Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Monday, 8 January 2018

Kenapa sambung Master?

Assalamualaikum W.B.T

Kebiasaanya jarang untuk saya berkongsi berkenaan perkara yang belum saya selesaikan. Bimbang tidak tercapai jadi seolah-olah bercakap atas angin semata-mata. Begitulah juga berkenaan cabaran, pengalaman atau cerita saya meyambung pelajaran peringkat sarjana ataupun Master agak carang saya kongsikan. Sebenarnya saya lebih selesa berkongsi apa-apa jua pengalaman untuk dijadikan inspirasi setelah saya berja buktikan ianya tidak mustahil kerana saya risau seandainya saya terlalu menceritakan kesukaran sebelum saya berjaya, ia akan mematahkan semangat bagi mereka yang mengikuti penulisan saya.

Maka, hari ini saya tulis di blog (kebiasaanya di facebook) yakni bukan untuk dibaca orang lain tetapi hanya untuk dibaca oleh saya sendiri dan beberapa orang yang mengikuti blog ini sahaja. Saat ini, saya mengalami kesukaran dalam mengharungi hari-hari masters ni. Maka, saya disini menulis untuk menitipkan kembali apa tujuan saya sambung Master.

1. Impian
Menyambung pengajian ke peringkat Master & PHD merupakan impian saya sejak kecil lagi. Bahkan ianya turut menjadi impian umi dan ayah. Ini adalah sebab utama kenapa saya tak boleh mengaku kalah walaupun mengahadapi cabaran yang agak getir. Tanam dalam diri yang kita perlu teruskan. Tiada orang yang tak pandai. Yang membezakan hanyalah malas ataupun rajin.

2. Mahu jadi pendidik
Jiwa yang sejak dari dahulu lagi meronta-ronta mahu jadi seorang pendidik. Saya sangat risau seandainya saya tidak berhenti kerja selepas degree sebelum ini, saya jadi makin kurang bersemangat untuk meneruskan master hingga ke PHD. Sekurang-kurangnya jika selesai sahaja Master, saya tak akan terlalu menangguh untuk menyambung pengajian PHD walaupun masih bekerja. Saya masih mahu berada di Indusrti untuk jadi seorang pensyarah yang baik kepada anak-anak didik saya nanti.

3. Memberi kesedaran kepada persepsi negatif
Saya sering ditaburkan cerita-cerita negatfi bagi mereka yang menyambung master sebagai conothnya "sambung master sebab tak dapat kerja", "sambung master akan menyebabkan overqualified" dan macama macam lagi. Saya tidak nafikan berlakunya isu-isu yang disebut seperti tadi namun kita perlu yakin dan takwa kepada Allah S.W.T yang menentukan rezeki kita. Hakikatnya jika kita menyalahkan atau percaya master boleh menutup atau membuka rezeki pada kita, maka tanyalah iman kita balik sejauh mana kita percaya pada Allah S.W.T.

Namun begitu, saya perlu sedar, segala rezeki bukanlah dibawah radar kuasa saya. Saya hanya mampu merancang dan berusaha. Yang menentukan siapa saya atau dimana saya berada 2 tahun dari sekarang adalah Allah S.W.T. Siapa tahu di masa hadapan saya tidak bergelar sebagai pendidik sebaliknya menjadi seorang pentadbir atau jurutera sepenuh masa. Wallahualam.

Semoga dengan tulisan ringkas ini mampu menyuburkan rasa kesedaran yang tinggi pada saya untuk terus fokus dengan apayang pernting untuk diperjuangkan semasa "berperang" dengan diri semasa mengambil Master.

1 comment:

  1. Now dpt jadi pensyarah ke?
    sbb saya pun ad plan nk sambung

    ReplyDelete