Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Monday 9 July 2012

Cinta Ais

Assalamualaikum W.B.T

Fuh... semenjak beberapa hari ni.. kering idea aku untuk mengepotkan entri entri di laman blog ni. Hmm.. Entahlah, mungkin termakan semut atau risau mengenai keputsan kemasukan ke IPTA untuk degree kut. Tup2 kuar idea untuk melaburkan entri ni.Kalau tengok tajuk ada perkataan "cinta" macam lain macam je kan.Biasanya orang dilamun cinta je buat entri cinta cintun ni. Aku? sudah lama hati terbeku haha
(now i'm fall in love with miss engeneering) Haha


Cinta ni dikategorikan banyak jenis sebenarnya. Biasanya korang yang jiwang2 tahulah.. aku slow je hehe.. Dan berdasarkan pemerhatian aku melalui serba sedikit pengaman sahabat sahabat serta diri sendiri, terdapat satu percintaan yang boleh disebut Cinta Ais. Rasa rasa ada tak kita tergolong dalam kategori ini? Ok.. untuk kenal pasti jom tengok 4 peringkat Cinta Ais ni.


Peringkat 1: Ais bermula dengan air

Ye la, semua percintaan bermula dari perkenalan.Air dari pelbagai punca disatukan menjadi satu untuk dijadikan ais. Analoginya manusia yang datang dari latar belakang yang berlainan memulakan sesebuah percintaan. Ya..peringkat ini emmang normal..tiada apa yang aneh pun sebenarnya.. Bahkan ianya sering disajikan di kaca televisyen.


Peringkat  2: Apabila air menjadi Ais

Peringkat ini percintaan tersangat la kukuh (ye la tu) .  Kita yang melihat mereka ini  pun hairan sebab dah macam suami isteri asyik berkepit kesana kemari. Sampaikan ada yang berani mengucapakan "kita tidak akan berpisah" di laman laman blog, twitter dan facebook tanpa menyedari banyak mata yang melihat. Begitu kukuhnya bila air sudah menjadi ais.


Peringkat ke 3: Bila cuaca mula panas

Cuaca dianalogikan sebagai rintangan atau konflik sesebuah percintaan mereka. Bila cuaca dah hangat, maka ais mula untuk mencair. Ais yang dikatakan kukuh tadi kini bakal menjadi air kembali. Lebih memburukkan keadaan apabila satu pihak tidak mahu meletakkan kembali ais kedalam peti sejuk maka terkuburlah ais menjadi air...



Peringkat ke 4 :Bila ais yang cair mula panas hingga mendidih

Kebisaan ini terjadi apabila air yang sudah cair mula mencari air yang lain untuk menjadi ais yang baru . Perkara yang membuatkan air yang ditinggalkan mula mendidih sehingga terjadinya perang alam maya internet. Luahan emosi yang penuh kemarahan dan kesedihan mula menghujani di laman facebook kebanyakan sehinggakan tiada lagi yang indah pernah terjadi yang sebelum ini sering diagung agungkan.


Ya..aku tahu kali ini agak dramatik tulisan ini (perasan giler) tapi apa yang ingin disampaikan ini adalah fenomena yang biasa. Memang ada ais yang kukuh bertahun tahun lamanya tapi harus diingati tidak akan ada ais yang kukuh selama lamanya. Apa yang pasti jika tidak tertulis jodoh maka teruskanlah hubungan sebagai saudara sesama islam. Jangan pula memasuki peringkat ke 4 dimana ia memalukan diri sendiri. Jika kita tersalah masuk peringkat ke 4 masih sempat untuk keluar balik, tengok balik , meman ada yang bersimpati tapi tak kurang juga akan ada perspektif negatif pada diri kita.


Akhir kata, tulisan aku ni bukan lah ditujukan kepada sesiapa bahkan bukanlah luahan hati aku jua tapi ianya pintasan minda yang out tiba tiba untuk dikongsikan kepada insan yang membaca. Ingatlah tiada yang kekal dalam percintaan melainkan cinta kepada Allah S.W.T...

p/s: Termenung 5 minit memikirkan siapalah jodoh aku nanti? harap harap doktor  hahahaha

9 comments:

  1. peerrrrggghhhh peng-ibarat-an yang sangat sangat meaningful . Hewhewhew. Agak agak tergolong tak ? XD

    ReplyDelete
  2. Mintak jauh lah dari tergolong haaha

    ReplyDelete
  3. Saya nie saudara, ibarat kalau air, dikacau buat kopi.. Kalau ais, diketuk dengan besi, buat coconutshake..

    ReplyDelete
  4. amboi, nk doktor.. semoga dipermudahkan jodoh walau dgn siapa pon.. :D

    ReplyDelete
  5. haha. kat taip2, fall-in-love ngn mis engneer.tp, kat bwh, nk doc =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. engineering tu buat mase skrang (course) haha bila tibe mase ..cari doc pulak hehe

      Delete