Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Tuesday 12 February 2013

Katakan TIDAK pada Valentine Day

Kami tolak budaya "Hari kekasih" .

Budaya Valentine Day bukan budaya kita . Malah sesetengah pendapat , ia turut diraikan kerana pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II . Pada waktu itu, Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Justeru , Hari Kekasih mempunyai unsur-unsur ritual keagamaan yg boleh merosakkan aqidah ummat Islam malah turut merosakkan amalan ummat Islam .

Rasulullah SAW telah bersabda ,

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak."(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Wallahua'lam...
p/s:credit to BADAR UTeM

4 comments:

  1. valentine day haram disambut umat islam..klu dah sambut bertaubatlah sebelum allah laknat..nauzubillah

    ReplyDelete
  2. say NO to valentine AND YES to palestine :)

    ReplyDelete
  3. sedih bila tengok valentine dah jadi adat kat malaysia..

    ReplyDelete