Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Monday 1 October 2012

Perit sungguh menunggu

Assalamualaikum W.B.T

Rasa rasanya takde orang yang suka menunggu kan? Sebab ianya sangat perit. Aku ambik contoh yang paling dekat dalam kehidupan seharian sejak bergelar mahasiswa ni. Setiap hari duk menunggu bas untuk ulang alik dari kampus ke kolej kediaman.

So? apa yang peliknya, normal la tu budak U.

awal pagi dah tunggu bas
Masalahnya terjadi macam ni bayangkan kalau kelas mula pukul 8 pagi , pukul 7 dah kena naik bas. Then, bila sampainya je kat sana korang dimaklumkan kelas pukul 9.30 batal sedangkan bas untuk pulang ke kolej kediaman hanya akan ada pukul 11.30 saje. Banyak tu masa untuk menunggu. Nasib baik time tu aku rajin buat assingment (kononnya) .
 Ok stop merungut, mahasiswa harus tabah hadapi dugaan.

Cuma aku terfikir, selalu jgk aku dengar penantian itu suatu penyeksaan, entah lirik lagu ape entah aku tak ingat tapi ada betulnya jugak sebab walaupun beberapa jam aku tunggu bas dah merasai keperitan menunggu tu. Bayangkan betapa peritnya seseorang itu menunggu seseorang yang lain.Fuh, perit tersangat perit.Sebab tu akhirnya manusia ni sentiasa mengalah dengan keperitan menunggu.


Tapi kan, pernah tak kita terfikir bahawa selama ni Allah S.W.T tidak pernah perit mahupun jemu menunggu taubat dari hamba hambanNya. Bahkan pintu syurga sentiasa terbuka buat manusia manusia yang ingin bertaubat.Cuma kita sahaja yang membiarkan diri kita terus menunggu untuk bertaubat. Sampai bila? Wallahualam.

Sekian saje post ringkas.. Wassalam pakat renung renungkan.

p/s: Harap sangat punyai motor untuk ke kampus :)

7 comments:

  1. sabar la ye. sem 2 nanti boleh kan bawak ? hehehe. btw, nak coklat ke ? jemputlah datang ke UM :)

    ReplyDelete
  2. nAK TIPS ? tak mahu naik bas ? Heheheeee. Bangun lah seawal yang mungkin , dan berjalan lah kaki :D amacam nijey ? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadanngan tu takleh pakai la.. kat sini jarak ke kolej kediaman adalah 6km haha

      Delete
  3. selalu je terjadi benda2 camni. but i prefer to stay in campus rather than balik kolej kediaman balik. maybe boleh buat revision. kalo balik kolej, sure ngantuk. lol

    ReplyDelete