Assalamualaikum W.B.T
Waduh waduh.. aku jeles sebenarnya tengok rakan rakan blogger duk post pasal hari raya jadi aku nak post jugak la. Tapi aku tak suka sesuatu entri aku ni takde topik yang jelas untuk ditulis walaupun aku tahu bukan beribu ribu insan yang sedang membaca.(Ayat mohon simpati haha)
Jadi selain menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya , aku ingin sentuh beberapa perkara yang yang aku rase perlu aku "jentik" sikit dimana perkara ini sering berlaku di Hari Raya.Bukan nak kate tapi memang nak mengate pun cuma dalam bentuk renungan hehe.
1)Perasan tak, time beraya tu la, ramai yang sibuk mengadap TV
Aku pun tak paham kenapa perlu pihak TV ni nak letak macam macam program TV yang dikatakan best dalam hari Raya ni. Kadang kadang ,sang tetamu yang datang pun tidak dihiraukan.Maksud aku, fokus untuk kanak2 la. Itu nasib baik kanak kanak, yang tua bangka,memang speechless. Bukankan lebih baik kita kunjung mengunjung berbanding menonton Tv sepanjang masa . Kan?
2)Ramai yang meng"halal"kan bersalaman antara bukan muhrim.
Aku tak nafikan masyarakat kita kaya dengan adat resam, memang bagus! tapi adat bukannya agama. Kebiasaanya kita ambil mudah hal hal yang dirasakan kecil macam ni. Menggunakan alasan mengeratkan silaturahim adalah alasan yang tidak munasabah sekali jika bersalaman antara bukan muhrim. Tapi bukan Muhrim tu macamamane? Bukak balik buku pendidikan Islam sekolah menengah dan pasti korang akan jumpa.
3)Mercun memang tak boleh dipisahkan.
Aku mengaku memang kecik2 dulu aku memang tak miss main mercun.Rasenya umur masuk 18 baru stop main ni.Entah la,tak de feel sangat kut. Memang la mercun ni selalu dianggap sebagai alat memeriahkan hari raya.Tapi rasanya konsep tu tak betul .Yang penting sebenarnya adalah kunjung mengunjung. Seriously, aku tak dapat nak bayangkan beraya dengan tangan yang hancur.Jadi korang yang sudah besar panjang tu, pandai pandai la jage adik adik korag yang masih kecik. Main PSP lagi baik. haha
Begitulah serba sedikit pandangan kritis aku ni, jadi mintak maaf la jika tulisan aku yang ni atau yang sebelum sebelum ni menyinggung para pembaca. Aku cuma perantau yang menceritakan liku liku aku sebagai perantau.Apepun selama hari Raya diucapkan buat semua rakan rakan blogger dan para pembaca sekalian.Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan kemenangan. :)
No comments:
Post a Comment