra pggl "Cikgu". Nak kata praturan ketat x laa ketat cgt..
    tp nampak mcm bdk2 la ckit.. huhu...
    Pesan sy jangan terlalu leka semasa di Matrikulasi. Nak rilek boleh lagi. Tapi jgn 'lagho' dgn kehidupan di sana. Igt, kita cuma ad 1 tahun jer (2 sem) . Fikir nk abih cpt tp result mantop.. X susah pown duk matrik..asalkan assignment buat blako..hidup santai je ^__^

    ReplyDelete