Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Sunday 7 January 2018

Kata-kata Umi

Assalamualaikum W.B.T

Tulisan ini saya tulis secara spontan. Disaat saya termenung panjang buntu memikirkan bagaimana progres research master yang perlu saya bentangkan pada esok hari. Tiba-tiba, terngiang-ngiang kembali kata-kata umi(emak saya yang saya bahasakan sebagai umi) semasa di kami berkomunikasi melalui telefon semalam.

Pada awalnya, umi berbual seperti biasa, menceritakan apa yang berlaku seharian di rumah selain berkongsi kepenatan berada di sekolah. Hingga pada akhirnya Umi mula nak berkongsi tentang apa yang diperbualkan dengan ayah semasa mereka makan bersama. Perbualan ringkas yang dikongsikan itu cukup menusuk ke hati,menyentapkan dan menginsafkan saya.

Semasa di meja makan ayah memulakan bicara

"Alhamdulillah, keluarga kita dilimpahi dengan rezeki yang cukup luas, anak-anak semua baik budi pekerti, berjaya dalam bidang masing-masing cuma ada satu je kesilapan kita"

"apa tu?" umi soal kembali.

"Kita tak hantar salah seorang anak kita untuk mendalami ilmu agama secara serius, yang boleh menjadi imam jenazah kita nanti, yang boleh bantu kita pada akhirat nanti"

Umi pula menyambung "Mungkin salah saya juga dulu sebab terlalu kesiankan anak-anak sebab takut anak tak boleh menghafal, kita paksa takut dia tak suka, sebab masa tu saya ingat kalau anak kita tak hantar ke sekolah agama atau mana2 institusi yang berteraskan agama, tak semestinya mereka tak boleh jadi insan yang patuh teguh pada agama"

Kami adik beradik lelaki bukanlah jahat. Kami bukan buat perkara-perkara yang dilarang agama. Kami solat 5 waktu.Bahkan kalau solat maghrib dan Isyak memang selalu kami pergi berhemaah. Cuma betul macam Umi dan Ayah mahukan supaya kami serius menjaga agama. Bagaimana contohnya, Umi memberitahu saya, solat subuh berjemaah kita dah boleh tengok sejauh mana kekuatan iman anak-anak kita.  Dia mahu tengok anak-anak mampu menjadi Imam dengan betul dan tepat bacaannya. Tak perlu dikejut untuk solat subuh berjemaah. Boleh bangun sendiri untuk tahajuud.

Terus saya tersentak. Jauh memikirkan kebenarannya.

Saya cuma boleh mengatakan, Umi dan Ayah tak pernah salah dalam mendidik kami adik-beradik. Kalau adapun yang kurang hanya kerana dari kealpaan dan ketidaksungguhan kami sendiri. Sebab memang betul macam umi cakap tak semestinya tak ambil jurusan agama, kita tak boleh jadi muslim yang menjada dan bangga dengan agamanya. Agama itu perlu dicari bukan disuap.

Letak sahaja ganggang telefon. Perasaan bercampur baur. Terdetik di hati mahu melakukan sedikit perubahan walaupun secara perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment