Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Thursday 14 June 2012

Buat mereka yang suka berkongsi ilmu di FB

Assalamualaikum W.B.T



Seringkali saya memerhati di bahagian News Feed di laman mukabuku. Perasaan bangga dan bersyukur melihat sahabat sahabat yang tidak pernah putus berkongsi ilmu. Ya, itulah gunanya button "share" kan?. (aku pun tak rajin sgt tkn button "share" hehe) .Namun kata orang kadang2 mereka juga boleh menyerah kalah dlm berkongsi ilmu ini.

Kenapa? sebabnya kalau dulu kita boleh kata "mulut orang memang kita tak dapat nak kawal" tapi sekarang ni kita boleh cakap "jari dekat keyboard orang lagi la tak boleh nak kawal" suka hati diorang je nak taip bukan2. Agak berbulu mata melihat bila sahabat saya share ilmu ada yang komen bukan2 macam ni:


"Malas nak baca panjang2"

"Unlike!"

"Bajet pendakwah"

"Kenapa takde button "unlike'? "


Apa daa.. kalau tak mahu baca duk diam sudoh la (macam ak selalu buat haha). Bagi insan yang tidak suka org lain berkongsi ilmu jangan tunjukkan "Kebijaksanaan" anda dengan komen komen yang jelas menunjukkan errr (faham2 sendiri la).

 Bagi mereka yang suka berkongsi ilmu, dont bother it. Anggap la ia merupakan gurauan daripada mereka yang dahagakan kasih sayang walaupun gurauan itu bagaikan JAMMED untuk dianggap gurauan.


Ada juga yang tertewas dengan mengaku "Betul juga ,aku ni tak la baik sangat, tak layak nak berkongsi ilmu. "Ok bab tak baik sangat aku stuju, tapi bab tak layak nak berkongsi ilmu, i denied it"

Sebenarnya orang yang sedar mereka "tak baik sangat" adalah lebih baik daripada orang yang rasa "aku baik sangat". Anggaplah dengan berkongsi ilmu ini adalah untuk memperingati diri sendiri.


Oleh itu, buat sahabat diluar sana janganlah sesekali mengalah dalam menyampaikan ilmu. Berdakwah tidak perlu menunggu menjadi ustaz atau ustazah kerana dakwah itu tanggunjawab setiap manusia cuma cara berdakwah bergantung kepada kelebihan diri masing masing.


Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli(penduduk) langit dan bumi ;hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara baik kepada manusia."
(Riwayat al-Tarmizi)

p/s: akan cuba membaca setiap perkra yang dikongsikan seandainya ada masa terulang

4 comments:

  1. memang betul, sekarang memang banyak info dan ilmu yang boleh share.. jadi bagi yang tak nak baca, just skip je la kan (^___^)

    salam perkenalan ~

    ReplyDelete
  2. part dakwah and share ilmu tu, i have to support. walaupun kita belumlah cukup sempurna sebagai seorang Muslim, jauh lagi perjalanan, tapi jangan pernah kedekut kongsi ilmu. it's a note-to-self juga kan? bukanlah cuba berlagak alim pun sebenarnya, cuma mencegah diri sendiri dari terjerumus..

    ReplyDelete