Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Thursday 4 July 2013

Media Malaysia: Keberanian dan Ketelusan Dituntut.

Assalamualaikum W.B.T

 Saya mengikuti perkembangan mengenai Mesir sejak awal lagi kerana saya amat meminati Presidennya iaitu Dr Morsi yang mengambil alih tampuk pemerintahan kejam Mubarak setahun yang lalu. Agak terkilan bila memasuki setahun pemerintahan Dr Morsi, kini beralih tangan kepada Adly Mansour setelah dikatakan majoriti rakyat egpyt inginkan perubahan.


Sekadar gambar hiasan

Namun, saya lagi terkilan mengenangkan laporan-laporan media yang agak bias dan "kurang keberanian" dalam menyampaikan berita mengenai apa yang berlaku di negara-negara Islam yang bergolak. Saya hairan bila :
 
Pejuang islam menetang kezaliman di Syiria dikatakan pemberontak,
Penentang presiden Mesir Dr Morsi cumalah dikatakan penunjuk perasaan,
Hakikatnya ia nampak kecil tapi besar impaknya buat rakyat.
Kemonlah! Media Malaysia perlu berani menyampaikan kebenaran.


Realitinya, itulah media Malaysia, memainkan peranan sebagai suara sekularisme dunia. Agak mendukacitakan apabila media berpengaruh seperti TV Ehem-ehem (faham-faham sendiri la ye) sebab tidak mahu menyebut takut tersalah kata terguris hati turut menyiarkan isu dengan ibarat melepaskan batuk di tangga contohnya yang tersebar dekat Facebook sekarang ni:

Tv Ehem-ehem menyiarkan terjemahan ucapan Dr Morsi seperti ini:

"Kita tidak membenarkan rejim penindas kembali
berkuasa,dan tidak menolak untuk
menguatkuasakan zon larangan udara di Syria
menerusi Majlis keselamatan PBB dalam usaha
menamatkan pertumpahan darah rakyat Syria
menjadi pelarian luar jangkaan."

Ini terjemahan yang sebenar. So, boleh nilailah sendiri.

"Kepada Hizbillah, Mestilah ia keluar dari Syria.
Ini kata2 serius. Tiada peluang dan tempat bagi
Hizbillah di Syria. Hari ini kita (Mesir) telah
membuat keputusan. Untuk memutuskan
sepenuhnya hubungan dengan Syria. Hari ini kita
(Mesir) telah membuat keputusan. Untuk
memutuskan sepenuhnya hubungan dengan
kerajaan Syria yang ada sekarang. Ditutup
Kedutaan Syria di Kaherah. Ditutup kedutaan
kerajaan Syria sekarang yang ada di Kaherah. Dan
akan menarik balik wakil Kedutaan Mesir di
Damsyik."

Dr. Morsi tak sebut pasal PBB, TV Ehem-Ehem sebut pasal PBB. Dr. Morsi sebut pasal Hizbillah, TV Ehem-ehem tak sebut.


So, kena ingat yang kita sampaikan itu adalah amanah rakyat, saya sendiri pun hampir percaya bulat-bulat mengenai "kejahatan" Dr Morsi bila terbaca pada dada akhbar. Benarlah kata orang Fesbuk kini lebih relevan dari akhbar dan berita TV. Namun, tak semua media yang bersekongkol, pujian turut diberikan kepada media yang berani dan terus dalam menyampaikan berita. Tahniah.

Renung-renungkan. Wassalam.

4 comments:

  1. hemm. pensil tak faham dan tak nampak apa yg berlaku. sebab tak ambik tau langsung..

    sekarang dah dpt tangkap sikit apa yg nizam cakap.

    ReplyDelete
  2. serius memalukan. nampak sangat ceduk info drp media asing tanpa buat kaji maklumat tu secara dalam. kalau bab artis2, bukan main terperinci pendedahannya... oh media massa malaysia... *kecewa*

    ReplyDelete